Malas sekolah dan hanya tidur sepanjang hari, mak ayah di Beijing, China mengambil tindakan buang anak remaja bermasalah ke pulau tidak berpenghuni.
Tindakan nekad ini rasanya jalan terakhir agar anak ini berubah laku. Mungkin juga remaja dinasihati berkali-kali secara baik namun tidak berubah, jadi ini adalah tindakan yang wajar.
Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau
Seorang remaja bermasalah di China dihukum dengan ‘dibuang’ ke sebuah pulau tidak berpenghuni.
Daily Star melaporkan, nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.
Ia sehingga remaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.
Remaja itu dilihat berada satu kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Shandong.
Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.
Menurut media China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap remaja itu yang suka memberontak.
The Sun melaporkan ia berlaku selepas remaja itu malas bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.
Ads
Menurut China Press, gadis itu dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun-tahun ia tidak berpenghuni kerana ketiadaan elektrik atau sumber air.
Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang belayar melalui pulau itu, yang kemudian bertindak menghubungi polis.
Pihak Berkuasa Terpaksa Campur Tangan
Ketika polis tiba di pantai, gadis itu berlari ke arah mereka sambil menangis dan mengatakan: “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka memaksa saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.
“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”
Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaan dan membawanya pulang ke Chengdu di wilayah Sichuan.
Ads
Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, ayah gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.
Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan orang ramai selepas insiden berkenaan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang ketegasan juga perlu dalam mendidik anak-anak. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara lembut, namun berpadalah juga kerana bimbang keselamatan anak jika dibiar sendiri begitu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Pelakon Nabila Huda, 36 berkongsi rasa bahagia bila mana anak perempuannya, Keisha Laila dapat menguasai bahasa Mandarin walaupun baru belajar dalam 14 jam.
Membuatkan ibu ini yakin dengan keputusannya untuk meneruskan persekolahan anaknya di rumah atau homeschool adalah tepat.
Ini yang Nabila kongsikan akan kejayaan Keisha.
Korang ingat lagi tak Abil penah cakap Abil berhentikan Keisha dari school and decided untuk dia homeschool je? Abil cuma suruh dia belajar basic subjects only Maths, Sains and English je with @thelennyrahman
Pastu i came up dengan idea nak battle dengan Keisha belajar foreign language. Pastu masa i post on my Instagram, @fasihmandarin approach both of us masa MCO 2.0 tu.. Tapi mummy tak dapat teruskan sebab shooting.
So keisha continue and guys, Keisha dah terror! She can write and speak in Mandarin. Just imagine kalau ikut kan dia belajar baru 14 hours and dia dah power gila! Before MCO 3.0 , @na.laoshi datang rumah, tapi bila dah lockdown dorang sambung online je.
Keisha Boleh Cakap Mandarin
Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak benda, tak dapat nak belajar dengan sempurna, Keisha dah boleh cakap Mandarin! I am so proud of you @lilkupukupu !
Tengok result exam dia. Thank you @na.laoshi @fasihmandarin . Mummy nak cry cry jap laaa..😭😍 To mummy and daddy out there,try la bagi anak-anak korang belajar Mandarin dengan dorang ni.
Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, at least, boleh cakap Mandarin, jauh perjalanan hidup dorang nanti.. boarder bukak kite nak pergi shopping kat china pun senang bawak dorang je settle!!Hahahaha!
Dalam pada berseloroh, Nabila tetap berkongsi pesanan agar ibu ayah memberi pendedahan pada anak-anak mereka mempelajari bahasa Mandarin.
Puteri Sarah dapat kebenaran mulakan prosiding hina mahkamah terhadap madunya ira, kakak & Kazar. Akhirnya pelakon Puteri Sarah yang juga isteri pertama kepada Syamsul Syusof memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.
Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian, Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian.
Puteri Sarah Dapat Kebenaran Mulakan Prosiding Hina Mahkamah
Menurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan bapa mereka.
“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,” kata peguam itu.
Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.
Berjaya Peroleh Perintah Injuksi Mahkamah
Puteri Sarah memohon perintah injunksi tersebut dalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.
Menurut rekod, pada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.
Manakala pada 6 Jan lepas, Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dulu sangka tak ada siapa nak, sekali Allah aturkan jodoh sekacak “Fikry Ibrahim”. Bagi yang masih bujang dan usia sudah meningkat, antara persoalan selalu bermain di fikiran ialah siapakah jodoh kita.
Ramai juga yang tak kisah kerana tahu jodoh aturan Allah yang sudah tertulis di luh mahfuz. Dan ramai juga lebih enjoy dengan kehidupan single sekarang. Tapi percayalah dalam kita tertanya-tanya siapakah jodoh kita, Allah sudah mengaturnya dengan sebaik-baiknya dan mampu memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dulu Sangka Tak Ada Siapa Nak
Dalam satu perkongsian di Tik Tok @IbuKin, wanita bahagia yang dikurniakan dua anak ini, berkongsi momen bahagia hidupnya. Dikenali sebagai Nurul Ashikin, dengan tubuh sedikit cubby dan mempunyai masalah kulit ketika usia muda, dirinya sama sekali tidak menyangka dijodohkan dengan lelaki kacak, Ahmad Nuwairan yang merupakan crushnya suatu masa dahulu.
Lebih menarik, ramai mengatakan wajah suaminya seperti artis Fikry Ibrahim dan juga Raff, iaitu suami kepada Mawar Rashid.
Dalam perkongsiannya yang ditonton lebih dua juta orang itu, Ashikin akui dia sering tertanya-tanya adakah ada lelaki yang ingin mendekatinya. Tambahan pula ketika itu kulit wajahnya bermasalah sedikit. Tapi benarlah aturan Allah, dalam dirinya berpenampilan begitu, cinta mereka sungguh kuat sebelum disatukan dalam majls penuh meriah.
Bahkan kerana berada di tangan lelaki yang tepat dan sentiasa menghargai dirinya, kulitnya juga sangat glowing dan sangat cantik menjelang hari bahagianya. Kelihatan keduanya sama cantik sama padan di hari persandingan mereka. Rumahtangga pasangan ini semakin bahagia dikurniakan dua anak yang sangat comel iaitu Nurwabil Syakirin dan Nurwanda Syiffa yang lebih banyak mengikut iras wajahnya.
Benarlah, jika wanita berada di tangan seorang lelaki yang baik dan melayaninya umpama permaisuri, isteri akan cukup bahagia dan semua masalah-masalahnya hilang.
Dalam banyak perkongsiannya, ramai mendoakan pasangan ini kekal bahagia till jannah kerana di wajahnya terlihat begitu bahagia. Jika dirinya dulu bertanya siapakah jodohnya, Allah mengatur lelaki terbaik singgah di hatinya kini.