“Mampu Uruskan Diri Sendiri Dah Cukup…” Dugaan Suami Isteri, Jaga 5 Anak Kurang Waras

Share

Bila anak membesar dan punya kerjaya sendiri, itu sudah cukup mengembirakan buat orang tua, namun, tidak bagi pasangan ini. Dugaan suami isteri diterimanya dengan reda dan mengharapkan agar suatu hari nanti mereka kembali sihat.

Setiap orang pasti diuji, sementelah selepas mendirikan rumah tangga. Pasti ada asam garam kehidupan dan dugaan suami isteri yang perlu dilaluinya dengan tabah dan tenang

Bagi pasangan ini, dugaan suami isteri yang mereka harus terima dengan reda adalah bila perlu menjaga 5 daripada 9 anaknya disahkan ‘tidak waras’, mengalami masalah psikologi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Saya Tak Nak Menyesal..;”, Sanggup Berhenti Kerja ; Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh

Ibu Tunggal ‘Ketepikan’ Sakitnya Hidap Kanser Ovari Demi Jaga Anak Terlantar Akibat Kemalangan

Dugaan Suami Isteri Ada Anak Tidak Waras

Semasa anak-anak kecil, kehidupan Kusnan Yusof, 74 tahun, dan Salbiah Selamat, 69 tahun seperti pasangan yang lain. Namun dugaan suami isteri ini bila anak mereka disahkan mengalami gangguan kesihatan sejak di bangku sekolah.

Lima beradik yang berumur lingkungan 36 hingga 51 tahun difahamkan terpaksa menamatkan lebih awal persekolahan kerana keadaan tidak mengizinkan. Disebabkan keadaan ini, Puan Salbiah akui, tidak mampu keluar bekerja kerana perlu menguruskan semua anak. Manakala suaminya hanyalah seorang pesara polis dan sekarang ini hadapi masalah kerap tidak sihat.

Usaha pasangan ini turut mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Namun, semuanya tetap dalam keadaan sama. Walaupun tidak mudah melaluinya tapi yakin ada hikmah di sebaliknya.

“Saya ingat lebih 50 orang ustaz dan bomoh temui untuk melihat masalah kesihatan mereka. Tapi masih tiada apa-apa perubahan. Sampaikan saya rasa dah penat dan berhenti daripada terus berubat.

Meskipun penat kerana semua ikhtiar itu menemui jalan buntu., dia sudah berlapang dada dengan dugaan berat yang Allah berikan.

Apa yang diharapkan oleh Puan Salbiah agar anaknya kembali sihat dan mampu uruskan diri sendiri sebab keadaan dirinya juga sudah tidak larat dan berumur.

Pada masa yang sama, seorag doktor dari Hospital Permai Johor akan datang untuk memberi suntikan pada 4 orang anaknya. Sementara seorang lafi hanya diberi ubart kerana keadaan dirinya agak terkawal.

 

Mingguan Wanita : Moga terus diberi kekuatan dan anaknya kembali sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Facebook Buletin TV9

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora