makan lemak

Jangan buang lemak dalam badan, walaupun lemak lebih dianggap negatif kerana memberi kesan buruk kepada tubuh anda.

Cara ini masih bermanfaat bagi membolehkan tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Apa yang penting, anda perlu elakkan pengambilan lemak tepu dengan banyak.

Sebab ini boleh mendatangkan serangan strok, saluran darah tersumbat dan lebih teruk serangan jantung. Jadi, pandai-pandailah anda ambil lemak asal jangan memudaratkan badan sendiri.

Agar Nampak Bijak, Pilih Lemak Tepu Jenis Ini

Kurangkan Daging Merah

Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, sosej dengan ayam tanpa lemak.

Ads

Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian paha dan kepak lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

Lebihkan Minyak Zaitun

Guna minyak  zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated, yang mana membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

Kira Jumlah Lemak Yang Diperlukan

Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, disarankan wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.

Ads

Elakkan Makanan Beku

Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

Kenapa Tak Panggang Daging?

Jika anda menggoreng sepotong daging ia akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

Ads

Tambahkan Suplemen Omega-3 Dalam Diet

Omega-3 sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan untuk  membantu melawan lemak tepu dan kolesterol jahat. Selain itu, Omega-3 mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda.

Omega-3 didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

Hati-hati Ambil Produk Tenusu

Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.

Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI