‘Mama Je La Sanding Nanti’ Gurauan Anak Perempuan Betul-betul Makbul

Share

Sebelum sanding naik pelamin, anak perempuan ini sempat bergurau dengan ibunya. Bila nampak ibunya bersungguh dengan persiapan perkahwinan anak perempuannya itu.

Kata anak, “Kemain vogue lagi eh mama prepare untuk reception. Mama je la sanding nanti. Kita nak nikah je.” Tak disangka, gurauan itu rupanya jadi nyata.

And betul-betul gais, aku sempat nikah je. Mama yang sanding dekat dewan. Apa yang kita cakap tu doa, dah terbukti. Dan doa pasal wedding ni cepat je Allah makbulkan.”

Majlis persandingan yang dirancang ayah ibu ini, Jeffry Azmi Nasruddin, 52 dan Zainah Abu Bakar, 52 untuk anak perempuan mereka, Fatheen Afiqah

, 27 dan pasangannya, Amirudin Abdul Kassim, 28 tak kesampaian.

 

Pengantin Lelaki Tiba-tiba Sakit Perut Teramat

Pada tarikh sepatutnya pasangan ini bersanding, pengantin lelaki tiba-tiba mengadu sakit perut yang teramat.

Menurut Fatheen, “Sebenarnya malam lepas je nikah tu, husband mengadu sakit perut sangat. Dia tahan sampai pukul 4 pagi. Dah tak tahan saya bawa ke klinik.”

Mula-mula ingat sakit perut biasa. Lepas doc ambil darah dan buat ultrasound, suspect appendix.”

Sudahnya, keadaan suaminya dirujukkan ke Hospital Purtrajaya.

Sebaik sampai di hospital, suaminya dimasukkan ke wad kecemasan, “kena tolak dalam semi kritikal dan kena undergo operation segera.”

Kami ada minta hold 2 ke 3 jam sebab nak bersanding dulu. Tapi malangnya keadaan husband memang tak mengizinkan. Sebab dia terlampau sakit.”

Bila dah masuk operation theater, pakar buat ct scan. Rupanya bukan appendix, tapi ada batu karang dekat hempedu

.”

 

 

Mama Dan Ayah Gantikan Tempat Anak, Sanding Atas Pelamin

Keadaan suami yang ditahan di wad dalam masa sama majlis persandingan tetap berlangsung, membuatkan ayah dan ibu pengantin perempuan ini menggantikan tempat anaknya bersanding atas pelamin di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

At first memang sedih, tapi lama-lama alhamdulillah. Parents pun sangat supportive.” Sungguhpun demikian, sewaktu acara makan beradap, kelihatan bapa pengantin begitu sebak di hadapan meja makan. Sehingga tak dapat menahan air mata yang mengalir.

And i’m glad cause they make a lovely couple, beautiful bride and groom. Even dekat hospital pun happy je tengok semua gambar orang share. Orang puji macam-macam.

Bersyukur sangat dikurniakan parents yang sangat strong dan positive.”

Saya pun alhamdulillah, slowly dah boleh redha dengan apa yang jadi dan saya happy tengok semua orang yang datang majlis happy, gambar semua cantik

.”

 

 

Kawan-kawan Datang Melawat Di Hospital

Istimewanya pasangan ini, sewaktu majlis resepsi rakan-rakan mereka datang ke wad untuk bertemu pasangan pengantin bertuah ini.

Tulisnya, “and yeahh, this is us during the reception day! Thank you kawan2 yang datang melawat.”

MW : Mengucapkan selamat pengantin baru buat Fatheen Afiqah dan Amirudin Abdul Kassim. Semoga Allah merahmati rumah tangga kalian berdua. Amin.

Sumber/Foto : Fatheen Jeffry

Published by
Netty Ah Hiyer