Mama Dan Walid Dah Cium Peluk Ainul Sebelum Doktor Ambil..

Share

Masuk 7 Syawal, inilah berita gembira sekaligus mendebarkan buat pasangan suami isteri, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 dan Nurul Erwani Zaidi, 24, yang diuji anak kecilnya, Ainul Mardhiah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.

Sejak Ramadan iaitu 24 Mei lalu, tiga beranak ini telah terbang ke London untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana. Terkini, ibunya memuatnaik status instagramnya malam tadi.

Berkongsi gambaran terbaru, anaknya yang sudahpun memulakan proses rawatan bersama pakar-pakar perubatan di hospital berkenaan.

10 June 19, 11.50 am, London,

“Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semoga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah untuk Ainul boleh terus berada di sini mama dan walid.”

“Ainul you’re the little fighter. Mama dengan walid yakin kamu akan membesar dengan sihat, berjalan, berlari dan bermain dengan kami semua.”

“Hari ini kamu akan berjuang dengan diri sendiri. Lama kamu akan berada dengan Dr hari ini. InshaAllah tak sakit kan Ainul. Dr jaga Ainul dalam tu. Jangan nakal-nakal ya. Tadi mama dan walid dah cium peluk Ainul sebelum Dr ambil Ainul. Dr di sini semua baik-baik.

“Allah bantu kamu Ainul, Allah ada di sisimu.”

Kisah Kelahiran Ainul : Pernah Jantung Terhenti, Tak Boleh Bernafas

Ibu ini juga berkongsi kisah kelahiran Ainul yang berusia sembilan bulan itu.

“My little story abaout my cute daughter gift from Allah, Ainul mardhiah Binti Ahmad Safiuddin.”

Dilahirkan pada 13 Ogos 2018 secara normal dan betul-betul cukup 7 bulan waktu dilahirkan. ya Ainul ialah baby pramatang. Lahir awal disebabkan leaking air ketuban sikit-sikit.

Masa waktu nak bersalin, ramai doc tunggu saat nak sambul Ainul sebab doc nak tahu punca kenapa mak boleh leaking air ketuban awal. Sebab doc tak tahu punca.

Padahal setiap kali scan air ketuban tak menurun pun bacaannya.

 

Ainul Mardhiah Bayi Pramatang..

Kuasa Allah, bila Ainul keluar rupanya Ainul ada ketumbuhan yang boleh tahan besar di dalam mulutnya. Doc boleh agak sebab ada komplikasi ketumbuhan tu yang Ainul keluar awal dari due date.

Lepas Ainul keluar, jantung Ainul berhenti disebabkan Ainul tak boleh bernafas kerana gangguan ketumbuhan di mulutnya. Doc cecepat buat CPR dan minta izin parents untuk terus tebuk di leher Ainul supata Ainul boleh bernafas dengan menggunakan oksigen (sampai sekarang masih bernafas menggunakan oksogen di leher)

Allah, hebat kuasa mu ya Allah. Ujian yang tanpa diduga buat kami.

Kemudian, Ainul terus dimasukkan dalam NICU. Hampir seminggu doc bincang tentang keadaan Ainul disebabkan kes ini jarang sekali berlaku pada baby. Mungkin satu dalam seribu ataupun satu dalam sejuta.

Tak apa, kami redha.

 

Pembedahan Buang Ketumbuhan Sebabkan Ainul Tiada Lelangit

Alhamdulillah, selang seminggu doc buat keputusan untuk hantar Ainul ke HKL untuk buat operation buang ketumbuhan di mulutnya. Sampai di HKL, doc pakar bedah kanak-kanak, Datuk Zakaria beritahu dia boleh buat operation untuk buang ketumbuhan di mulut Ainul tetapi ada banyak risiko kemungkinan yang akan berlaku;

antaranya lidah Ainul maybe akan terbelah dua dan selainnya. Tak apa. Kami kata kami yakin Ainul akan okay selepas operation.

Alhamdulillah operation berjalan dengan lancar. Doc bedah dah buang bersih semua ketumbuhan dalam mulut Ainul. Kami senyum ceria lihat Ainul. Lepas operation, doc bedah datang kat kami beritahu kat kami bahawa Ainul tiada lelangit kerana disebabkan operation buang ketumbuhan tu.

Sekali lagi kami sedih.

Allah ujian lagi kau turunkan. Doc tunjuk pada kami ya memang betul Ainul tiada lelangit. Kami redha. Allah uji sebab Allah tahu kami mampu hadapi.

Sepanjang Ainul di HKL, lebih kurang sebulan setengah. Nurse di HKL ajar kami macam-macam. Pengalaman kami dapat tukar saluran pernafasan di leher, suction, dan macam-macam lagi.

Betullah ramai yang tidak dapat rasa pengalaman apa yang kami rasa. Beruntunglah kalian masih diberi kesenangan hidup dan dua kali ganda lagi beruntung pada yang diuji Allah sebab Allah sayang pada hambaNya yang diuji.

 

3 Bulan Duduk Hospital

Kami seronok tengok Ainul. Kadang-kadang Ainul senyum, tersengih. Ya anak memang penyeri hidup buat ibu bapa.

Bila keadaan Ainul semakin baik, Ainul dihantar semula ke hospital yang merawat Ainul sebelum ini. Hampir sebulan lebih juga Ainul masih di hospital. Kiraan semua hampir 3 bulan Ainul di hospital dan kami masih belum berpeluang untuk peluk Ainul.

Kami redha atas ujian Allah.

Semalam, masa melawat Ainul di hospital (ketika catatan ini dikongsikan November 2018) doc pakar kanak-kanak jumpa kami dan beritahu berita yang buat kami sedih lagi sekali.

Rupanya ketumbuhan yang sudah dibuang pada sebulan lepas ada semula dan tumbuh semula dalam mulut. Kami terdiam dan terpaksa kuat lagi sekali. Ya, Allah nak uji lagi kami.

Doc beritahu kemungkinan ketumbuhan itu tidak akan dibuang dan Ainul akan jalani kemoterapi masukkan ubat yang menyakitkan. Ya Allah, sedihnya kami lihat Ainul.

Semoga kami diberi kesabaran dan ketabahan dalam hadapi semua ini. Please pray for us and for Ainul Mardhiah (bidadari syurga) di dunia dan akhirat nanti. InshaAllah.

Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat yang paling mulia ini.

MW : Mendoakan semoga proses rawatan Ainul Mardhiah di London berjalan dengan lancar dan ibu ayah Ainul terus diberi kekuatannya untuk menghadapi ujian anak sakit.

Sumber/Foto : _nrlerwani

Published by
Netty Ah Hiyer