Bahaya untuk perkembangan otak bawah 7 tahun, mak sila pantau jika anak tonton kartun Skibidi Toilet. Hari ini internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Malah banyak video-video yang tidak mematuhi garis panduan tersebar luas di media sosial.
Satu perkongsian dari seorang ibu di fbnya, Najwa Ayub mengenai kartun viral di You Tube iaitu Skibidi Toilet yang harus mak-mak lain ambil tahu apa yang anak tonton kerana kartun ini sangat bahaya untuk perkembangan otak anak khususnya mereka di bawah usia 7 tahun.
Mak Sila Pantau Jika Anak Tonton Kartun Skibidi Toilet
Anak korang ada tengok Skibidi Toilet?
Miss Najwa nampak ada seorang anak tadika lukis ni. Jadi kita duduk lah tanya dengan penuh ingin tahu, Saje lah nak korek cerita disebalik lukisan ni.
“Ni TV Man, ni Speaker Man, ni CCTV man, ni Camera Man. Dia main tembak-tembak, lawan Skibidi Toilet!”. Haa sudah.Video Youtube Viral baru pulakkkk!
Skibidi Toilet ni dia mula dengan meme bodoh ada kepala keluar dari toilet, sambil nyanyi ulang-ulang. Dari situ depa upgrade buat video creepy, horror, grotesque, main tembak-tembak.
Semuanya without any comprehensible storyline, dengan lagu latar belakang yang memang sengaja diubah suai untuk overstimulate your sensory and eventually your brain.
FORMULA BIASA DIGUNAKAN UNTUK MENARIK MINAT KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR 7 TAHUN UNTUK TENGOK BERULANG KALI.
Ads
Sebab apa?
Anak-anak dibawah umur 7 tahun ni, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ni memang market segment untuk Youtubers target for easy money.
Buat content yang tak perlu make sense pun, janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ni impulsively tengok ulang-ulang banyak kali.
Koranggg! Depa siap ada algorithm/formula tau dakkkk untuk create addictive content for kids under 7.
These Skibidi Toilet videos might be harmless to pre-teen and teenagers, walaupun video ni tak ada penceritaan langsung, no backstory, no plot, no nothing. Just grotesque characters killing each other.
TAPI UNTUK ANAK-ANAK DIBAWAH UMUR 7 TAHUN,
VIDEO-VIDEO INI SANGAT BAHAYA UNTUK PERKEMBANGAN OTAK MEREKA!
Di bawah 7 tahun, otak mereka sedang berkembang pesat. Anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka. Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna, yang hanya menunjukkan keganasan semata, Apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?
TOLONGLAH PANTAU VIDEO APA YANG ANAK-ANAK ANDA TONTON.
Ads
p/s: Alhamdulillah anak tadika yang lukis karakter Skibidi Toilet dibawah ini diberi ruang untuk ekspres apa yang ada di fikiran. He is given the time and space to express what is on his mind.
By drawing it out, It helps him try to make sense of what’s the video all about, how it impacted him mentally. Ada ruang untuk dia meluahkan. The most important thing is it opens up conversation with adults and children around him. Untuk anak yang tak ada ruang untuk meluahkan dan hanya berulang kali menonton video sama sepanjang hari bagaimana pula?
Bila fikiran dizahirkan di atas kertas, kita boleh bincang elok-elok dengan dia. Tapi bila fikiran dizahirkan dengan perbuatan, ini yang pening untuk kita selesaikan.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap orang ada citarasa tersendiri. Ada yang suka guna barangan mahal dan berjenama. Tak kurang juga, lebih suka beli barangan murah saja. Mungkin dengan barangan murah, kita boleh dapat banyak dan kalau rosak tidaklah ralat.
Walau bagaimanapun, ada yang beli barangan mahal kerana memikirkan ia tahan lama dan berbaloi kalau membelinya. Sampaikan ada yang cukup puas hati sebab produk atau barang yang dibeli dengan harga yang mahal mampu digunakan sampai bertahun-tahun.
Semua itu bergantung kepada citarasa dan kemampuan masing-masing. Tak salah nak beli barangan mahal tapi tengoklah keadaan. Jangan sampai ikat perut semata-mata nak beli barang berjenama.
Kali ini, Puan Mary Anni berkongsi tentang konsep Cost Per Wear (CPW). Nak bandingkan dengan membeli barangan mahal dengan barangan murah. Bukan bermakna barangan murah ini tidak elok tapi semua ini bergantung kepada diri masing-masing.
“Kenapa nak kena beli tali pinggang kulit sampai harga RM600?
Dekat Shopee ada tali pinggang bagus harga RM60 kau boleh beli 10!
Nak beli mahal sebab nak tunjuk jenama la tu…”
Memang senang buat ayat tuduhan terutama apabila berfikir dan hukum hidup orang lain ikut ruang lingkup kemampuan dan citarasa sendiri.
Beginilah,
Kali ini saya mahu kongsikan konsep Cost Per Wear (CPW).
Cost Per Wear (CPW) adalah konsep yang sangat mudah – nilai item secara langsung berkait dengan kekerapan anda menggunakan item tersebut.
Sekiranya anda membeli kasut dengan harga RM200 dan memakainya sekali, maka nilai kasut itu ialah RM200.
Jika anda memakainya sebanyak dua kali, maka nilai CPW kasut itu sekarang ialah RM100 sekali pakai.
Jika kasut itu dipakai seratus kali dalam setahun maka setiap kali kasut itu dipakai nilai CPW adalah RM2 sahaja.
Apabila nilai CPW sesuatu item rendah dan kekerapan penggunaan tinggi, ini bermakna amat berbaloi pelaburan anda ke atas item tersebut.
Biar Berbaloi
Untuk benar-benar memanfaatkan CPW secara maksimum, anda harus benar-benar menyukai dan benar-benar menikmati (pakai) barang-barang yang anda beli.
Ia juga perlu disimpan dan diselenggara (maintenance) dengan baik agar kualitinya masih tinggi walau dipakai bertahun lamanya.
Jika anda jenis yang cepat bosan dengan gaya yang sama dan suka mengikuti trend baru, konsep CPW ini boleh jadi kurang menarik untuk anda.
Apakah barang yang bagus dibeli dengan kualiti tinggi (baca: mahal dan berjenama)? Antaranya:
Beg tangan
Kasut
Tali pinggang
Tali leher
Pakaian kategori gaya evergreen seperti kemeja putih dan seluar slack hitam
Jam tangan
Aksesori dengan rekaan evergreen
NOTA: Saya mempunyai sepasang kasut formal berwarna hitam yang saya beli pada tahun 2015 pada harga menghampiri RM500.
Tahun ini ialah tahun keenam saya menggunakan kasut tersebut. Masih elok dan nampak baru. Sudah tentu perlu dijaga dan disimpan dengan baik.
Dalam tempoh setahun, saya pakai kasut tersebut tidak kurang 50 kali. Jadi sekurang-kurangnya saya sudah pakai kasut itu 250 kali sepanjang 5 tahun ini.
CPW kasut tersebut ialah RM2. Sangat berbaloi!
#PuanMary #GuruImej
MW: Tak kisah nak beli yang mahal atau murah, paling penting ia berbaloi bila kita guna.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Khairulaming Tunai Janji, Tutup Kilang 5 Hari Bawa 60 Staff Bercuti Di Langkawi! Tiada yang lebih bermakna buat para pekerja apabila segala usaha dan penat lelah dihargai majikan.
Jika Ramadan lalu jutawan muda yang juga cukup terkenal dalam video masakan, Khairul Amin Kamarulzaman, 30 belanja pakaian hari raya, bagi bonus duit raya dan membuat majlis berbuka puasa bersama 60 staff nya.
Tutup Kilang, Bercuti Di Langkawi
Terbaru, Khairul Aming sekali lagi berkongsi rezeki dan menunaikan janji menggembirakan 60 orang pekerjanya dengan membawa mereka bercuti di Langkawi.
Bukan itu sahaja, Khairul Aming juga sanggup ‘berhabis’ demi menggembirakan para pekerjanya dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian di hotel mewah di Langkawi tersebut.
“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy”
Majikan Contoh
Bukan itu sahaja, pengasas ‘Sambal Nyet’ ini juga dipuji sebagai majikan contoh, menjaga batasan diantara staff dengan mengasingkan aktiviti staff lelaki dan perempuan, menutup aurat, bagi duit belanja dan juga turut memberi kebebasan kepada para pekerja dalam merencana percutian mereka di Langkawi dan tidak hanya mengikut tentatif jadual seperti kebanyakan percutian syarikat.
Malah ramai juga yang tumpang gembira, berbangga dengan apa yang dilakukan oleh majikan seperti Khairul Aming ini. Serta berharap menjadi contoh buat majikan lain dalam menghargai penat lelah pekerja dalam memajukan syarikat.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tumpang gembira dan bangga buat jutawan muda ini dalam menghargai para pekerja. Semoga menjadi inspirasi dan ikutan buat majikan yang lain juga.
Seorang isteri sanggup merayu pada kekasih suaminya demi menyelamatkannya rumah tangga, “Saya mohon jangan rampas suami saya.
Ternyata hebat wanita ini tidak terus melenting atau marah-marah, sebaliknya menggunakan cara baik untuk mendapatkan suaminya kembali. Tidak semua wanita kuat sepertinya.
Seorang Isteri Sanggup Merayu Pada Kekasih Suami
Sebuah video di Jakarta, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang isteri merayu kepada seorang wanita yang didakwa merupakan kekasih suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kejadian yang dikatakan berlaku di wilayah Sumatera Selatan itu memperlihatkan wanita berkenaan menundukkan kepalanya kepada wanita perampas tersebut sambil menangis dan merayu.
“Saya minta maaf dengan kamu jika saya ada berbuat salah. Tolong selamatkan rumah tangga saya,” rayu wanita tersebut.
Video Tular
Teman wanita suaminya itu kemudiannya dilihat turut terduduk dan menangis sambil mengelap air matanya.
Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menjadi tular dengan rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka melihatkan situasi itu.
“Jangan jatuhkan maruah sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna.
“Bagus cara yang digunakan wanita ini dengan tidak menggunakan kekerasan,” kata seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Harapnya suami wanita ini berfikir dua kali untuk curang. Tindakannya yang matang membuktikan dia bukan wanita biasa-biasa hingga sanggup merendahkan ego semata-mata untuk menyelamatkan rumah tangga dan mendapatkan kembali suami tercinta.