Makan BAWANG PUTIH Berdas-Das Angin Keluar, Legakan Perut Badan Rasa Ringan!

Share

Apabila makan bawang putih berdas-das angin keluar, malah boleh legakan perut dan badan pun rasa ringan! Ramai yang mengetahui bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Amalan memakan bawang putih dikatakan mampu membuang angin dalam tubuh badan.

Boleh cuba petua ‘buang angin’ dalam badan seperti yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Badar Bajrai
ini.

Siapa dalam badan banyak angin. Boleh cuba petua Aisyah share malam ni. Kita guna 4 bahan je. Petua ni dah la senang nak buat, rasa dia pun sedap sangat. Yang best, kalau dalam badan banyak angin, bila makan bawang putih ni berdas-das angin keluar.
Ok jom tengok cara buat bawang putih ni.

PETUA BUANG ANGIN

Bahan-Bahan:

Bawang putih (dibuang kulit)
Lada hitam ( ditumbuk kasar)
Sedikit garam
Minyak zaitun light ( memang untuk goreng)

Cara Membuat:

1.Goreng bawang putih sampai lembut. Selepas itu, masukkan garam dan lada hitam.
2.Bawang putih ni paling sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Lepas makan bawang putih ni, angin memang non stop keluar. Lega naa rasa perut. Badan pun rasa ringan.

Selain untuk buang angin petua ni bagus untuk;

Kuatkan antibody badan
Lawan virus
Turunkan kolestrol
Darah tinggi
Kurangkan masalah radang dan sendi
Mengelakkan darah beku
Mencegah Alzheimer
Mengawal gula dalam badan

Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!

Mesti Baca:Amalkan Minum Air Daun Sup & Bawang Putih, PETUA Ikhtiar Rawat Darah Tinggi

Baca Lagi Di Sini:Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Artikel Menarik:Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!

Mingguan Wanita: Jika ada masalah ‘angin dalam badan’ boleh amalkan petua makan bawang putih ni. Memang elok berkesan dapat legakan perut dan badan pun rasa ringan!

Sumber: Aisyah Badar Bajrai

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab