Hubungan istimewa atau rapat antara ayah dan anak perempuan sebenarnya perlu ada kerana tanpa sedar ianya membentuk peribadi anak agar tegas dan kuat seperti watak seorang ayah.

Secara tak langsung ayah akan menjadi cerminan atau role model untuk anak perempuannya melihat lelaki lain di luar sana. Oleh itu, mak-mak jangan rasa terpinggir bila anak perempuan raoat dengan ayahnya kerana besar impak pabila anak perempuan dan ayah rapat.

Ikuti perkongsian, Aizah Zarirah ini :

IKLAN

Betul ke peribahasa orang putih, “daddy’s little girl’ ni? Akak ada sorang little girl, ikutkan memang betul la tu 🤭

Untuk para ibu sekalian, rapat-rapat kita dengan anak kecil perempuan, matching baju banyak mana pun, rapat dorang dengan ayah ni memang lain. Walaupun kadang rasa terpinggir sekejap bila mereka tengah rapat sangat, bersyukurlah mereka rapat. Besar impak ayah pada anak perempuan tahu, antaranya:

IKLAN

1) Ayah ialah lelaki pertama yang anak perempuan kenal dan sayang, jadi sedar atau tidak, ayah ibarat “role model” untuk lelaki macam mana mereka cari nanti.

2) Anak perempuan yang dapat cukup perhatian daripada ayah akan jadi lebih berkeyakinan dan tak mudah “cair” bila dipuji-puji lelaki.

IKLAN

3) Ayah mengajar anak perempuan erti tegas dan penyayang dalam masa yang sama. Golongan ayah ini selalunya tak banyak bercakap macam kita geng mak. Tapi dalam diam dia, sekali dia cakap, mesti menusuk. Kalau mak bebel tak jalan, ayah warning sekali terus menjadi 🤭

Walaupun golongan suami jarang tunjuk sisi sensitif dan emosi, tapi dengan anak perempuan mereka akan tunjuk. Walaupun tak secara langsung, tapi kita boleh nampak. Begitulah, hubungan ayah dengan anak perempuan ni, memang unik 💕

Sumber: Aizah Zarirah

MW: Semoga anak perempuan membesar dan menjadi anak yang solehah penyejuk hati mak dan ayah. Memang sukar menjaga seorang anak perempuan, namun percayalah jika asasnya mencukupi tak kiralah daripada didikan dunia dan akhirat, anak kita akan berjaya. Insyallah. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI