
Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Keharmonian diantara kaum juga masih dipelihara demi kestabilan dan perpaduan negara.
Terharu melihat perkongsian video ringkas dari Tiktok divyasree0605 ini.Video tersebut menunjukkan keharmonian dan perpaduan kaum tanpa mengira agama dan bangsa.
Berbeza Bangsa, Ikhlas Suap Makanan
Seorang wanita berbangsa India kelihatan cukup ikhlas dalam membantu dan menyuap makanan dan memberi minuman kepada pesakit wanita Melayu yang tidak dapat melihat akibat kegagalan buah pinggang di atas katil di sebuah hospital.
Menurut perkongsian anaknya, ibunya bukan sahaja menjaga anak sendiri malah memang turut membantu para pesakit yang lain di wad tersebut, terutamanya menyuapkan makanan dan minuman.
Sememangnya sikap yang terpuji, membantu tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa. Semoga menjadi inspirasi dan contoh buat kita juga supaya tinggal harmoni di Malaysia ini.
Watch on TikTok

Mesti Baca:Ambil Report Card Anak, Pesanan Cikgu India Ini Kesannya Sampai Terus Ke Hati!
Baca Lagi Di Sini:Berlainan Bangsa, Kaneeta, Marziah dan Maniammai Tidak Merasa Jurang Perbezaan
Artikel Menarik:‘Akak Tolong Susukan Anak Saya’ Ibu Si Kembar Tak Kisah Menyusu Bayi Beza Bangsa
Sumber: TikTok divyasree0605
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saiz Fibroid Macam Hamil 5 bulan, Tapi Hakikatnya Umur 40an Dan Masih Belum Kahwin

Ramai wanita tak tahu yang saiz fibroid boleh jadi gangguan untuk niat dapatkan anak. Punca fibroid bermula pada ganguan haid dan sengugut. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya kaum wanita.
Ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak. Antara petanda anda mungkin ada Ovarian cyst yang kritikal adalah bila period anda mula terganggu.
Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka. Nak tahu punca dan macam mana nak cegah fibroid, ikuti perkongsian oleh Dr Hamid Arshat ini…
1. Mungkin ada faktor baka dikaitkan dengan tumbuhan fibroid.
2. Tumbuhan fibroid membesar atas pengaruh hormon estrogen. Kandungan estrogen berlebihan pada pengidap fibroid. Estrogen dikeluarkan oleh kilang ovary dan sedikit dari lemak dan kelenjar adrenal.
Biasanya tindakan estrogen ditentang hormon progesterone. Hormon progesterone hanya keluar jika ada penetasan telor (ovulation). Malangnya tidak semua pusingan haid ada ovulation. Oleh itu kekurangan hormon progesterone boleh menimbulkan bermacam-macam gangguan haid dan juga kurang subur.
3. Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid khususnya yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Makanan-makanan junk, fast dan tinned juga disyakki menggalakan fibroid kerana kandungan pengawet, perisa dan pemanis tiruan.
4. Ada juga makanan yang mengandungi phytoestrogen sapeti kacang soya dan lain-lain tetapi kesannya terhadap pertumbuhan fibroid tidak dapat dipastikan.

5. Mungkin lebih baik makan antiestrogen foods untuk cegah tumbuhan fibroid saperti delima, broccoli, kobis, cauliflour; maca, minyak zaiton, cendawan shitake: anggor merah, chia seeds, oats, teh hijau, juz lemon, kacang almond walnut dan peanuts; kunyit, bawang, cholophyl dan spirulina. Virgin coconut oil (VCO), garlic, kucai dan berries. Sayur-sayur hijau segar dan mentah serta ulam-ulam.
6. Sering fibroid tidak menimbulkan gejala atau tanda-tanda. Terbaik untuk lakukan scan peranakkan.
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP “Dah Tua Pun. Kuranglah ‘Pelincir’, Sebab Dah Kehausan”

Isi Kandungan
ToggleSakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP. Chef Selebriti popular dan bersuara lantang yang juga pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan telah menjalani prosedur rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP).
PRP dilakukan selepas Che Wan mengalami komplikasi di bahagian lutut dan bahu.
Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Chef Wan memaklumkan prosedur itu dilakukan untuk memudahkan fungsi lututnya supaya dia dapat berjalan seperti biasa.
“Selepas ibu saya selesai menjalani pemeriksaan dan keluar dari hospital, kini giliran saya pula. Ia adalah prosedur kecil dan saya menginap selama dua malam di Hospital Gleneagle.
“Prosedur ini akan membantu kedua-dua lutut saya untuk berfungsi dengan lebih baik ketika saya berjalan.
“Sejak saya berada di Abu Dhabi, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan rasa tak selesa ketika berjalan atau berdiri terlalu lama.
“Dah tua pun. Segalanya dah kering kontang dalam tempurung itu, macam perigi buta! Lagi pula, kita ini kuat merayap. Jadi, kuranglah ‘pelincir’ dia, itu (sebab) dah kehausan,” tulisnya.
Nasihat Doktor
Chef Wan juga memberitahu dia menerima nasihat daripada pakar tulang supaya melakukan prosedur sama untuk bahagian bahunya yang mengalami ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku).
“Sejak bahu kanan saya juga berada dalam kesakitan setiap kali saya berbaring dan menjadi ‘frozen shoulder’ (sendi bahu membeku), pakar tulang menasihatkan saya untuk melakukan rawatan PRP sekali gus.
“Bukan prosedur yang murah. Tak apa, janji boleh lari macam Tom Hanks dalam filem Forrest Gump,” kongsianya.
Baca Disini : http://www.mingguanwanita.my/sedekah-kebajikan-ibu-chef-wan-sediakan-jururawat-khas-jaga-maknya-dibayar-rm5800-sebulan/
“Semoga Diberikan Kesembuhan Segera” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Chef Wan diberikan kesembuhan segera.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Datuk Chef Wan
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Tip Pilih Durian Sedap Dan Manis, Cari Yang Dah Ditebuk Tupai, Tapi Awas! Baca Selengkapnya

