Makcik Kemboja minta maaf, bermulut celupar mengata orang Melayu malas. Sejak dahulu lagi, mengata yang buruk berkaitan bangsa adalah hal yang sangat sensitif untuk dibicarakan di media sosial.
Ianya amat-amat sensitif apatah lagi bila berkaitan dengan bangsa Melayu iaitu peratusan etnik terbesar di Malaysia sekitar 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia.
Lebih lagi sensitif, bila orang luar khususnya bangsa pendatang yang datang berhijrah ke Tanah Melayu namun mengata sesuatu yang menyinggung perasaan bangsa Melayu itu sendiri, hal ini dilihat menjadi besar.
Keceluparan mulut pemegang taraf status penduduk tetap, Mariyah Yaahkob Saful yang berasal dari Kemboja dan menjalankan perniagaan borong kain kini menjadi trending hari ini apabila memuat naik satu video mengata orang Melayu pemalas.
Menjalankan perniagaan Kilang Jahit Pukal di Skudai, Johor, dirinya mengakui berasal dari Kemboja, dilahirkan di Kemboja dan dibesarkan di Malaysia mengakui orang Kemboja lebih pandai berniaga dan rajin berbanding orang Melayu, malas.
Dalam pada itu, selepas kenyataannya viral di media sosial, ternyata orang-orang Melayu bangkit dan menentang kenyataan “malas” tersebut.
Ramai orang Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan dan bergelar jutawan. Sekadar menyebut satu dua nama seperti Tan Sri Mohktar Al Bukhari, Datuk Aliff Shukri, Dato Sri Vida dan lain lagi, ada ramai lagi orang Melayu berjaya dalam jawatan dan pekerjaan mereka.
Ternyata kenyataan Makcik Kemboja mengata Melayu malas memakan diri apabila dirinya mula menaik satu video lain meminta maaf kerana ketelanjuran berkata-kata.
“Dengan rendah diri, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap dan kalau u rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak. Dan saya pun maafkan u all semua atas apa u all masuk dalam live saya, komen saya, mengata Kemboja ba*i, kemboja bang**t, boikot saya maafkan semua orang.
“Sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak. Saya akan koyak kalau Allah tak pandang saya dan Allah tak reda saya. Saya ingat itu sahabat. So terima kasih mana dah support saya dan jangan hina pekerja saya. Pekerja saya tak ada salah apa-apa.
“Mereka dah bekerja lebih lima tahun dengan saya. Saya maafkan orang-orang yang menghina saya, saya minta maaf atas kekhilafan saya. Ok itu, saja,” katanya mengakhiri video minta maafnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Cikgu Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid, Pernah Ajar Suami Bahasa Melayu Ketika Tingkatan 3
Tuanku Junjung Adab Melayu, Ketika Ada Tetamu, Hidang Makanan Tanda Meraikan
“Makcik Melayu Ini Tak Boleh Melihat, Mak Saya Bantu Suap Makan”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.