Bagi penggemar makanan Jepun, pasti sudah terbiasa dengan penyediaan makanan itu secara mentah. Misalnya sushi dan sashimi yang dibuat daripada ikan mentah.

Bercakap tentang makanan mentah, ada pendapat yang mengatakan, makanan mentah tidak elok dimakan. Bahaya makanan mentah seringkali disebabkan kerana ketakutan akan adanya mikroorganisme yang masih hidup dalam makanan mentah itu dan mampu menimbulkan gangguan pada tubuh.

Menurut En. Mohd Khairul Azuan Din, Pegawai Dietetik Klinikal, Jabatan Dietetik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Keselamatan Makanan
Sekiranya mengambil jenis makanan yang sering/mudah mendapat jangkitan kuman seperti daging merah, ayam dan ikan, perlu berhati-hati jika ingin mengambilnya secara mentah.

Manakala untuk makanan Jepun mentah seperti sushi, di kalangan masyarakat Malaysia, pengambilannya tidaklah secara berterusan. Sekiranya sekadar makan sekali atau dua kali seminggu atau sekali sebulan, tidak memudaratkan. Apa pun, tambah En. Mohd Khairul, apa juga makanan, perlulah secara sederhana.

2. Nutrisi
Total nutrisi utama seperti protein dan lemak tak akan berubah sekiranya diambil secara mentah atau dimasak. Hanya terdapat perubahan dari segi struktur dalamannya sahaja. Buah-buahan dan sayur-sayuran digalakkan untuk diambil secara mentah. Apabila menjalani proses penyediaan seperti memotong, rendam dan masak, terdapat perubahan daripada struktur dalamannya walau pun nutrisi utama tetap sama. Zat tertentu seperti vitamin C dan B dan lain-lain nutrisi yang larut air akan terlarut di dalam air apabila direndam. Manakala penggunaan wax pada buah-buahan dan sayur-sayuran adalah mengikut gred makanan yang dibenarkan dan selamat.

IKLAN

3. Penerimaan Individu
Terpulang kepada cita rasa individu sama ada dapat terima atau tidak makanan mentah. Lain orang lain cita rasanya.

Makanan Mentah Memang Bagus, Tapi Ada Syaratnya Terutama Untuk Ibu Mengandung
.

Ibu Mengandung VS Makanan Mentah
Selain itu, ibu mengandung tidak digalakkan memakan makanan mentah, namun kena lihat dari segi penyediaan. Ditakuti, sekiranya si ibu mengalami keracunan makanan, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

Bahkan tambah En. Mohd Khairul lagi, makanan mentah berisiko untuk dimakan oleh ibu mengandung. Ini kerana ia bukan saja berisiko untuk mendapat jangkitan pada si ibu, malah pada janin di dalam kandungan juga sekiranya makanan itu tercemar.

IKLAN

Tinggi Omega 3
Berbalik kepada topik makanan Jepun yang dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow pada hari ini, 19 November 2019, menurut En. Mohd Khairul, ikan salmon yang banyak digunakan dalam masakan Jepun, berasal dari laut dalam yang sejuk, ia lebih tinggi kandungan minyak Omega 3, minyak baik yang berkualiti, bagus untuk kesihatan jantung. Ikan lain seperti tenggiri dan kembung juga kaya Omega 3 dan lebih mudah didapati dan murah. Selain ikan, Flex Seed oil juga mengandungi Omega 3 yang tinggi.

Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Sherry Alhadad akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriahkan perbincangan di studio MW.

#MingguanWanitaTV

IKLAN

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI