Beruntungnya sesiapa yang masih mempunyai mak. Dialah tempat untuk kita mengadu domba segala masalah yang kita hadapi. Kiranya, dialah tempat untuk kita meluahkan segala-galanya. Tiada galang ganti.
Sedihnya, bila mak dah tiada segalanya tempat bergantung tiada lagi. Tiada lagi pendengar setia masalah anaknya. Bayngkan, mak marah macam mana sekali pun, degil kita sekali pun, MAK lah tempat yang kita akan tuju.
Betul apa yan dikongsikan oleh Farizal Radzali tentang MAK.
Semuanya Untuk Anak
Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar-sedar lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yang tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu-tahu dia yang bagi jalan untuk kamu selesaikan masalah kamu.
Ads
Mak tu, Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak-anaknya.
Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Ads
Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dengan penuh selera.
Mak tu, Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yang tahu.
Mak tu, Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak-anaknya.
Mak tu, Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yang sebenarnya paling sedih.
Ads
Mak tu, Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Mak tu, Walau dia cakap dia tak suka apa yang kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yang kamu mahu.
Tiada Galang Ganti
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yang kita ada. Malah tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu dan tiada gantinya walau kau dapat mak angkat, mak mertua atau mak apapun yang dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dengan sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
MW: Mak marah atau geram dengan perangai kita sekalipun. Bila anak minta masak lauk kegemaran, mesti dia tidak akan kecewakan anaknya. Itulah MAK.
Tinggal beberapa hari lagi nak sampai 10 Zulhijah. Masa ini umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha. Jadi, sebelum bermulanya takbir Aidiladha, marilah gunakan masa yang berbaki ini untuk gandakan amalan kebaikan di 10 hari awal Zulhijah ini.
Seperti yang dikongsikan Najmi Farisham, mahasiswa Islamic University of Madinah ini, ada keistimewaan dalam 10 hari awal Zulhijah ini yang tuhan kumpulkan untuk hambanya. Sebab itulah, beruntung jika segera rebut amalan yang masih berbaki ini.
Terhimpun Ibadat Besar Dalam 10 Hari Awal Zulhijah
Kita sudah berada di 10 hari awal Zulhijah. Hari-hari yang mana Tuhan sebutkan khas di dalam al-Quran. Suatu hari yang dikhabarkan oleh Baginda SAW bahawa amal soleh yang dilakukan padanya sangatlah dikasihi Allah SWT.
Istimewanya hari-hari ini kerana terkumpul beberapa ibadat besar padanya. Ada solat, puasa, sedekah dan haji. Ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sekaligus dalam satu-satu masa.
Disebabkan itulah, kita semua disunatkan untuk perbanyakkan amal ibadat pada 10 hari ini. Sudah semestinya ia mempunyai kelebihan yang besar di sisi agama. Lakukan dan tingkatkanlah amal kebaikan pada hari-hari ini.
Amalan 10 Hari Awal Zulhijah
Antara yang boleh dilakukan adalah:
1. Sentiasalah solat berjemaah dan lazimilah masjid selalu. Perbanyakkan solat-solat sunat tidak kira masa dan waktu. 2. Digalakkan berpuasa sunat. Sama ada puasa Isnin Khamis ataupun Puasa Nabi Daud iaitu puasa selang sehari. Hari ini puasa, esok tak, lusa puasa balik. 3. Perbanyakkan zikir Takbir, Tahlil dan Tahmid kepada Allah SWT tidak kira masa dan tempat. 4. Perbanyakkan juga mengaji al-Quran. Hari-hari biasa pun, setiap satu huruf diberi 10 pahala. Inikan pula hari-hari terbaik dalam setahun ini. 5. Berpuasa pada hari Arafah. Puasa ini disunatkan kepada mereka yang tidak menunaikan fardu haji. Oleh kerana tahun ini, kita semua tidak berpeluang ke sana, ambil peluang besar ini sama-sama.
