Ada suami yang tak payah isteri minta pun, dia dengan rela hati peluk isteri ketat-erat. Ada suami pula.. ya ampun! Terseksa jiwa raga isteri. Bukan minta duit pun, minta suami peluk je. Itu pun susah.
Janganlah macam itu wahai suami, sebab bila suami peluk ini, isteri akan jadi lebih tenang emosinya. Dari kalut-kalut susah hati, penat.. terus isteri jadi cair.
Isteri Khai AF, Rosma pun bertanyakan benda yang sama perihal peluk suami isteri ini. Comel je pertanyaannya, tapi bagi pasangan suami isteri. Itulah pertanyaan yang bermacam maknanya.
“Orang tua-tua kata peluk isteri selalu nanti isteri kurus, betul ke?”
“Mungkin betul kot kata orang orang tua. Sebab bila peluk isteri hari-hari, pasti isteri berusaha dan bersemangat nak kurus. Tu sebab malulah setiap kali peluk makin beso gelung tangan suami tu kan.. hihi #janganmarahye.”
“Apa kata suami-suami semua saya challange peluk isteri setiap hari start malam ni juga. Agak-agak sebelum rasa leh kurus tak isteri tu
?”“Kalau nak isteri lebih bersemangat nak kurus, apa kata suami letak #mssenaros jer atas meja makan. Bukan isteri je yang kurus. Suami pun perut boleh kempis sebelum raya gak nanti tau.”
Khai atau nama sebenarnya, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi mendirikan rumahtangga dengan Rosma pada 2008.
Ketika ini, Rosma sedang hamil anak ketiga dan dijangka bersalin pada April ini. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Amzar Danish dan Nur Amani Damia Mohd.
MW : Peluk isteri ini sebenarnya suami pun akan jadi lebih tenang juga. Sebab masa inilah hormon oksitoksin dibebaskan dan ia memberikan mood tenang lagi damai buat suami isteri. Umur pun nanti jadi lebih panjang. Sebab bahagia.
Sumber/Foto : Khai Rosma , Berita Harian