Apa yang lebih nikmat selain dapat bercuti di sebuah tempat yang dikelilingi pepohon menghijau, gunung ganang yang memukau pandangan. Masa itu anda tanyakan diri, ‘Stress? Apa itu stress?’ Sebab pemandangan cantik subhanallah ini melenyapkan semua beban tekanan dalam kepala.
Menarik sekali perkongsian momen perkhemahan, Miz Kecik Miz Kecik (MemUmie) ini. Tak perlu pun merantau jauh sampai ke New Zealand, cukup sekadar berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud Sabah. Tapak perkhemahan ini sudah menjanjikan satu pemandangan cantik yang berbekas di hati.
Sambil Barbekue, Tengoklah Bintang
Kata Mem Umie, “Bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan nyaman, boleh lah berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud, Sabah.
“Ia berlatar belakangkan Gubung Kinabalu. Menjanjikan pemandangan yang sangat cantik.” Serius memang cantik pun. Bila anda lihat gambar yang dikongsikan beliau anda pun teruja sama nak ke sama bawa satu famili.
Bayangkan seronoknya, sebab ia bersebelahan dengan air sungai yang mengalir begitu jernih dan sejuk airnya. Tambah wanita lasak kaki travel ini “Boleh saja mandi manda bersuka ria, asalkan kamu tahan sejuk.” Tapi kalau dah cantik jernih macam gitu airnya takkan tak nak cuba bermandi manda.. ya tak?
Aktiviti, Mem Umie diteruskan sampai ke malam hari. Waktu malam mak ayah boleh buat acara barbekue. “Sambil-sambil BBQ tu tengoklah bintang-bintang.”
Berkhemah dan nikmati rasa dekatnya dengan alam semula jadi. Bangun-bangun pagi, boleh nikmati secawan kopi panas dan bersarapan bersaktikan Gunung Kinabalu yang gagah terbentang di depan mata.
Malam harinya memang sejuk dingin. Bawalah baju panas tu lebih. Isk.. seronok pula.. Tiba-tiba rasa seakan mahu menikmati malam berunggun api ala rancangan koboi tu.
Ads
“Kalau kamu nak bawa anak isteri dan keluarga mahupun kawan-kawan, datanglah berkhemah di sini. Lagi ramai lagi syok dan meriah. Confirm kamu tak menyesal.” Haa.. menarikkan apa yang dikongsikan Mem Umie ini.
Macam Mana Nak Ke Polumpung Melangkap View Camp Site
Lokasi menarik ini letaknya di Kampung Melangkap Baru. Kalau anda dari Semenanjung, kenalah naik flight. Hehe..
Nanti dari pekan Kota Belud, Sabah memandulah ke arah kampung yang dimaksudkan itu. Jaraknya kira-kira 20km atau 39 minit pemanduan.
Dekat sini nanti, anda bolehlah berkhemah dengan famili ke, kawan-kawan ke. Nak bawa khemah sendiri lagi bagus. Tapi kalau tak ada, boleh sewa dengan pusat pengurusan di sana. Bawalah juga kanopi atau tikar ke tikar getah, Ini agar lebih selesa.
Dah sampai tapak perkhemahan tu nanti, jangan risau nak parking kereta kat mana, Sebab ada kawasan parking yang luas. Walaupun nun jauh di tengah hutan, disiplin diri kena jaga ya. Jadi parkinglah elok-elok.
Ads
Jangan pula seronok sangat nak nikmati keindahan alam, sampai lupa cara parking berhemah yang tak halang kenderaan lain.
Ini Senarai Yuran Kemasukan
Yuran Kemasukan
* Dewasa (13 tahun ke atas) – RM2/seorang
* Kanak-Kanak (12 tahun – 7 tahun) – RM1/seorang
* Kanak-Kanak (6 tahun ke bawah) – Percuma
Yuran Menginap (Berkhemah)
Ads
* Dewasa (13 tahun ke atas) – RM4/seorang/malam
* Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) – RM2/seorang/malam
Kelengkapan khemah tidak disediakan. Ada beberapa buah khemah untuk disewa tapi dalam jumlah terhad.
Pelampung untuk disewa disediakan dalam jumlah terhad.
Harganya ok-ok kan? Cukup murah untuk anda menikmati pemandangan cantik bak lukisan alam yang real terbentang di depan mata.
Sumber/Foto : Miz Kecik Miz Kecik, Facebook Page Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayangkan anda keluar rumah dengan keadaan tak sempat untuk kemaskan rumah. Pakaian berselerak, pinggan mangkuk penuh dalam sink dan sebagainya. Magik, bila pulang waktu petang atau malam, keadan rumah sangat bersih seperti ada orang tolong kemaskan.
Kalau macam inilah keadaannya, bolehlah tinggalkan rumah dengan bersepah-sepah, nanti balik rumah dah kemas dan cantik berkilat.
Mahunya tak terkejut bila pulang ke rumah, pintu terbuka seperti ada yang telah ceroboh masuk. Sekali, bila lihat keadaan rumah lebih teratur, kemas dan berkilat, seperti ada orang yang tolong kemaskan rumah.
Inilah yang berlaku di Ohio apabila seorang wanita yang bernama Susan Warren, 54 tahun menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah dan membersihkannya tanpa kebenaran.
Niat di hatinya Susan sangat murni dan baik. Dia pecah masuk rumah dengan tujuan untuk mengemaskan rumah tersebut.
Susan akan menyapu lantai, vacuum habuk, membasuh pinggan dan cawan yang ditinggalkan dalam sinki, membuang sampah dan lain-lain.
Kemudian, dia akan tinggalkan rumah yang dipecah masuknya itu dalam keadaan yang sangat bersih.
Bukan Satu Kesalahan
Penangkapan dia juga kerana dia memasuki rumah Cleveland pinggir bandar, melakukan pembersihan ringan dan meninggalkan nota yang mengenakan bayaran kepada pemiliknya $75.
Dalam satu temubual, Sherry Bush, pemilik rumah itu telah memanggilnya dan bertanyakan kepada Susan sama ada dia kemaskan rumah itu secara tidak sengaja atau ada niat lain.
Namun dinafikan oleh Susan dan mengatakan ia bukanlah satu kesilapan, sebaliknya ia melakukan aktiviti ini sepanjang masa. Akhirnya dia ditahan selama setahun (tempoh percubaan) atas dakwaan membersihkan rumah.
Susan turut digelas sebagai ‘The Cleaning Fairy’ oleh orang ramai kerana sikapnya yang suka membersihkan rumah orang.
Mingguan Wanita : Lepas ni bolehlah biarkan rumah bersepah dan ada ‘cleaning fairy’ datang tolong kemaskan. Seronok ni!
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Telur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.
Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.
Bahan-Bahan (Inti):
Isi ayam secukupnya
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (potong dadu)
mix vege secukupnya
sedikit cili kisar
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
perasa gula garam
3 atau 4 biji Telur
Cara Membuat:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.
3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.
4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.
5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.
Info Ekstra!
1.Elok guna kuali yang tak melekat.
2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.
3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...