Sebuah hadis Nabi SAW menyatakan bahawa Puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun akan datang. Lumayan kan? 6. Perbanyakkan bersedekah infak kepada mereka yang memerlukan. Setiap satu infak itu akan digandakan 70 kali kebaikan pahalanya. Bayangkan dibuat pada hari yang dikasihi Tuhan. Dahulukan kaum kerabat kita dahulu. Pasti lebih afdal.
Paling Penting! Jangan Lupa Berdoa..
Ini antara amalan ibadat yang boleh kita buat sepanjang 10 hari awal Zulhijah ini. Dan paling penting, jangan lupa untuk berdoa. Ini pengharapan dan kebergantungan kita pada-Nya. Doakan diri sendiri, kaum keluarga dan umat Islam seluruhnya.
Khabarkan kepada kenalan kita semua akan kelebihan 10 hari ini. Boleh jadi ada yang langsung tak perasan dek sibuk itu dan ini. Sama-sama kita cuba sebaik dan semaksima mungkin ya, insya-Allah.
Itulah.
Sumber/Foto : Najmi Farisham, sebarkan manfaat. *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada sesetengah menantu takut nak berkongsi dapur dengan mentua, bukan malas masak tetapi dia risau cara masak itu tak sama. Dan bimbang juga ‘air tangan’ seorang mak-mak itu lari ke laut dalam.
Pilihan yang ada, bantu kerja lain yang boleh. Jangan pula sampai menantu tak masuk dapur langsung. Itu salah!
Nak jaga hati masing-masing, seorang menantu boleh ikut nasihat saudara Firdaus Shakirin ini.
Menantu dan mertua berkongsi dapur?
Boleh ke menantu dan mertua masak sekali? Well, i knew my mum better… and for me, can’t.
But for some people, it might work…boleh berkongsi dapur… so far, apa yang saya boleh pesan kat wife, time mak masak, biar dia masak sampai habis. Awak just tanya,
Saya cakap, awak boleh tengok mak masak apa, mak masak macam mana, tapi jangan kacau masakan dia sebab dia tak suka. Dia tak ada masalah kalau orang tolong dia kupas bawang, potong sayur, siang ikan, basuh ayam dan sebagainya.
But once dia lempar bahan-bahan masuk kuali, masuk periuk, let her finish it.
Mak saya ni, standard masakan dia tinggi. Saya bawak pergi kedai makan pun, dia komplen bagai masakan yang dia makan tu. Tawar la, tak cukup garam la, masak sekejap la, kena masak lama la dan so on.
So saya bagitau wife, tengok mak masak, then belajar. Kalau awak nak masak untuk mak boleh, tapi jangan terasa jika kena komplen. Sebab mak memang cerewet bab masakan ni dan dia suka komplen.
Bila dah habis makan, angkat semua pinggan, basuh, kemas meja, kemas dapur. Balance kan dengan kerja-kerja macam tu untuk ambik hati mak bila mana awak tak confidence nak masak untuk mertua.
Sifat mertua tu lain-lain, ada yang macam mak saya, ada yang tak. Ada yang senang untuk get along dengan menantu dan boleh masak sama-sama, dan ada juga yang lebih baik, dia siap guide menantu lagi tentang cara-cara memasak especially lauk kegemaran anaknya (suami mu la).
So, sekiranya kita lemah memasak, kita tutup kelemahan tu dengan menghulurkan bantuan. Sekiranya kita pakar memasak, yakin masakan kita tu ok, sedap, cukup rasa maka kita la yang masak untuk mertua.
Apa-apa pun, rajin-rajin kanlah masuk ke dapur ye wahai kaum hawa. Yang tak pandai pun boleh jadi pandai. Insya Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betul kata orang, rezeki mendirikan rumahtangga ni sememangnya ada dan berlaku tanpa disangka-sangka! Baru- baru ini, jenama baju Melayu ternama, Bulan Bintang menaja busana pengantin terdiri daripada 20 pasangan asnaf dan kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran di salah sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini.
40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.
“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).
“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.
“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.
Taja Percutian Bulan Madu
Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!
Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, Alessia, Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...