Isi Kandungan
ToggleDari jauh, bau durian dah semerbak menusuk-nusuk ke hidung. Dalam hati ada, tertanya-tanya macam mana nak pilih durian sedap dan manis. Hati ada sedikit was-was nak beli. Sebabnya dah banyak kali beli durian, masa tokey tu kupas sedikit kulit nampaklah isinya yang padat kekuningan.
Sayangnya bila sampai saja rumah, isinya mengkal, keras dan akhirnya dibuang ke tong sampah. Sudahlah harga durian sekarang boleh tahan mahalnya. Tapi disebabkan teringin punya pasal, kita beli juga. Tawakallah moga-moga pilihan kali ini menjadi. Sebenarnya ada 15 cara nak pilih durian terbaik.
Supplier durian, Harris Rosli yang dah dekat 10 tahun bergelumang dengan asam garam berniaga durian ini sudi berkongsi tipnya buat pembeli. Lepas ini tak adalah kejadian terbeli durian isi keras lagi ya.
Kenal Dulu 3 Musim Durian
1. Permulaan
Sekarang ini buah durian sedang alami peringkat permulaan dan harga sedikit keras memandangkan permintaan melebihi pengeluaran. Harganya juga agak keras sedikit.
Sebab tak banyak buah yang gugur, tapi ramai orang yang teringin buah durian, jadi harganya boleh tahan sekarang. Dari segi cakap mulut orang orang lama, hasil durian tahun ni agak menurun dan dianggarkan hanya 30% pengeluaran buah tahun ni berbanding tahun lepas.
2. Pertengahan
Bila dah musim pertengahan, time ni la buah jatuh harga, so boleh la korang serbu dan makan sampai panas kepala korang.
3. Penghujung
Tapi bila dah start buah penghujung, buah akan start mahal balik sebab dah tak banyak buah yang boleh dibekalkan.
Ini 15 Panduan Pilih Durian Manis Dan Sedap
1) Pastikan Durian Tersebut Tak Merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas-gas durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah tak ada. Tapi, durian merekah juga salah 1 indikator bahawa buah tersebut masak elok.
2) Jangan Beli Durian Tangkai Yang Kecut
Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari. Dan hati-hati, kadang-kadang tangkainya kecut, lepas tu tokey tu potong bahagian yang kecut, so nampak macam baru.
3) Bau Dulu Di Buntut Durian Tu
Kalau bau sedap, lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau tak berapa ada, try pilih yang lain dulu.
4) Goncang Durian Dulu Sebelum Beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’, mangko ( orang Perak) @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang. Kalau buah tersebut sederhana, tapi beratnya agak padat. Mungkin yang itu keras.
5) Suruh Tokey Durian Tebuk Dulu Durian
Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.
6) Pastikan Duri Durian Tu Keras
Try rasa duri tu, tekan dengan jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.
7) Tanya Dulu Buah Tu Dari Mana
Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot-kot la durian Siam. Bukan apa, durian Siam ni durian yang diperam, tak macam durian kita yang hanya ada bila sampai musimnya.
Tanya tokey tu, buah mana, kalau dia kata buah Penang, tanya dia lagi Penang kat kawasan mana? Kalau dia kata Balik Pulau… korang tanya dia lagi Balik Pulau area mana? Hehe… salah satunya dia akan jawab, Sg. Batu, Kg. Aceh ke Sg. Ara ke. Tempat-tempat tu adalah tempat pengumpulan durian. So tak ada sebab dia nak marah kalau anda tanya macam-macam. Korang ada hak kan.
8) Tanya tokey Kalau Buah Tak Masak Boleh Tukar Tak?
Kalau tokey yang jujur, dan nak berniaga lama serta nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan.
Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, last-last dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak. Kita kena letak diri kita kat tempat costumer jugak.
Tetapi costumer kena ingat, Durian adalah ciptaan Allah. Kita tak tahu benda dalaman. Seeloknya kita just cakap InshaAllah buah elok. Dan costumer pun akan puas hati.
9) “Saya Nak Buah Isi Kuning!”
Kalau korang nak buah durian yang isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat-urat kat tengah-tengah tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dalam tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.

10) Jangan Takut Nak Ambil Buah Yang Ada Getah Kat Bawah Buah
Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.
11) Pilih Buah Yang Bentuk Macam Jantung
Selalunya buah durian yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem. Walaupun begitu, selalunya bentuk jantung ni tak banyak bilangan ulas.
12) Pilih Buah Yang Berduri Halus Tajam Atau Duri Besar Tumpul
Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.
13) Pilih Buah Yang Bertangkai Panjang
Pilih jenis ni, selalunya buah durian tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).
14) Elakkan Beli Di Pasar Malam
Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba-tiba dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Seeloknya Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat. Tapi kalau nak beli jugak, sila baca balik step-step di atas.
15) Pilih Buah Yang Dah Ditebuk Tupai
Selalunya buah yang ditebuk tupai memang terbaik! Tapi,tuan-tuan… AWAS, takut buah yang berlubang ditebuk tu bukan tupai yang tebuk, tapi cik BaB1 yang tebuk. Hahaha… so far, buah Durian Penang tak ada kes babi sodok durian. Tempat lain mungkin ada, berhati hatilah kau orang.
Dah bacakan tip pilih durian sedap dan manis ni. Ha.. jangan lupa praktik pula ya.
Sumber/Foto: FB Harris Rosli via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI