Makcik Kemboja minta ampun pada TMJ, terima 14 laporan polis hina Melayu malas. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Jika sebelum ini begitu mudah menghina para pekerja dan menuduh Melayu malas, nampaknya nama Makcik Kemboja masih sukar dimaafkan orang-orang Melayu kerana kelantangannya mengata Melayu malas.
Jika semalam dirinya meminta maaf kepada Melayu tetapi hari ini beredar pula satu video pendek Mariyah meminta ampun dipercayai kepada Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Mariah Yaahkob dilihat meminta ampun kepada Kedaulatan Raja Melayu susulan orang ramai meminta tindakan diambil terhadapnya berhubung isu .
“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.
“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.
“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Dirinya menerima kecaman ramai kerana mendakwa orang Kemboja lebih rajin dan pandai cari duit berbanding orang Melayu malas. Makcik Kemboja ini menjalankan perniagaan berkaitan tekstil di Johor.
Difahamkan, setakat semalam sudah ada 14 laporan polis dibuat terhadapnya di negeri Melaka kerana orang Melayu benar-benar terguris dengan kata-katanya.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu telah dibuat oleh pelbagai pihak dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
“Setakat semalam, sebanyak 14 laporan polis telah diterima melibatkan video tular memaparkan seorang wanita kemboja mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’ yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.
“Kertas siasatan telah dibuka kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Cikgu Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid, Pernah Ajar Suami Bahasa Melayu Ketika Tingkatan 3
Tuanku Junjung Adab Melayu, Ketika Ada Tetamu, Hidang Makanan Tanda Meraikan
“Makcik Melayu Ini Tak Boleh Melihat, Mak Saya Bantu Suap Makan”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.