Berita

Mak Zayn Rayyan Dituduh Atau Lepas? Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah

Share

Mak Zayn Rayyan dituduh atau lepas? Dilihat tinggalkan Kompleks Mahkamah. Hari ini seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes bunuh adik Zayyan tertunggu-tunggu apakah tahanan reman ke atas ibu bapanya dituduh  atau dibebaskan?.

Namun sebentar tadi dilihat, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini.

Mak Zayn Rayyan Dituduh Atau Lepas?

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 29 tahun berkenaan dikawal ketat polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu pada jam 12.50 tengah hari.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tiba jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.

Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah

Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.

Terdahulu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.

Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.

Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.

Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Sungai Untuk Lakonan Semula Kejadian, Lokasi Penemuan Mayat Anak Ditemui

“Dia tak pernah nak susahkan saya, susahkan sesiapa pun, termasuk mak dia”-Pengasuh Zayn Rayyan

Ibu Zayn Rayyan Meluah Rasa, “Ini Kali Terakhir Mommy & Daddy Dapat Bawa Abang Jalan-Jalan…”

Adik Lelaki Zayn Rayyan Tunggu Ibu Ayah Balik, Kerap Buka Pintu & Selak Langsir

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros