Mak Tak Perlu Marah Anak Makan ‘Comot’, Bersepah, Inilah Proses Ajar Anak Berdikari!

Share

Ada mak-mak lebih rela suap anak makan semata-mata tak nak anak makan comot dan bersepah satu meja. Susah juga kalau mak ayah yang terlalu OCD dan terlalu mementingkan kebersihan daripada mengajar anak untuk berdikari.

Mungkin ada sisi baik dan buruknya. Sesetengah pendapat, mak ayah menyuapkan makanan untuk anak-anak boleh menambahkan kasih sayang dan ingatan tentang pengorbanan mak ayah.

Tapi, sebaliknya boleh saja untuk mak biarkan anak makan sendiri seawal dari kecil. Biarlah anak makan comot, sekurangnya kita mengajar mereka untuk berdikari.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ambil Peluang Suapkan Makan Anak Masa Kecil, Inilah ‘Air Tangan’ Ayah Untuk Anak

Keletah Anak Untuk Tagih Perhatian, Layankan Saja Inilah Kenangan Manis Takkan Berulang Semula

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Makan Comot, Proses Berdikari, Biarlah!

Makanlah nak… walau comot macam mana pun.

Inilah proses keberdikarian awal untuk anak-anak.

Seawal usia 9 bulan, anak dah boleh duduk dengan sendirinya, sudah boleh ajar dia untuk makan sendiri. Kutip makanan masuk dalam mulut dan kunyahkan. Ikutlah dia nak buat cara macam mana pun.

Kita letak dalam pinggan, dia adjust tangan dia, ambil makanan dan masuk mulut. Pantaulah dia.

Guna Perkataan Bersepah

Kotor, sepah-sepah itu biasa. Gunakan perkataan “Alamak sepahnya!” Sambil buat muka terkejut bila tengok sepahsepah. Jadi, dia belajar perkataan “sepah” tu, dia faham dulu perkataan sepah. Kemas tu kemudian cerita. Nak ajar kemas bukan dengan makanan dia.

Ajar kemas masa d sepah mainan tak apa sebab mainan boleh masuk dalam bekas- “Simpan dalam bekas”.

Makanan ni dah “simpan masuk dalam perut”. So nak kemas apa lagi pada si anak kecil ni?

Penat? Penat nak layankan anak makan sepah?

Saya tak minta buat setiap masa.

Buat ketika mana kita ada masa.

Masa mak ayah sendirilah. Maksudnya… you decide when is the time yang you free utk ajar anak makan sendiri? Tapi mostly mak ayah ni time free dia nak tengok telefon.

Anak bukan mesin.

Anak manusia.

Kita nak “memanusiakan” anak.

Kena ajar anak berdikari.

Umur 9 bulan selain belajar untuk makan sendiri, dah boleh hulur tangan untuk kita pakaikan baju.

Dah boleh hulur kaki untuk kita pakaikan seluar. Dah faham dah baju tu apa… seluar tu apa… walaupun mereka tak cakap lagi perkataan baju seluar tu semua. Bagi faham dulu baru dia tau nak cakap.

Berdikarinya anak-anak ni menyebabkan mereka confident nak gunakan anggota badan mereka.

Tidaklah “simpan” saja lepas tu kita nak expect diorang guna masa masuk tadika.

Tak.

Guna selagi mana mereka dah start boleh duduk secara berdikari.

Dah boleh berdiri.

Dah boleh jalan.

Nama pun perkembangan.

Kena ada sesuatu yang akan “berkembang”, bukan badan saja yang “kembang”.

Jangan Bergantung Pada Gajet

Bila mereka berkembang dalam konteks keberdikarian, mereka akan lebih yakin untuk menerima cabaran hidup.

Ni tidak…
Makan pun bergantung dengan gajet.

Kalau sambil tengok TV, saya tak suka letak anak dekat dengan TV masa makan. Saya letak jauh-jauh. Biar pandangan matanya jauh dari TV.

Set the rule makan atas kerusi. Duduk.
Ini yang dinamakan nak membentuk keberdikarian.

Berdikari maksudnya tak bergantung kepada banyak benda sangat.

Berdikari atas diri sendiri.

Kalau tak…sampai bila nak suap anak makan? Sampai bila nak kena time makan je bagi gadget?

Bila kita nak mula berhentikan dari semua ini?

Masa anak dah masuk tadika?

Bukan ke selama ni itulah “hidup” anak kita?

Terlalu bergantung dengan sesuatu ketika makan?

Jadi kita nak expect “takpe,masuk tadika nanti pandai-pandailah cikgu nak ajar anak saya makan sendiri”.

Orang lain yang tolong aturkan anak kita, bukan kita ya ibu dan bapanya?

Percayalah,anak kecil punya keupayaan untuk berdikari.

Kita yang kena pandai bentukkan sifat berdikari itu.

Artikel: Liyana Raya,

Mingguan Wanita : Biarlah anak nak makan sendiri, sekurangnya nak ajar anak berdikari atas diri sendiri.

Sumber: Raihana Arif

Lagi Menarik DI SINI: Setiap Anak Ada KELEBIHAN KEKURANGAN, Mak Ayah Jangan Ada ‘Favouritism’, Layanlah Seadilnya

Mak Ayah Jangan Ajar Anak MINTA, Buka Sampul Raya Depan Orang, Jaga Adab!

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita 

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora