Mampu duduk berbincang! Selesaikan masalah rumah tangga bersama pasangan, barulah seseorang lelaki mampu digelar suami gentleman.
Ternyata tak ramai lelaki yang mampu merendahkan ego dan mahu berbincang dengan isteri setiap kali berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Namun jika ayah-ayah adalah dikalangan yang boleh duduk berbincang dengan isteri, anda memang awesome! Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:
“Lelaki yang jadi suami ini kebanyakannya tak boleh dibawa berbincang…”
Betul? Setuju?
Kenapa? Sebab tiada sifat keterbukaan untuk duduk depan isteri, mengadap muka isteri, bincang dengan isteri tentang masalah rumah tangga atau pun apa-apa masalah berbangkit yang timbul dalam rumah tangga…
Bila isteri bunyi sikit saja, terus larikan diri daripada isteri, sudah buat hal sendiri…
Tak bagi peluang isteri cakap, tak nak dengar apa yang isteri hendak suarakan…Takut apa?
Takut semua yang keluar daripada mulut isteri itu adalah salah diri sendiri? Malah, takut isteri kacau apa yang kita suka buat? Takut isteri halang pergaulan kita?
Atau takut tiba-tiba isteri suruh bayar bil utiliti, isi minyak kereta? Takutkan isteri tuntut semua duit yang dia sudah belanjakan untuk keluarga?
Takutkah dengan isteri? Awak lelaki kan? Seriously?
Isteri itu bersedia bila-bila masa saja untuk bersua muka ke muka. Face to face kalau itu dapat menjernihkan suasana, dapat menghilangkan apa yang keruh, dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di fikiran dia, maka dia terbuka untuk berbincang…
Dia boleh tolak ego dia ke tepi…
Baca Juga Di Sini:
Menurut EGO Suami Bukanlah LOSER, Ini Strategi Isteri MENANG Dalam Diam
Demi Rumahtangga, ‘Maaf’ Mampu Rendahkan Ego Suami Isteri Tapi Belum Tentu Dapat Dilupakan
Isteri Kuat Melawan, Tercabarkah Ego Suami?
Untuk kebaikan hubungan dan untuk kebaikan rumah tangga. Tapi berapa banyak suami yang mampu menatap mata isteri, bincang hati ke hati, selesaikan masalah dengan isteri tanpa melibatkan emosi?
Tak ramai, tapi yang ramai adalah jenis yang egois. Bab apa yang dia hendak buat, tak boleh kacau… Begitu juga bab keluarga dan adik beradik dia, tak boleh sentuh…
Bab pengurusan kewangannya, tak boleh usik… Dan juga bab solat, ibadat dia, hal dia dengan Allah, tak boleh ditegur…
Awal-awal lagi sudah bina dinding dengan isteri, buat isteri itu macam tidak ada fungsi sebab segalanya dia akan tetap ikut cara sendiri walaupun sudah jadi suami…
Hanya lelaki yang betul-betul gentleman yang mampu duduk berbincang untuk raikan perbezaan serta cari persamaan untuk menyelesaikan apa-apa konflik yang berlaku dalam rumah tangganya…
Lelaki macam ini barulah layak dipanggil suami…
Mingguan Wanita : Sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah, duduklah berbincang. Dengarkan luahan pasangan dan sama-sama mencari penyelesaian agar keputusan terbaik dalam diambil demi kepentingan bersama.
Sumber : Firdaus Shakirin
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita