Sempena kelahiran anak keduanya yang ke 15 tahun, Norman berkongsi ucapan istimewanya di akaun instagram peribadinya.
Ujarnya, mama merujuk kepada Abby Abadi telah bertarung nyawa melahirkan, Allah pilih papa( merujuk dirinya) sambut kelahiran dalam kereta.
Kelahiran Marissa
Mengimbas peristiwa 15 tahun lalu, pelakon Norman Hakim menerusi perkongsiannya, menceritakan bagaimana dia menyambut kelahiran anak keduanya di dalam kereta sebelum sempat tiba di hospital.
Semalam pada 15 tahun yang lalu, Norman Hakim yang pernah berkongsi hidup dengan selebriti, Abby Abadi berdepan detik cemas apabila menjadi “bidan” menyambut kelahiran anak daranya itu.
Ikuti perkongsian normanhakim786,
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah SWT pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sebab tak berhijab time ni… Belanja telinga sikit jek😝)
.
Soalannya, siapakah anak itu? Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang… Sayang… Sayang sangat dekat dia dunia akhirat dan mohon sama-sama doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulang tahun kelahirannya hari ni…
Dalam masa yang sama, para peminat untuk memberi ucapan hari jadi dan mendoakan kebahagian kepada puteri Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa.
Marissa Bersyukur Diraikan Di Hari Lahir
Manakala Marissa turut meluahkan rasa terima kasih dan rasa syukur atas ucapan serta doa dari insan sekelilingnya. Dirinya merasa terharu dengan keprihatinan keluarga dan kawan-kawan di hari lahirnya.
Baca Sini:
Abby Abadi Ingin Marissa Dania Hafaz Al-Quran
Sebaknya, Abby Abadi Kongsi Detik Cemas Lahirkan Baby Danial, Secara Pembedahan
Info lebih menarik klik di sini.
Luah Marissa di akaun instagramnya :
A very big thank you to everyone for the sweet birthday wishes! I am touched and thankful to be blessed by such awesome family and friends. I feel grateful and lucky to have so many amazing people by my side. Thank you from the bottom of my heart…
Sambut Hari Lahir Walaupun Sibuk
Biar pun sibuk, sebuah majlis diatur di saat-saat akhir bagi meraikan majlis hari jadi Marissa sempena hari kelahirannya yang ke-15. Kongsi norman786 :
Hi-tea with our birthday girl @marissadania_ ❤️Last minute plan semua dari lain-lain tempat. Papa dari Astro, Mummy Mama dari shopping both nak ke recording dengan Naura Shares. Dania, Baby & Danish (kawan sekolah Dania Baby) outing dari tempat lain. Abang @danishhakimofficial still kat sekolah dan Abah @jaiezzany ada side work.
.
.
Pre-celebration for our birthday girl before the actual event on this coming Sunday. Alhamdulillah❤️
MW: Selamat hari jadi Marissa, semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI