Selama ini bila beli buah-buahan kering macam aprikot, kiwi, kismis, buah tin, strawberi malah prun, mak ayah akan beli saja yang ada di kedai atau pasaraya kan. Rupanya, cara nak pilih buah-buahan kering ini ada panduannya. Bukan saja sesetengah limau mandarin direndam sulfur dioxide.
Malah cecair kimia ini juga digunakan dalam pengeluaran buah-buahan kering. Seperti yang dimaklumkan, Puan Ainini Zainal, Pengasas dan pengarah Oven Nini, “Patutlah bila makan aprikot kering, kiwi kering, perit rasa tekak. Ada yang makan terus semput
.”Sekadar ulang semula info. Hari tu dah pernah kongsikannya, masa ‘musim’ limau mandarin. Tentang penggunaan sulfur dioxide ini.
Ini kerana Sulfur dioxide juga digunakan dalam pengeluaran buah-buahan kering, ya.
Contohnya:
Aprikot.
Kiwi.
Kismis.
Buah tin.
Strawberry.
Prun.
Macam mana nak tahu yang mana ok yang mana tak?
PILIH YANG WARNANYA GELAP DAN BUKANNYA CERAH (KUNING/OREN/HIJAU/MERAH CERAH).
Aprikot yang kering semulajadi warnanya gelap. Bukan oren.
Kiwi juga begitu.
Kismis, ‘avoid’ terus yang warna kuning cerah tu. Pilih terus yang gelap/hitam kerana yang itu tiada sulfur dioxide digunakan.
Buah-buahan yang kering semulajadi, warnanya sedikit gelap.
Teringat dulu pernah lepas makan aprikot dan kiwi kering, terus rasa sakit tekak dan ‘wheezing’, rasa susah nak bernafas.
Mulanya ingat kebetulan saja.
Tapi silap kita, selalu anggap kebetulan memanjang tanpa fikir kenapa jadi begitu, kan?
Buah buahan kering ni, lagi risau yang re-pack dan timbang tu.
Kat mana nak belek labelnya lagi, kan?
Sebab tu perlu tahu juga bab begini.
Nampak warna tak gelap, tak perlulah beli, ya.
Jika anda ingin dapatkan yang selamat, cari yang berlabel
• unsulphured/tidak dicampur sulfur dioksida
• unsweetened/tidak dimaniskan
Yang ini saya beli di kedai makanan sunnah.
Ada
Figs (buah tin).
Apricot (aprikot).
Cherry (Ceri, tapi tak beli sebab ada dicampur ekstrak jus epal. Sumber epal tak dinyatakan, risau isu GMO.)
Sumber/Foto : Ainini Zainal