Mendidik anak bukanlah tugas yang mudah bagi mak-mak, apatah lagi dalam dunia yang semakin mencabar. Tak kiralah ibu yang bekerjaya atau suri rumah, masing-masing miliki cabaran yang tersendiri.

Sebenarnya kadang-kadang mak-mak terpaksa menjadi garang kerana inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Belum lagi tekanan daripada persekitaran. Bukannya mak-mak tidak mahu menjadi ibu yang lemah lembut tetapi kadangkala keadaan memaksa seorang ibu bertegas.

Sebenarnya mak yang garang bukan tak penyayang, tetapi dia sedang mencuba menjadi ibu yang terbaik. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop ini dan fahami penjelasannya:

Garang Bukan Tak Penyayang

Aku punya fahaman simple saja.

Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.
Dia jadi garang pasalnya semua benda dia kena dan dia nak buat sendiri.

Padahalnya tenaga dia banyak itu saja dan kebanyakan harinya bateri dia masa balik rumah memang sudah habis. Kiranya kalau bateri sudah bau hangit. Kiranya kalau keturunan Ultraman dah lama beep-beep nak tunggu sampai bantuan dari langit.
.
Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.

Dia sama saja susah hati bila anak tak sihat. Malah kadang dia lebih sakit lagi dari anak dia sebab seperti alasan di atas, dia kena tambah satu job skop yang baru lagi iaitu menjadi seorang jururawat.

Tetapi Sedang Mencuba Menjadi Ibu Terbaik

Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.

Dia sama saja mengajar dan mengasuh anak dia. Cumanya masa dia mengajar dia simpan telefon entah dekat mana. Jadi tak ada siapa tahu dia bahawasanya dia pun ada mengajar anak sama.

Ads

Kalau dia ambil video pun dia simpan buat kenangan sendiri-sendiri saja. Tidak ada nak masuk TV3 apa semua.
.
Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.

Dia sama ambil berat hal anak dia. Nak sampai hari raya dia lah yang sibuk pergi cari baju 3-4 pasang untuk anak setiap seorang. Teringin selalu belikan anak perempuan barang kemas walaupun anak tu padahalnya merangkak pun masih lagi duk goyang-goyang.

Mak Garang Sedang Mengajar Anak Realiti Hidup

Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.

Dia sebenarnya pada masa yang sama sedang mengajar anak dia realiti kehidupan. Esok dekat luar sana bukan semua manusia akan bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan.

Mana tahu esok kerja jumpa bos yang tak pernah sekali nak bagi pujian. Jumpa jenis yang kerja bagus pun dia masih lagi nak maki-maki.

Baca Juga Di sini:

Ads

Nak Kurangkan GARANG, Mak Kena Beri Tanggungjawab Urus Kerja Rumah Pada Anak

Sebenarnya Sikap TEGAS Mak Ayah Bertukar GARANG Disebabkan Lupa Perkara Ini

Walau Isteri Garang Seperti Singa, Jadi BAHAGIA Bila Suami Bersyukur

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Mak Garang Untuk Menegur

Mak yang garang bukanlah mak yang tak penyayang.

Ads

Kalau tanya anak tu, nak tak dia tukar mak dengan mak orang lain.
Ikut mana pun dia tak nak. Sebab dia tahu ada masa mak dia garang macam seladang.

Ada masa mak dia lembut macam semut. Anak pun tahu kadang mak garang pasal dia sendiri pun memang salah. Jadi bila mak nak tegur marah tu tidaklah sampai jadi masalah.

Kesimpulan aku senang.

Mak yang garang bukanlah tak penyayang.

Dia cuma sedang berusaha mencapai segala maksud menjadi ibu yang baik dengan kapasiti yang kadang-kadang, yang ada masanya, yang ada harinya, yang ada situasinya, yang ada ketikanya…tidak berapa baik.

Mak yang garang tapi penyayang,
Siti Suryani Yaakop
#kaknis

MW: Sememangnya mak garang bersebab, bukannya membuta-tuli marahkan anak-anak. Kalau tak sayang, mak-mak tidak akan bertegas dan hanya abaikan anak. Betul tak?

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI