Malu-malulah sikit hormat bulan puasa, tahulah ‘uzur’ tak sopan bila makan di khalayak umum. Tindakan segelintir muslimah yang uzur dan makan di khalayak umum sesuatu yang dilihat kurang sopan apatah lagi dalam bulan Ramadan penuh barakah ini.
Malu-Malulah Sikit Hormat Bulan Puasa
Bila makan di khalayak umum bagi seorang wanita yang ‘uzur’ adalah perbuatan yang tidak sopan. Malu malulah sikit ya kaum hawa.
Islam bukan melarang untuk wanita haid makan dan minum di siang hari. Tetapi makanlah secara sembunyi.
MW menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Puan Nor Zabetha menerusi perkongsian di akaun Facebooknya. Peguam terkenal itu kurang bersetuju jika wanita ‘uzur’ makan di khalayak ramai.
“Saya ini memang jenis yang konservatif. Jadi bila datang bab perdebatan wanita uzur makan di khalayak ramai di siang hari, jelas saya tidak setuju.
“Memang dari sudut undang-undang, tidak menghormati bulan puasa adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
“Dari sudut agama juga telah banyak yang berkongsi pandangan sejak isu ini tular beberapa hari.
“Saya ingin lihat pula dari segi tradisi dan amalan masyarakat kita di bulan puasa. Amalan berpuasa di negara kita amat unik dan majoriti orang Malaysia ini sangat menghormati bulan puasa tanpa mengira bangsa dan agama,” ungkap Zabetha.
Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Jadi kurang enak jika mereka yang beragama lain pun serba salah hendak makan dan minum di hadapan orang Islam.
“Tidak dipaksa-paksa juga rasa hormat bulan puasa terhadap bulan puasa antara kaum. Sejak dari zaman sekolah lagi, kalau kita orang Islam berpuasa, yang beragama lain sentiasa serba salah hendak makan dan minum di hadapan kita.
“Ingat lagi, kalau ada kawan-kawan agama lain ingin makan dan minum di hadapan kita, mereka selalu kata “Eh. Janganlah tengok, awak kan puasa”. Mereka bimbang jadi punca kita lapar dan dahaga serta terliur. Begitulah rasa hormatnya kepada kita yang berpuasa dan bulan puasa itu sendiri.
“Begitu juga di alam kerja. Saya pernah bekerja di firma yang berbilang bangsa dan ramai orang bukan Islam. Waktu bulan puasa, ada wanita bukan Islam yang akan tawarkan untuk membeli makanan bagi kami wanita yang tidak boleh berpuasa.
“Kami tidak suruh tetapi dia akan tawarkan sendiri. “I nak beli makan. Ada siapa-siapa tak boleh puasa nak order?”.
“Makanan yang dibungkus juga, kami makan dalam bilik dan tidak menayang perbuatan bahawa kami tidak puasa di pejabat.
“Sehingga hari ini, di firma saya sendiri begitulah tradisinya. Kadangkala mereka buat pesanan Food Panda atau Grab. Kadangkala rakan kongsi saya, kak Geetha yang tawarkan diri untuk membeli.
“Kadangkala, waktu kak Geetha sedang makan di pantri, saya singgah duduk sebentar. Saja hendak bersembang dengan kak Geetha sebab bulan puasa, jarang dapat duduk dan bersembang bersama.
“Sedang dia makan, “Eh, Beth. Janganlah tengok. You kan puasa. Seganlah saya”.
“Eh, kak. Makan. Tak apa. Saya bukan darjah satu yang baru belajar puasa. Makan kak. Saya okay”, sambil saya bersembang.
Baca Sini : “Tanpa Minat Yang Sangat Mendalam, Sukar Untuk Bertahan Dalam Bidang Guaman Ini” Zabetha
“Begitulah kuatnya tradisi kita orang Malaysia. Bukan hanya orang Islam yang tegas tentang bulan puasa dan bukan Islam juga sangat menghormati bulan puasa.
“Walhal zaman sekarang ini, kalau wanita tidak boleh berpuasa, banyak pilihan. Boleh pesan dengan kawan. Boleh order dari Grab and Food Panda. Macam-macam cara. Jadi, kenapa perlu seorang wanita Islam memilih, duduk di khalayak ramai di siang hari sambil makan dan minum dalam bulan puasa?
“Benar dik, zaman sekarang, zaman moden tetapi tidak bermaksud habis semua awak boleh moden kan. Kalau kami tidak setuju bukanlah juga kami ini terlalu ‘rigid’ atau tidak ‘open minded’. Agama, undang-undang sudah jelas.
“Sudah menjadi tradisi juga amalan hormat-menghormati di bulan puasa oleh semua rakyat Malaysia. Negara kita ini unik. Biar kekal begitu,” luah Nor Zabetha yang begitu tegas dengan pendiriannya.
Baca Disini Lagi: Pesan Peguam Ini Ada Sebab Kena Amalkan Kerap Semak Baki Akaun Bank!
Ramadan Berbaki Dua Hari, Panduan Kejar Pahala Berganda Untuk Wanita Haid
Selamat beribadah di malam sepuluh terakhir Ramadan. Semoga Allah anugerahkan Lailatul Qadr.
Menerusi ruangan komen juga ramai yang bersetuju dengan Puan Nor Zabetha.
Mingguan Wanita : Memang sebagai perempuan kita kena malu bila makan di khalayak umum.
Sumber: Facebook Nor Zabetha
Kisah Ramadan Alif Satar
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Isteri sayangilah suami…
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita