‘Mak singa buat anak menjadi?’ Elak mengaum ikut emosi, tapi mak-mak marahlah anak dalam keadaan rasional. Di saat anda dapat memikirkan kesannya ke atas anak-anak.
Tidak dinafikan ramai yang berpendapat mak singa atau mak yang garang buatkan anak-anak menjadi atau patuh. Itu adalah jawapan mengikut logik akal.
Sebaliknya mengikut sains, ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi dan fahami apa yang disampaikan:
Mak Singa Buat Anak Menjadi?
Baru-baru ni, baby Cikgu Muhammad Nazmi demam lepas jadi saksi bapanya ditempik dan dimaki. Boleh bayang lah level tempikan tu dasyat mana sampai budak pun boleh demam.
Macam mana boleh sampai demam?
Betul ke budak bila terlalu rindu pun boleh demam?
Ya, boleh bila badan anak bertukar ke mode Toxic Stress.
Kebiasaannya, bila otak kita terima ancaman, dia akan bagi arahan kat badan untuk keluarkan ADRENALIN dan KORTISOL.
2 hormon ni adalah hormon stres, yang membuatkan kita punya badan jadi alert terhadap ancaman.
Contoh keadaan : Lari bila nampak ular. Asyik terkejut-terkejut lepas nampak lipas yang kita geli. Jadi alert lain macam bila dengar ada benda mengilai atas pokok. Laki kita tetiba melompat dari sofa dan tiba-tiba ligat buat kerja lepas dengar suara kita menjerit marahkan anak.
Itu antara tanda badan kita dah ada Adrenalin dan Kortisol yang buat kita alert.
Ads
Elak Mengaum
Alert inilah contoh Positive Stress yang bantu kita terus survive. Berterima kasih kat 2 hormon ni. Asbab 2 hormon tu, manusia boleh survive berjuta-juta tahun tanpa pupus.
TAPI!!!
Lain yang jadi kalau badan kita terima hormon stress ni secara berterusan.
Kalau setiap hari anak dipekik, dipukul, didera, dimaki, disumpah seranah, dilayan macam anak tiri, Adrenalin dan Cortisol jadi berlambak-lambak dalam badan.
Dan membuatkan badan kita berada dalam keadaan TOXIC STRESS.
Macam anak cikgu Najmi, oleh kerana beliau masih bayi, toleransi dia terhadap stres sangat rendah. Menyebabkan badan dia detect sebagai ancaman secara berlebihan. Dah jadi Toxic Stress.
Anak kita pulak macam mana?
Imagine, badan anak berada dalam keadaan alert sepanjang masa. Sentiasa rasa diancam. Maka tahap ni, otak primitif anak menjadi semakin dominan berbanding otak rasionalnya.
Tapi Marahlah
Apa jadi bila otak primitif lebih dominan?
Badan anak akan keluarkan respon Fight, Flight, Freeze secara berlebihan.
Ads
FIGHT : Anak akan jadi cepat marah, suka memberontak dan impulsif dalam bertindak.
FLIGHT : Otak anak mengenalpasti kita sebagai ancaman. Jadi dia menjauhkan diri dari kita. Atau diam bila kita ada berdekatan.
FREEZE : Anak jadi super pendiam dan takut nak buat apa-apa bila kita ada berdekatan mereka.
Sekali sekala mengaum tak salah. Cuma jangan la sampai diri sendiri pun letih dan stres.
Dengan Tujuan Mendidik
Kalau boleh, elakkanlah mengaum ikut emosi. Marah waktu emosi hanya akan kecutkan otak otak kita.
Tapi marahlah dalam keadaan rasional. Dengan niat mendidik dan highlight ketegasan.
Kalau kita perasan anak kita berada dalam keadaan Toxic Stress, bantu anak keluarkan Hormon Oxytocin. Iaitu hormon yang power untuk membunuh hormon stress dalam badan.
Cara untuk keluarkan Hormon Oxytocin adalah, dengan belai anak, peluk, cium dan beri kata-kata indah. Seindah macam kita mengayat isteri kita sebelum kahwin dulu.
Mingguan Wanita: Marah anak-anak itu perlu dengan niat mendidik dan mengajar. Tetapi janganlah terlalu mengikut emosi hingga membunuh perasaan anak-anak.
Mungkin ramai yang beranggapan orang perempuan ni ‘akalnya pendek’ dan tak fikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan. Tapi sebenarnya orang perempuan ni berfikiran jauh, demi kesenangan dan kemudahan keluarga. Sesuatu yang dibeli pasti ada sebabnya bukan saja-saja.
