Hujung tahun, bulan inilah yang dikatakan paling sibuk untuk ibu dan ayah dengan graduasi pra. Macam-macam planning dalam kepala. Maklum saja cuti sekolah sudah hampir bermula. Bagi yang dah habis exam, MERDEKA!MERDEKA!
Macam mama dengan ayah dulu-dulu, pergi sekolah, main ajelah kerjanya, menyakat kawan-kawan. Saat yang menyeronokkan.
Dalam minggu ni sebelum cuti sekolah yang panjang, macam-macam program yang cikgu aturkan. Jamuan kelas, pening kepala mama fikir nak bawa apa makanan untuk anak dan kawan-kawan anak yang lain. Report card untuk peperiksaan akhir tahun pun.
Aduh! cukup suspens. Maklum lah anak-anak mama ni ‘rajin’ sangat membaca bukunya.
Itu baru dua program, belum masuk program lawatan sambil belajar ke zoo negara, kidzania dan pelbagai tempat lagi. Bagi saya, amat bagus untuk pendedahan pada anak-anak.
Walau bagaimanapun, program ini cukup buat saya terharu. Tak tahulah emak-emak yang lain, rasanya mungkin berperasaan sama seperti saya. Bila anak yang dulu kita rasa masih kecil tetapi sekarang sudah nak masuk darjah satu. Majlis Graduasi Pra Sekolah.
Tidak dinafikan, setiap kali saya hadir untuk memberi sokongan dan melihat anak menerima anugerah untuk tamat pembelajaran pra sekolah atau mendapat anugerah pada hari penyampaian hadiah, perasaan tu lain macam. Tiba-tiba rasa sebak. Itu baru hari graduasi pra sekolah aje pun.
Tak boleh saya bayangkan bagaimana pula bila anak betul2 terima ijazah nanti. Mahunya ‘meraung’ kat situ kot…hihihi. Insya-Allah, moga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Mudah-mudahan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat.
Sibuk-sibukkanlah diri kita dengan aktiviti yang melibatkan anak-anak sama ada dengan kawan-kawan dan juga dengan sekolah mereka. Sebab dengan penglibatan kita dengan dunia anak-anak, kita akan tahu kejauh mana kemampuan anak-anak kita, apa masalah yang mungkin anak-anak kita hadapi sama ada di sekolah atau dengan kawan-kawan, sebab masa sangat berharga. Sekejap sahaja, anak-anak membesar.
Semoga kita semua berjaya melahirkan dan mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh/solehah dan berjaya didunia serta diakhirat.