Pelakon Fauzi Nawawi, 47 dan Lisdawati selamat menerima menantu apabila anak kedua mereka yang juga seorang penyanyi Muhammad Fareez Hazwan atau Fareez, 23 sah bergelar suami kepada Nurwathiqah Abdul Wahab, 22.
Fauzi Nawawi & Lisdawati Terima Menantu
Fareez yang pernah menyertai rancangan realiti nyanyian Mentor Milenia dan menjadi protege Hazama telah sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan.
Majlis pernikahan tersebut telah diadakan dikediaman pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 20 Disember.
Sama cantik sama padan.
Pada hari penuh bersejarah itu juga , Fareez telah menyerahkan mas kahwin RM200 serta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Fareez merupakan anak kepada Fauzi daripada perkahwinan terdahulu, selain Nurul Hainil Fatihah, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.
Ads
Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
Syukur Allhamdulillah – Lisdawati
Lisdawati dan Fauzi bersama pasangan pengantin,
Isteri Fauzi yang juga pelakon Lisdawati memanjatkan rasa bersyukur kerana anak kedua mereka selamat mendirikan rumahtangga. Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Lisdawati mendoakan yang terbaik buat anakanda mereka.
“Syukur Alhamdulillah, dgn izin dan takdir Allah swt. “Hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab “Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban Negeri Sembilan. “Mama dan babah Doakan semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke Jannah,” tulis Lidawati.
Menurut Lisdawati mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menyegerakan perkara yang wajib.
Ads
Malah keputusan hendak bernikah dahulu daripada Fareez dan Tyqa.
“Fareez kalau boleh nak selesaikan yang wajib dahulu. Jadi tidak elok pula ditangguh.
“Insya Allah, kami merancang untuk mengadakan majlis pada tahun depan iaitu selepas raya. Apa pun segalanya bergantung kepada keadaan semasa negara,” ungkapnya yang turut memberitahu ibu kandung Fareez tidak dapat hadir disebabkan berada di Baling, Kedah.
Doa Ramai
Sumber: Harian Metro Sumber Foto: Instagram Lisdawati
Enam pelakon jual tubuh bersama Hot Daddy di aplikasi X didakwa hari ini. Sudah tiada rasa malu memperdagangkan tubuh di media sosial. Ada melakukannya kerana keuntungan dan ada secara sukarela.
Jika minggu lalu, “hot daddy” juga bapa tiga anak, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 yang mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan di aplikasi X didakwa bersama dua teman wanitanya, kini enam lagi pelakon wanita yang terlibat dalam aktiviti persundalan itu didakwa.
Enam “Pelakon” Wanita Jual Tubuh
Memetik laporan Berita Harian, enam ‘pelakon’ wanita akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pagi ini kerana dipercayai terbabit rakaman aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial.
Difahamkan, semua wanita berkenaan berusia antara 21 hingga 36 tahun itu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.
Menurut pengarah jabatan itu, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu sidang media dua hari lalu, siasatan mendapati keenam-enam wanita berkenaan melakukan hubungan seks secara sukarela dengan ada antara mereka melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.
Jelasnya lagi, semua mereka sudah direman bagi membantu siasatan untuk mengesan individu lain yang terbabit dalam penghasilan video seks.
Hot Daddy Didakwa
Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.
Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.
Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bad Indigo segan terima bantuan zakat, walaupun kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) namun penyanyi yang juga anggota Indigo ini berasa malu dan segan.
Pemilik nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, selepas jatuh sakit dia kini bergelar OKU namun suami kepada Ashira Aziz ini tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf atau orang lain yang lebih memerlukan.
Bad Indigo Segan Terima Bantuan Zakat
“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepada saya dan mahu membantu. Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.
“Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan. Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima.
“Katanya, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, ada banyak kategori. Dia beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah. Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. InsyaAllah,” kata Bad seperti mana dipetik menerusi portal Utusan Malaysia.
Rawatan Berkala Di Hospital Selepas Pembedahan Buang Kesemua Lima Jari Kaki Kiri
Berasa bersyukur kerana sentiasa ditemani isteri tercinta, Bad kini masih perlu mendapatkan rawatan di hospital secara berkala bagi membersihkan luka di kaki kiri selepas menjalani pembedahan membuang kesemua lima jari kakinya akibat diabetes.
“Lima jari kaki kiri telah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan September lalu. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
Tak Nak Susahkan Isteri
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Saya juga uruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan isteri.
“Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala itu, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” sambungnya yang turut tidak mahu bergantung hidup dengan orang lain.
