Mak Sila Pantau Jika Anak Tonton Kartun Skibidi Toilet, Bahaya Untuk Perkembangan Otak Bawah 7 Tahun

Share

Bahaya untuk perkembangan otak bawah 7 tahun, mak sila pantau jika anak tonton kartun Skibidi Toilet. Hari ini internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Malah banyak video-video yang tidak mematuhi garis panduan tersebar luas di media sosial.

Satu perkongsian dari seorang ibu di fbnya, Najwa Ayub mengenai kartun viral di You Tube iaitu Skibidi Toilet yang harus mak-mak lain ambil tahu apa yang anak tonton kerana kartun ini sangat bahaya untuk perkembangan otak anak khususnya mereka di bawah usia 7 tahun.

Mak Sila Pantau Jika Anak Tonton Kartun Skibidi Toilet

Anak korang ada tengok Skibidi Toilet?

Miss Najwa nampak ada seorang anak tadika lukis ni. Jadi kita duduk lah tanya dengan penuh ingin tahu,  Saje lah nak korek cerita disebalik lukisan ni.

“Ni TV Man, ni Speaker Man, ni CCTV man, ni Camera Man. Dia main tembak-tembak, lawan Skibidi Toilet!”. Haa sudah.Video Youtube Viral baru pulakkkk!

Skibidi Toilet ni dia mula dengan meme bodoh ada kepala keluar dari toilet, sambil nyanyi ulang-ulang. Dari situ depa upgrade buat video creepy, horror, grotesque, main tembak-tembak.

Semuanya without any comprehensible storyline, dengan lagu latar belakang yang memang sengaja diubah suai untuk overstimulate your sensory and eventually your brain.

FORMULA BIASA DIGUNAKAN UNTUK MENARIK MINAT KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR 7 TAHUN UNTUK TENGOK BERULANG KALI.

Sebab apa?

Anak-anak dibawah umur 7 tahun ni, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ni memang market segment untuk Youtubers target for easy money.

Buat content yang tak perlu make sense pun,  janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ni impulsively tengok ulang-ulang banyak kali.

Koranggg!  Depa siap ada algorithm/formula tau dakkkk untuk create addictive content for kids under 7.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Kena Banyak Bersabar & Reda” Elfira Kongsi Tip Tunaikan Umrah Bawa Dua Anak Kecil  

Wanita Ini Kongsi ‘BACKPACK’ Dengan Anak Kecil Ke Penang, Elak Buat Perangai, Ciptalah Memori

Mak! Jangan Berkemban Atau Tukar Baju Depan Anak Kecil, Pergilah Ke Bilik Air. Jaga Aurat Kita

Cara Hentikan Anak Main Gajet, Sebelum Jadi BAHAYA Mak Ayah Patut Guna Strategi Ini!

Gajet Dan Anak Sukar Dipisahkan, Tugas Mak Ayah Kawal Elak Ketagih!

Bahaya Untuk Perkembangan Otak Bawah 7 Tahun

These Skibidi Toilet videos might be harmless to pre-teen and teenagers, walaupun video ni tak ada penceritaan langsung, no backstory, no plot, no nothing. Just grotesque characters killing each other.

TAPI UNTUK ANAK-ANAK DIBAWAH UMUR 7 TAHUN,

VIDEO-VIDEO INI SANGAT BAHAYA UNTUK PERKEMBANGAN OTAK MEREKA!

Di bawah 7 tahun, otak mereka sedang berkembang pesat. Anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka. Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna, yang hanya menunjukkan keganasan semata, Apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?

TOLONGLAH PANTAU VIDEO APA YANG ANAK-ANAK ANDA TONTON.

p/s: Alhamdulillah anak tadika yang lukis karakter Skibidi Toilet dibawah ini diberi ruang untuk ekspres apa yang ada di fikiran. He is given the time and space to express what is on his mind.

By drawing it out, It helps him try to make sense of what’s the video all about, how it impacted him mentally. Ada ruang untuk dia meluahkan. The most important thing is it opens up conversation with adults and children around him. Untuk anak yang tak ada ruang untuk meluahkan dan hanya berulang kali menonton video sama sepanjang hari bagaimana pula?

Bila fikiran dizahirkan di atas kertas,  kita boleh bincang elok-elok dengan dia. Tapi bila fikiran dizahirkan dengan perbuatan, ini yang pening untuk kita selesaikan.

#missnajwadailyreflection

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros