Ramai mak-mak berusaha nak turun berat. Ada yang cuma usaha dibibir saja, ada yang betul-betul usaha dan berjaya. Tahniah! Cuma jangan sampai salah amal diet, sebab kesannya amat bahaya pada tubuh.
Mingguan Wanita pernah kongsikan info tentang salah pilih diet yang dikupas oleh pakar. Cuma kali ini, MW kagum sungguh dengan Nurhafiza Jusoh yang amalkan makan 5 kali sehari sepanjang usahanya menurunkan berat badan setahun yang lalu.
Haa.. kalau kitalah makan 5 kali sehari, jangan mimpi nak turun. Naik lagi ada. Sebab itu, beliau kongsikan jenis makanan seimbang macam mana yang diamalkan sepanjang praktik diet sihat.
Daripada menu yang dikongsikan Nurhafiza kebanyakan menunya jenis rebus, panggang. Ditambah sayuran sihat malah pemakanan seimbang. Seperti yang diperlukan oleh tubuh mak-mak yang sedang berdiet.
Akuinya, apabila diri sendiri mulai rasa sakit lutut, itu yang dia bertekad mahu ubah lifestyle. Setahun lebih berusaha untuk dapatkan berat badan sekarang.
“Penurunan pun slow and steady. Yang penting enjoy.” Menu yang dimakan juga tak ekstrem. Ianya menu yang enjoy saja.
“Saya berusaha makan 5 kali sehari iaitu breakfast, snack pagi, lunch, snack petang dan dinner. Jumlah kalori sehari anggaran 1500 – 1600 kalori.”
Berat permulaan = 73.3 KG
Berat terkini = 56.5 KG
Tinggi = 152 cm
Umur = 34 tahun
Sasaran berat = 48 KG
“Sekarang ini fokus pada fat. At least perlukan 20% ke 23%. Sekarang ini, 27%.”
“Ini koleksi gambar menu sepanjang amalkan diet sihat lebih setahun lalu.”
Menu ini sesuai untuk semua golongan. Macam ibu menyusu boleh lebihkan protein dan kalsium. Ulam daun kari sangat kaya dengan kalsium. Malah lebih tinggi jumlah kalsiumnya berbanding susu.
Ibu kepada 2 orang anak (8 tahun dan 4 tahun) ini maklumkan kedua-dua orang anaknya dilahirkan secara pembedahan.
“Percayalah, dua kali melahirkan, berat meroket ke jannah. Tapi yang kedua lagi lama nak turun balik ke dunia nyata. Muaz umur 4 tahun baru turun. Balqis dulu, lepas setahun dah mula turun
.”Ternyata, usaha dan konsistensi selama setahun membolehkan berat badan wanita ini turun dekat 16 KG dalam masa setahun.
Walaupun, masih belum mencapai sasaran asal, namun diet sihat dan seimbang yang diamalkan tak memberi kesan kemudaratan pada dirinya. Malah, beliau enjoy menikmati diet makan 5 kali sehari.
Sumber/Foto : Nurhafiza Jusoh