Bad juga akui walaupun sedang sakit namun dia masih boleh menguruskan diri sendiri kecuali memasak. Enggan duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa, Bad akui dia juga perlu kuat semangat.
“Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya,” luah Bad lagi.
Sumber : Utusan Malaysia
Sumber Foto: Instagram Ashira & Instagram Bad Indigo
Sudah tiba ajalnya. Belum sempat ahli keluarga lain menatap wajah bayi yang baru berusia 22 hari ini, dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Menurut perancangan, penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad ingin membawa keluarga pulang ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
Pemain JDT kemalangan, ibu mentua dan anaknya yang baru berusia 22 hari turut meninggal dunia dalam tragedi ini.
Penyerang JDT Kemalangan
Penyerang pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terbabit kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Ia menyebabkan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, dipercayai ibu mentuanya, dan Titik Sukamti, 30-an yang juga pembantu rumahnya, meninggal dunia.
Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25; isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25; bersama anak perempuan sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya cedera ringan.
Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.
“Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.
“Anggota kemudian membuat kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Jelasnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi jam 6.12 pagi.
Kredit foto: myMetro
Bapa Belum Sempat Cucu
Manakala bapa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini belum sempat menemui cucunya yang maut dalam kemalangan. Menurut Ahmad Ibrahim, 56, keluarganya sudah merancang untuk mengunjungi Syafiq di Johor selepas dikurniakan anak keduanya pada 14 November lalu.
Menurutnya, keluarganya rancang untuk ke Johor pada 11 Disember ini tetapi terpaksa menangguhkan rancangan itu selepas tempat tinggalnya di Bayan Baru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terkilan Dengan Kejadian Menimpa
“Seluruh ahli keluarga terkilan kerana tidak sempat berbuat demikian selepas mereka terbabit dalam kemalangan ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap.
Ahmad berkata, dia menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, pada awalnya dia menganggap orang yang menghubunginya itu tersilap orang dan menjelaskan bahawa semua anaknya ada di rumah.
“Pada masa itu, saya tidak menyangka bahawa Syafiq yang terbabit dalam kemalangan kerana tidak tahu dia dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
“Dia mungkin ada beritahu ibunya kerana selalu berkongsi apa saja dengan ibunya,” katanya.
Menurut Ahmad, dia yang ke tempat kejadian selepas yakin Syafiq terbabit dalam kemalangan itu mendapati kesemua mangsa sudah dihantar ke hospital.
Katanya, Syafiq beritahu dia cuba mengelak sesuatu sebelum kenderaannya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.
“Dia masih dalam trauma,” katanya.
Ahmad berkata, isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, dan anak sulung pasangan itu, Aaira Nur Saffiyya, 2, kini berada dalam keadaan stabil.
Tak Sangka Isteri Cucu Pulang Sebagai Jenazah
“Arwah isteri, Zainab Wahab, 46, ada hubungi saya dua hari lalu dan minta kemaskan rumah sebab nak bawa balik cucu baru. “Tapi tak sangka pula dia dan cucu pulang sebagai jenazah,” kata Norain Shahadan, 50, bapa mentua kepada Syafiq.
Menurut Norain, dia menerima berita sedih itu melalui besannya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubunginya sekitar 6 pagi tadi.
Katanya, dia ketika itu antara percaya atau tidak apabila dimaklumkan isterinya dan cucu mereka, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, meninggal dunia dalam kemalangan.
Redha Hilang Isteri & Cucu
“Saya tidak menyangka, namun reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan isteri dan cucu kedua kami.
“Namun, saya bersyukur anak sulung, Nur Amalina, 25, menantu, Muhamad Syafiq Ahmad, 25, serta cucu sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Pusing, di sini, hari ini.
Menurut Norain, dia terkilan kerana tak sempat menatap wajah cucu barunya yang dilahirkan pada 14 November lalu dan hanya melihat melalui WhatsApp kumpulan keluarga di telefon bimbit.
Katanya, dia memang teruja mahu berjumpa cucu sulung lelaki, namun tidak kesampaian.
“Saya sempat berbual dengan isteri pun sekejap saja dan dia hanya beritahu nak balik apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, hari ini.
“Sedih memang sedih, tapi apa nak buat, saya terima ketentuan Allah,” katanya.
Katanya, isterinya pergi ke rumah anak dan menantu mereka di Johor sejak perayaan Deepavali lalu.
MW: Semoga Syafiq dan isteri kuat menghadapi ujian ini. Ternyata bukan mudah untuk menerima apa yang berlaku. Apatah lagi kehilangan dua nyawa sekaligus. Al-fatihah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...