Makcik, Gula Dan Air Jambu, Ini Pula Pengajaran Yang Doktor Nak Cerita

Share

Saya pernah terbaca satu penulisan berkaitan gula dalam minuman. Persepsi kita, bila kita masukkan gula dalam minuman katakan satu sudu, airnya biasa satu gelas. Tapi disebabkan nak kurangkan manis, kita tambah air banyak-banyak dengan harapan atau persepsinya gula dah berkurang. Jadi selamatlah air itu.

Dalam tulisan itu menyatakan, walau pun air tadi telah ditambah banyak. Airnya tetap mempunyai gula dan kadarnya tak berkurangan. Bermakna persepsi kita selama ini tentang gula salahlah. Dan hari ini saya terbaca pula catatan perkongsian Dr Hafiz Sulaiman.

Juga mengenai gula yang selalu kita ambil baik dalam masakan mahupun minuman. Dan jika kita tak mengubah persepsi tentang gula, kita akan jadi seperti ‘makcik’ yang ditemui Dr. Hafiz ini. Persepsi yang salah ini sebenarnya bahaya untuk diri sendiri.

Mengarut Je, Orang Kencing Manis Je Patut Risau

Baru-baru ni pergi jalan-jalan kat Cameron highland. Penat jalan pusing-pusing, parking duduk kejap dekat taman bunga. Depan tu pulak ada kedai jambu. Segar pulak nampak jambunya. Sambil cuci mata sambil mengunyah jambu best juga.

Makcik : Nah, ni jambunya dik. Air jambu nak tak?
Hafiz : Makcik boleh buat tanpa gula?
Makcik : Yang ni dah campur siap-siap dik.. adik ada kencing manis ke?
Hafiz : Takde.. saya tak selalu ambik manis-manis.
Makcik : Oh, buat apa risau makan gula. Orang kencing manis je patut risau. Kalau takde keturunan kencing manis, memang tak apa ambil manis-manis!

Terkedu kejap..

Hafiz : Makcik, gula banyak ni memang tak bagus untuk semua orang.
Makcik : Mana ada. Mengarut je..Orang kencing manis je tak bagus ambik gula.

Hafiz : Okay terima kasih makcik.

Kasihan Makcik Tu..

Teringat-ingat apa makcik tu cakap.
Tapi ni bukan first episode.. selalu dah kena sekolahkan balik..
Kesian kat makcik tu.. tapi bukan salah dia.

Media di TV sokmo duk tunjuk makanan manis-manis.
Tunjuk ambil minuman manis ni jadi sihat dan kuat.
Makan breakfast cereal manis-manis takpe sebab padat dengan zat besi dan 100 jenis vitamin sintetik.
Minuman yoghurt digembar gemburkan bagus untuk kesihatan perut tapi tak tahu lah ada ke tak kuman baiknya.

Penuh gula ada lah.

Suplemen jus kat pasaran pulak penuh dengan gula.
Letak 100 macam vitamin pun tak gunalah kalau jus disaluti gula.

Nak sound kat makcik memang tak adil.. Sebab memang itu yang dia faham..

Jadi tak guna saya terangkan lebih.. tak kena target audience..

Jadi Sini Saya Nak Terangkan

Gula penyebab penyebab obesiti
Gula penyebab masalah jantung jadi teruk
Gula penyebab masalah buah pinggang jadi teruk.
Gula penyebab masalah autoimuniti jadi teruk
Gula penyebab masalah mental jadi teruk
Gula penyebab masalah kulit jadi teruk
Gula penyebab gangguan perkembangan fizikal dan mental.
Gula penyebab gangguan emosi.
Gula penyebab ketagihan.
Gula sebabkan 1000 macam penyakit.

Yang duk menderita di wad hospital ramai-ramai tu, majoriti sebab gula lah..

Gula sebabkan 1000 macam penyakit.

Semoga Allah jauhkan bahaya makanan tidak toyyib daripada keluarga kita.

Sumber/Foto : Hafiz Sulaiman

.

Published by
Netty Ah Hiyer