‘Mama Sedih..’ Elly Mazlein Sebak, Mohon Bantu Baby Nishka Semampunya

Share

Baby Nishka, bayi empat bulan yang menderita kanser otak tahap empat ini menyentuh hati pelakon dan pengacara terkenal Elly Mazlein. Baby Nishka atau nama sebenarnya, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham tak mampu bersuara disebabkan penyakitnya itu.

Bersimpati dengan keadaan yang dialami baby Nishka, Elly Mazlein seru orang ramai membantu ibu dan ayah bayi berkenaan. Tulisnya di instagram,

Mama sedih.. moga baby Nishka (kuat). Mari bantu apa yang mampu.”

Emosi Elly tersentuh apabila membaca kisah dari gambar throwback yang dikongsikan ibu baby Nishka, dalam instagram @kheriykhairiah_nishkaofficial

 

Throwback Gambar Baby Nishka

Agak lama, kami amik masa untuk memberitahu semua keadaan baby Nishka yang sebenar. Orang kata setiap tutur yang keluar dari mulut ibu dan ayah adalah doa. So sedaya upaya kami cuba untuk tidak berkata dan mengucapkan benda yang buruk dan negatif tentang keadaan baby Nishka.

Seperti semua sedia maklum, baby Nishka sudah 4 bulan menjalani rawatan di HUSM. Sudah 4 kali tubuh kecil ini berjuang di katil pembedahan.. dicucuk.. dibedah sana sini untuk tujuan dan niat berubat.

Nak adik sihat. Rawatan kimo pun dah adik lalui untuk lawan kanser jahat dalam kepala adik.

Benar.. kita hanya merancang. Doktor hanya perantaraan.. doktor dah cuba sedaya upaya. Tapi Allah lebih tahu. Allah segalanya. Baby Nishka kini sudah memasuki zone paliatif care bermaksud tiada rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan dalam kata mudah (angkat bendera putih) untuk kes baby Nishka.”

 

Doa Mummy Daddy, Baby Nishka Kuat Lawan Kanser Jahat

Rawatan kimo (kemoterapi) yang diberikan tidak respond ke atas kanser baby nishka. Kanser dalam kepala baby Nishka semakin berkembang dan membesar sehingga kini baby Nishka tak dapat bernafas sendiri dan bergantung dengan bantuan mesin ventilator. Doktor sudah nak menghentikan merawat.. Allahu. Tapi mummy daddy merayu mintak teruskan rawatan. Doktor bagi 2 kali kimo lagi untuk adik (last).

Mummy daddy harap adik kuat dan kanser jahat tu boleh mengecut dan tak tekan saraf pernafasan adik. Sedih, pilu bila tengok keadaan baby Nishka yang kuat bertarung nyawa. Kadang-kadang kita manusia biasa belum tentu sekuat baby Nishka.

Doakan baby Nishka ya sempena malam Jumaat ni (ketika status dimuatnaik) agar Allah bantu kami, agar Allah buka jalan, agar Allah hantar seseorang untuk bantu kami menyelamatkan Nishka. Kami berharap, ada doktor, ada seseorang atau badan NGO yang boleh tolong kami untuk dapatkan second opinion atau jalan untuk teruskan rawatan.

Selagi terdaya kami nak usaha untuk selamatkan anak kami. Terima kasih atas segala bantuan, doa anda semua kepada baby Nishka. Budi baik anda hanya Allah sahaja yang mampu balas.”

 

Semakin Selesa Di Wad..

Terbaru, ibu baby Nishka, Khairiah Kamarudin berkongsi perkembangan anaknya yang semakin positif.

Alhamdulillah keadaan baby Nishka (di mata kami) nampk makin baik. Nampak baby Nishka selesa berada di wad sekarang. Doktor-doktor dan nurse-nurse semua sayang baby Nishka. Memberi lebih perhatian dan kasih lebih dari sekadar seorang patient.. terima kasih semua.

Betul-betul membuatkan kami rasa terharu dan mesra di sini. Keadaan baby untuk semalam dan hari ni, nampak baik. Nishka buka mata bila dipanggil or bila dicium dan ada respond bila dipegang kaki tangannya.. alhamdulillah.

Walau tak aktif, walau sekecil itu pergerakkan adik dan progress adik, dah cukup untuk buat mummy dan daddy gembira..

Insha Allah baby Nishka akan menjalani rawatan kimo dalam masa terdekat.”

Doakan Baby Nishka Kuat Jalani Rawatan Kemoterapi

Mummy daddy harap adik kuat dan kanser tu boleh mengecut dan tak tekan saraf pernafasan adik.. Insha Allah.. adik jangan takut, Allah ada dik.. mummy daddy.. seluruh famili.. uncle aunty dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia juga selalu doakan adik… (terima kasih semua).

Semua orang nak tengok adik sihat dan semua tak sabar nak peluk cium adik.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, saudara mara, uncle aunty dan seluruh rakyat Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia yang tak putus-putus mendoakan, memberi bantuan dan memberi semangat dan sering bertanya khabar baby Nishka. Jasa baik dan murni anda semua hanya Allah sahaja yang mampu balas.”

MW : Pembaca Mingguan Wanita yang mahu bantu Baby Nishka, boleh salurkan sumbangan anda ke :

No akaun CIMB 7002814262
Khairiah bt Kamarudin

Sumber/Foto : Elly Mazlein, kheriykhariah_nishkaofficial

Published by
Netty Ah Hiyer