Santai perkongsian daripada Cikgu Muhammad Yusof ini yang mungkin para suami terlepas pandang.
Walaupun ada orang kata kaum perempuan ni akal pendek dan tak fikir panjang tapi aku fikir benda ni tak berapa tepat. Kenapa aku kata gini?
Masa pergi Vietnam, dia borong telekung banyak. Aku kata buat apa beli banyak-banyak ni? Membazir je. Rupanya dia nak letak satu kat rumah, satu kat kereta, satu kat rumah mak dia. Rupanya senang nak pakai, solat tak payah kongsi-kongsi.
Lepas tu, dia kata nak main kutu beli iron mahal dan periuk Noxxa, aku kata buat apalah beli mahal-mahal, pakai je apa yang ada. Tapi bila dah ada rupanya aku yang banyak guna. Sungguh.
Lepas tu dia kata nak beli printer Epson, mahal sikit RM5 ratus lebih. Aku kata beli Canon jelah murah. Tapi bila dah ada aku pulak yang banyak print sebab mudah. Ink pun murah. Pakai henset pun boleh print. Mudah.
Bukan tu je. Dia beli Air fryer. Dia beli vacuum takde wayar. Dia beli mikrowave. Bukan semua beli cash tapi lebih kepada main kutu dan mengumpul. Aku macam biasa start dari awal membangkang, tapi itulah last-last aku yang banyak guna.
Lepas tu, aku tak berapa nak bangkang apa yang dia beli sebab aku tahu apa yang dia beli semua untuk memudahkan kerja dia dan juga kerja aku. Dan kat sini aku akui pemikiran perempuan ni sebenarnya 10 tahun ke depan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Setuju sangat, kebanyakkan orang perempuan bila nak beli sesuatu memang sanggup kumpul duit, main kutu untuk capai kehendak yang diinginkan. Tak perlu nak susahkan suami. Walaupun harganya agak mahal, tapi sanggup beli asalkan ia berbaloi dalam memudahkan melakukan kerja-kerja rumah untuk keselesaan keluarga nanti. Bukan beli saja-saja, pasti ada sebabnya.
Isteri selalunya cekal dalam memendam perasaan. Selagi boleh pendam, segalanya disimpan sendiri.Sehingga sampai satu tahap, bila mana diri tak mampu lagi bertahan, air mata akhirnya berguguran menahan kesedihan dan bebanan diri yang hadapi. Bahaya sikap memendam perasaan sekian lama ini boleh menyebabkan kemurungan diri.
Kebanyakan wanita yang dah jadi isteri dan ibu mudah terdedah kepada satu penyakit yang dinamakan,
Kemurungan…
Ramai suami yang kurang bagi perhatian terhadap perkara ni, kurang sensitif, kurang peka dan kurang aware…bila dah jadi, dah nampak dengan mata kepala sendiri, baru mula nak fikir kenapa isteri jadi macam tu, buat macam tu dan macam mana nak ubati kemurungan si isteri.
Persoalannya, kenapa dia kemurungan…?
Kemurungan itu ditafsirkan sebagai gangguan perasaan. Seseorang yang mengalami kemurungan boleh rasa macam-macam dalam hatinya. Sedih, gembira, penat, letih, putus asa, mudah marah dan sebagainya.
Perasaan itu bercampur baur, adakalanya ada rasa, adakalanya kosong.
Sebab Berlaku
Kenapa dia boleh ada perasaan-perasaan macam tu?
Mungkin sebab kita kurang ucap terima kasih untuk apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga kita.Mungkin kita tak pernah minta maaf untuk setiap kesalahan yang kita lakukan.Mungkin kita selalu mengulangi kesilapan yang sama.Mungkin kita kurang berkomunikasi dengan isteri.Mungkin kita kurang memahami isteri.Mungkin kita kurang menghargai isteri.
Mungkin kita membebani isteri melebihi kemampuan yang dia ada.
Kadang-kadang, isteri silap sikit je, dah kena maki hamun, kita dah meninggi suara tak kira di khalayak ramai ataupun di dalam rumah. Semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, macam mana yang kita nak, ikut kepala kita.
Isteri bersuara, menegur dan menasihati walaupun ianya untuk kebaikan hubungan, kita “tundukkan” isteri guna agama. Derhaka dan neraka, ini modal kita.
Bertahun-tahun hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri.
Apa yang isteri rasa dengan cara “pemerintahan” kita dalam rumahtangga tersebut.
Dia bahagia atau merana?
Maksud Isteri Menangis
Nampak isteri menangis, tapi dalam hati anggap “nothing serious” la, dia mengada-ngada.
Sebenarnya tak boleh macam tu…bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dah…pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia menangis dan dia tak boleh tampung lagi dah apa yang dia rasa. Dia dah tak boleh pendam lagi dah. Dia rasa nak “meletup”.
Dia lepaskan dengan cara menangis.
Orang perempuan ni, bila dah buntu sangat, bila dah tak boleh fikir sangat, bila dah tertekan sangat, bila dah emosi sangat, dia lebih dari mampu untuk buat sesuatu yang kita tak jangka, yang kita tak duga.
Dia mula nak fikir bukan-bukan, buat bukan-bukan.
Itu yang selalu kita ambik mudah sebagai seorang suami. Sebab kita selalu anggap isteri “terlalu mengikut perasaan dia” walhal kita tak pernah pun faham apa yang dia rasa.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat suami, jangan ambil mudah dengan keadaan emosi isteri. Fahami keadaan isteri, beri sokongan, kata-kata semangat dan perhatian buatnya sangatlah diperlukan dalam membantu isteri untuk kembali pulih dan sihat.
Awal perkahwinan, semuanya manis dan baik belaka. Masuk tahun kedua, ketiga dan seterusnya, mulalah timbul rasa ketidakpuasan hati pasangan. Ada sahaja tak kena di mata pasangan. Mana yang boleh terima, buat tak tahu dan kehidupan berjalan seperti biasa. Tetapi sampai bilakah semua ini. Lama-kelamaan,isteri yang lemah lembut pun boleh naik baran
Ada juga suami yang memandang isteri semua tak kena, ada sahaja salah di matanya. Apa yang dia buat semuanya betul. Kalau isteri melawan di katanya derhaka. Mulalah cakap isteri dah banyak berubah. tapi, suami tak sedar, semua itu berpunca daripada dia.
Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini dapat membuka mata para suami, kenapa isteri tidak lagi mampu berlembut dengan suami.
Isteri Balas Cakap Di MARAHnya
Tak ramai isteri yang boleh kekal berlembut dengan suami yang naik lemak…
Isteri tinggi suara, kita marah…isteri kurang ajar, kita marah…isteri buat muka, kita marah…isteri melawan, kita marah…
Tapi bila kita asyik dengan game dan HP, tak apa, tak salah pun…kita tak pernah membantu kerja-kerja rumah tak apa…kita tak tunaikan nafkah, tak salah pun…kita biar dia bertungkus lumus menguruskan anak-anak seorang diri, tak apa…kita sibuk melepak dengan kawan-kawan dan hobi pun tak pe, tak salah
Suami Salah Tak Apa
Apa yang kita buat, walaupun terang-terang salah, tapi tetap tak salah sebab kita yang buat..kalau isteri yang buat, memang salah dan mula tegur, tak boleh buat macam tu.
Isteri pun ada limitnya… Bila sudah sampai limit dia, takkan kita nak dia berlembut lagi? Agak susah dan sukar serta tak logik la nak isteri terus berlembut bila kita sendiri dah naik lemak…
Isteri orang lain boleh berlemah-lembut dengan suami dia sebab suami dia tak cari masalah dengan dia…suami dia buat apa yang dia patut buat…suami dia tunai apa yang dia patut tunai…suami dia amalkan apa yang agama suruh…suami dia tinggalkan apa yang agama larang…suami dia tak berkira dengan dia dan suami dia tak anggap dia tu satu beban…
Maka tiada alasan untuk dia tinggi suara dengan suami dia…tiada sebab untuk dia kurang ajar dengan suami dia…kalau dia buat muka dengan suami sebegini, dia pulak rasa bersalah…
Layanan Suami
Cara layanan suami tu yang akan membentuk personaliti dan sikap isteri setelah mendirikan rumah tangga…dia boleh hilang kelembutan dia sekiranya suami dia dah naik lemak…
Yang peramah pun boleh jadi pendiam kalau bersuamikan lelaki yang selalu menyakiti dan melukakan hatinya…
Tengoklah diri sendiri, selepas itu renung-renungkan kenapa isteri sendiri lain daripada isteri orang lain…
MW: Sebab itu, bila isteri sudah nampak perubahan tu, suami kena fikir balik apa yang dia sudah buat pada isteri. Kadang-kadang isteri kecil hati pun, suami buat ‘dono’ saja.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...