Ibu ini, Noor Fadhila Bakri bukan ambil masa beberapa lama untuk survey vaksin Pneumococcal anaknya. Sebab harga vaksin jenis ini bukan murah, cecah ratusan ringgit untuk sekali suntikan. Demi memberi imunisasi dan cegah jangkitan kuman di paru-paru anak, ibu ini sanggup menolak dari memberi barang keperluan dirinya.
“Alhamdulillah. Selesai 1 dos vaksin Pneumococcal untuk Iman Zahrawi. Lama jugalah Dila survey harga vaksin ni dan yang paling murah Dila jumpa dekat Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.”
“Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini daripada membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yang memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’.”
Menurut ibu ini, Vaksin Pneumococcal ni ada dua jenis:
Pertama : Synflorix (melindungi anak daripada 10 jenis bakteria)
Kedua : Prevenar (melindungi anak daripada 13 jenis bakteria).
“Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.”
“Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih atau anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. By the way, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.”
Tambahnya apa yang dikongsikan itu bukahlah review berbayar. Sebaliknya sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dapatkan vaksin ni pada harga yang berpatutan.
Detail Apa Itu Vaksin Pneumococcal
Ini sedikit indo berkenaan vaksin Penumococcal yang saya baca dan kongsikan di sini dari website Momma.
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.
Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan .
Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Kalau Anak Batuk Lebih 3 Hari..
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Keterangan Lanjut Suntikan Vaksin Pneumococcal
Mereka yang inbox saya tanya di mana detail vakcin Pneumococcal, boleh periksa keterangan lanjut di pautan link ini. Poliklinik UKMK Bandar Baru Bangi 24 Jam
Sumber/Foto : Noor Fadhila Bakri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI