Makan nasi kosong campur cili, aksi lelaki kutip nasi jatuh atas tanah  undang sebak. Hidup ini keras. Di saat sebahagian orang dikurniakan rezeki melimpah ruah, ada pula diuji dengan kesulitan hidup.

Perlu bekerja membanting tulang untuk mendapatkan wang gaji demi sesuap nasi. Satu perkongsian video oleh seorang individu di Tik Toknya @Miqawan mengundang sebak  dan perkongsiannya itu telah ditonton 2 juta orang.

Makan Nasi Kosong Campur Air

Dalam video dikongsikannya, kelihatan dirinya merakam seorang pekerja ladang kelapa sawit di Padang Bukit Selarong, Kulim Kedah.

Dapat dilihat lelaki  berkenaan sedang menikmati makan tengaharinya sambil bersila di tepi jalan. Tidak ada meja atau kerusi seperti kebiasaan sesetengah orang makan ketika berehat.

Walau hanya nasi kosong bercampur air dan disertakan ulam cuma cili padi tanpa sebarang lauk lain,  dapat dilihat pekerja ladang ini makan bersungguh demi mengisi perutnya yang lapar.

Ya, jika sebahagian dari kita setidaknya ada telur goreng namun dirinya menikmati makan tengahari cuma berulamkan cili.

Ads

Aksi Lelaki Kutip Nasi Jatuh Atas Tanah Undang Sebak

Lebih mengundang sebak, kerana ditanya macam-macam saat dirinya sedang menikmati makan tengaharinya, tangannya tersinggung bekas makanan dipegang hingga sebahagian nasi kosongnya tumpah ke tanah.

Makan Nasi Kosong Campur Air, Aksi Lelaki Kutip  Nasi Jatuh Atas Tanah Undang Sebak

Jika sebahagian dari kita mungkin membiarkannya dan beranggapan tiada rezeki  kerana telah bergaul  tanah tetapi tindakan spontan pekerja ini yang pantas mengutip nasi yang jatuh  sebelum terus menyuap ke mulutnya beberapa kali mengundang sebak.

Mungkin  berasa sayang kepada rezeki kerana merasakan itulah saja nasi yang ada untuknya mengalas perut yang lapar lagi, dilihat dirinya terus mengutip beberapa kali nasi yang tumpah.

Ads
@miqawaanselalu bersyukur dan tetap semangat👍dndk Lemah2🥹♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Benarlah hidup ini sangat keras, buat mereka yang diuji dengan kesulitan kewangan.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah rezeki berlebihan buat dirinya dan sentiasalah memurahkan rezekiNya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 13 Tahun Tanggung Biawak Hidup, Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Pilih Perempuan Baru Kenal 3 Bulan

Ads

“Amalkan Zikir Ini Setiap Hari, Bantu Kita CEPAT REDA & ‘MOVE ON’” Nikmatilah Kehidupan Bersama Keluarga Tercinta  

Pernah Rasa Hidup Susah, Sebaik Berjaya Wanita Ini Tak Dikaburi Kemewahan

Aunty Cina Bagi Tip Didik Anak, Sentiasa Ajar Tentang “Kehidupan” Bukan Buku Semata-Mata

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Naim Daniel Akui Masih Makan Bersuap Hingga Kini
Naim Daniel mengaku anak mak, masih disuap makan walaupun sudah dewasa. Kasih sayang kepada mak yang berpanjangan dan tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu-bapa walaupun di public. Comel betul!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI