Macam-macam teknik perniagaan yang digunakan oleh pengusaha restoran dan kedai makan untuk menarik pelanggan ke datang ke kedai mereka. Salah satunya menyediakan memberikan makanan dan minuman percuma kepada para pelanggan namun dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka mampu melepasi pagar logam yang sempit. Yang lebih menarik perhatian, pemilik restoran terbabit, Zhao Lang, berkata promosi tersebut bertujuan menggalakan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi menjaga pemakanan dan berat badan.
Ads
Lebar Pagar Tentukan Jenis Diskaun
Semenjak promosi ini dilakukan, ramai pelanggan yang beratur untuk mencuba cabaran ‘Pagar Logam’ ini. Menurut beliau lagi, lebar pagar berbeza menentukan jenis diskaun yang bakal diterima pelanggan, sekiranya berjaya melepasi pagar berukuran hanya 15 sentimeter (sm) lebar , pelanggan akan mendapat makanan dan minuman percuma.
Bagi pagar selebar 18 sm, pelanggan akan mendapat 5 tin bir manakala lebar 25 sm menawarkan satu tin bir.
Ads
“Boleh dikatakan seorang pelanggan mampu melepasi lebar paling sempit setiap hari.
“Mereka terdiri daripada pelanggan wanita,” ujar pemilik restoran yang dibuka pada 2016 itu.
Ads
Memang menarik idea ni kan , mungkin restoran-restoran di Malaysia pun boleh mencontohi idea kreatif macam ni. Bukan je bagi makan dan minum percuma tapi boleh menggalakkan orang menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup lebih sihat.
Rupanya ada cara betul nak kekalkan kesegaran ikan yang akan disimpan dalam peti beku. Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air. Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku.
Ini perkongsian daripada Puan Normah Baharidalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.
Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer
(Rujuk Gambar)
Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.
Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.
Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.
Bila Nak Masak
√ Keluarkan dan biarkan ia cair.
√ Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.
√ Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.
√ Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.
Kalau betul sayang baju dan tak suka baju cepat rosak, anda kenalah cedok ilmu cuci pakaian dengan betul. Haaa… tak semua baju boleh sumbat dalam mesih basuh ya, dan kalau nak baju jadi lembut dan sedap pakai kena ikut tip ini.
Bahan Cuci Pakaian:
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Tip Elak Baju Cepat Rosak Dan Bau Hapak
Baju Ada Manik
Untuk jaga maniknya daripada rosak, anda cuma perlu rendam sahaja kainnya dalam air sabun kemudian gosok tanpa berus. Tetapi kalau betul-betul nak jaga elok bawa ke dobi untuk cucian kering.
Seluar Jeans
Kalau nak hilangkan bau seluar jeans, petuanya kena letak dalam peti ais, ini untuk membunuh kuman yang membuat seluar jean berbau. Tapi rasanya tak semua sanggup letak kain baju dalam peti ais, jadi anda boleh terbalikkan seluar jeans dulu sebelum masuk mesin basuh untuk elak cepat pudar. Pastikan guna sabun yang sedikit dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.
Asing Ikut Warna
Janganlah basuh kain main campur-campur, cepatlah rosak bajunya. Tahu tak yang putih boleh bertukar buruk kalau dibasuh dengan baju berwarna.
Baca Label Di Kain
Ini ramai yang tak buat sebab nak cepat tapi lepas ini tolong ubah ya. Wajib baca label di baju dulu sebab ada sesetengah pakaian kena basuh dengan cara cucian kering, tak boleh guna mesin, memerlukan air sejuk saja dan mungkin cuma perlu air panas.
Seluar Dalam
Seeloknya pakaian dalam anda perlu cuci tangan, barulah tahan lama dan bertul-betul bersih. Kalau malas sangat, beli jaring cucian khas dan pastikan tetapan mesin basuh anda delicate. Jangan lupa letak pelembut pakaian tapi jangan letak peluntur pula!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menerima kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba, apatah lagi serentak kesemuanya. Dugaan yang sangat berat ini, hanya boleh diluahkan pada yang Maha Esa semoga diberi kekuatan dan ketenangan hati dalam merawat jiwa. Diberi peluang mengerjakan umrah dan mengadu pada Allah di depan kaabah, adalah sebaik-baiknya.
“Kami tahu dugaan dihadapinya sangat berat, jadi kami beri dia peluang merawat jiwa laranya di hadapan Kaabah, biar dia mengadu pada Allah atas kesedihannya selepas hilang enam ahli keluarga serentak,” kata pemilik syarikat umrah, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd, Jay Ibrahim.
Jay berkata, beliau menawarkan pakej percuma mengerjakan umrah kepada Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, yang kehilangan enam ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang kelmarin, selepas membaca berita tragedi itu, pagi tadi.
Merawat Jiwa Lara Depan Kaabah
Katanya, kecekalan Abdur Rahman yang juga anak sulung, mengimamkan solat jenazah semua ahli keluarganya juga menyentuh jiwanya dan memahami ujian berat dihadapi pemuda itu kehilangan insan disayangi dalam sekelip mata.
“Saya tidak dapat meringankan beban kesedihannya, apa yang boleh saya bantu ialah memberi peluang Abdur Rahman merawat jiwa laranya di tempat terbaik di depan Kaabah.
“Biar dia mengadu kepada Allah dan berdoa di makam Rasulullah. Mungkin dengan cara ini, Abdur Rahman dapat membina semula kekuatan dirinya yang kini sebatang kara.
“Kita berharap Abdur Rahman dapat menerima takdir ini dengan tabah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Jay sebelum itu mengunjungi Abdur Rahman di rumah keluarganya di sini.
Kemalangan Maut 6 Beranak
Dalam tragedi memilukan itu, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Seorang lagi anak mereka, Abdullah, 15, parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Kemalangan berlaku ketika tujuh beranak itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Jay berkata, pihaknya menyerahkan kepada Abdur Rahman memilih sendiri tarikh yang sesuai untuk ke Tanah Suci dan sedia menguruskannya jika dia mahu segera ke Makkah.
“Jika dia mahu pergi sekarang, mungkin baik juga kerana dia boleh mendoakan kesihatan adiknya, Abdullah yang parah dan masih dirawat di ICU Hospital Segamat,” katanya.
Sementara itu, ditanya reaksi Abdur Rahman mengenai tawaran diberikan, Jay berkata, dia sangat terharu mendapat peluang itu tetapi berbelah bahagi untuk meninggalkan adiknya yang masih dirawat di hospital.
“Jadi saya minta dia berbincang dulu dengan waris keluarganya. Mereka ahli keluarga yang baik, Abdur Rahman sendiri adalah bilal dan arwah ayahnya seorang imam, manakala arwah adik-adiknya hafaz al-Quran,” katanya.
Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas Abdur Rahman tidak petang ini berhasil apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, ada pihak yang prihatin bagi meringankan bebanan yang dihadapi anak sulung ini. Bukan mudah untuk berasa kehilangan secara tiba-tiba apatah lagi melibatkan seluruh ahli keluarga tersayang. Semoga diberi kekuatan buat anak ini dalam meneruskan kehidupan.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...