Gandingan pelakon muda yang hebat dan berbakat besar, Meerqeen dan Erysha Emyra menerusi slot MegaDrama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ membuatkan penonton drama Melayu tegar terpesona. ‘Sweet couple’ ini digandingkan menerusi drama bergenre romantik komedi memaparkan nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka.

Meerqeen dan Erysha yang sebelum ini pernah menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Disiarkan bermula 27 Mei, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.

Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

Kejar Cinta Janda Muda

Drama terbitan Playwright Pictures Sdn Bhd ini telah diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul. Malah ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ merupakan rantaian 20 episod mengisahkan Anne (Erysha) dan Alan (Meerqeen) yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah.

Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Pastinya naratif percintaan antara Alan dan Anne membuatkan para penonton terutamanya golongan muda tidak sabar menantikan episod yang dihidangkan seterusnya.

Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

Kisah Cinta Nafas Baru Genre Romantik

Sewaktu menghadiri sidang media drama ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menerangkan ‘Cinta Sekali Lagi’  merupakan kisah cinta yang memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Apatah lagi dibarisi gandingan watak utama yang juga pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.

IKLAN

“Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi drama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’,” kongsinya.

Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

Drama hebat ini juga telah mencecah tontonan 109juta di aplikasi  Tik Tok dan trending setiap episod (sehingga episode 5) di Platform X.

IKLAN

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI