Ada sebab bila dah berkahwin, wanita yang bergelar isteri dipesan agar tidak terlalu ‘memanjakan’ suami.Terutama ketika diawal perkahwinan lagi. ‘Manja’ dalam erti kata, semua kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak, isteri lakukan secara sendirian tanpa mengharapkan bantuan suami.
Boleh fahamkan sebabnya menerusi perkongsian puan Puteri Kasim ini;
Jangan nak manjakan suami tu..
Kakput ingat lagi, awal perkahwinan mak selalu cakap “Nanti dah kahwin jangan manjakan suami tu,”. Mula mula kakput tak faham. Takkan lah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh.
Tapi kakput follow je apa mak cakap, lagi pun both of us kan bekerja. So, kakput sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan? But its really help masa awal perkahwinan.
Kerjasama Dalam Semua Urusan
Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, (sekarang dah tak ada jadual, sebab kami dah auto function) kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.
Ramai juga yang tanya, macam mana seketul hakim tu pandai jaga anak dan uruskan anak bila kakput pergi kelas.
Hmmm jangan tak tahu, Hakim lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa kakput dalam pantang pun dia ambil cuti untuk urus kakput dan baby.
Ads
Kakput pula bab bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.
Contoh situasi :
1. Kakput masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak.
2. Kakput cuci kain dan jemur, dia akan lipat.
3. Kakput cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah.
4. Kakput kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu.
Ads
5. Kakput malas masak, dia akan pergi beli makanan.
Suami Isteri Kena Mainkan Peranan
So dalam rumah tangga ni, masing masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungjawab isteri. kalau ikut islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tauuu. Tapi masyarakt kita da terbiasa isteri tu kena buat semua.
Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak dah berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok Maharaja Lawak sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.
Isteri dah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak anak. Suami pulak pandang sebelah mata je hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.
Ads
Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.
Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Kami perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak-anak.
Jadi Punca Perceraian
Dan banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula mula rasa sweet memanjakan, lama-lama naik muak sebab suami da mula naik kepala tak nak tolong apa-apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni. Mulakan dengan yang kecil. Minta tolong mandikan anak dulu. Minta tolong vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu kan tanggungjawab bersama.
Arwah abah lelaki yang sangat hebat, tu yang meninggal pun dalam keadaan husnul khotimah. Senyumm je. Abah suami dan abah yang sangat bertoleransi. Rajin tolong mak, dan baik dengan anak anak. I miss him ~
Leff,
Kakput
MW: Memang ada benarnya.Dari awal perkahwinan isteri kena ‘ajar’ suami, minta tolong buat kerja rumah dan uruskan anak-anak bersama-sama. Jangan biasakan diri buat semua perkara seorang diri, nanti diri sendiri yang rasa letih dan terbeban. Paling penting, suami dan ayah kena jadi contoh yang baik, rajin bantu isteri kerana anak-anak memerhati dan mereka jadikan ikutan serta inspirasi.
Pantang ais ketul setahun? Mudah ke mak-mak nak buat. Lagipun, bukan semua isteri nak bersalin caeser, tapi kalau jalan keluar tak nampak atau ada komplikasi lain, caeser terpaksa juga dilakukan.
Memanglah bahagian ‘bawah’ tak terjejas teruk, tapi rahim tetap mengembang. Sebab tu kena extra pantang dari wanita yang bersalin normal.
Lebih susah cara berpantang sebenarnya sebab tak boleh pakai bengkung bagai. Kalau nak pakai pun lepas 2 minggu. Itu pun mild saja.
Selain pantang makan laksa, benda yang gatal, minum ais pun satu kepantangan yang memang wanita bersalin ceaser kena elak.
Berpantang Cara Bersalin Ceaser
Sesetengahnya berpantang 44 hari, ada yang dilanjutkan sampai 100 hari. Tapi kalau nak benar-benar berkesan, berpantanglah dari minum ais ketul sampai setahun.
Ada yang berani minum ais ketul tu lepas habis pantang. Akibatnya, perut buncit jadi buncit sampai susah nak dilembutkan apatah lagi dikempiskan. Walau buat bermacam senaman, kesan buncit tetap akan ketara.
Yang langgar pantang ni, cuba pegang dekat tempat ceaser tu.. akan ada rasa satu jaluran keras di bahagian dalamnya. Tak Lembut. Nak lembutkan balik memang ambil masa silap-silap makan tahun.
Minum Air Dari Peti Sejuk Bukan Peti Beku
Ais tu memang sejuk dan penghilang dahaga, tapi bila masuk ke badan kita ia ‘panas’ sebenarnya.
Jadi, kalau nak perut kembali kempis, selain senaman dan jaga makan, hindarilah ais ketul itu.
Kalau teringin sangat pun. Simpan air dalam peti sejuk dan minum yang sejuk tanpa dicampur dengan ais ketul.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin ramai mak ayah dah merancang mahu bawa anak berjalan cuti sekolah akan datang, tetapi jangan sampai terlepas pandang baca bab tip selamat kalau nak pergi bercuti, ya!
Agak-agak kalau nak berjalan, eloklah ibu ayah cari beberapa tip untuk keselamatan anak-anak dan diri sendiri. Kadang bab barang tertinggal pun satu hal, jadi untuk peringatan sebelum terjadi kes kehilangan anda boleh guna tip yang dikongsi Puan Umey Firdausi…
Tip Selamat Kalau Pergi Bercuti
Ini hanyalah sedikit tip, tak kira lah pergi seorang dengan anak atau pegi dengan family, safety anak kena letak no 1. Aku minta kawan ofis buatkan aku mende ni, pastu print atas kertas stiker. Aku print banyak-banyak, lekat kat baju anak sebab Umar suka lari-lari. So sepanjang kat sana aku lekat kat hp, kat beg, kat stroller, kat luggage aku liminate kat dan ikat. Dalam tu, kau letak nama hotel, no fon hotel, date kau pegi travel tu bila. Nak jadikan cerita, ada 1 ketika tu, aku tertinggal stroller dalam kereta uber. Aku betul-betul tak ingat pasal stroller.
Bila dah sejam aku jalan-jalan baru teringat pasal stroller. Dalam fikiran aku, kemungkinan besar tak akan dapat balik lah stroller aku ni. Sedih sangat masa tu tapi tak leh layan sangat. So aku pun teruskan jalan macam biasa dan tak harapkan dapat stroller tu balik. Bila dah malam, aku sampai hotel pastu orang hotel tu kata ada orang pulangkan stroller aku.
Alhamdulillah… ya Allah terima kasih. Padahal driver tu tak tahu pun aku stay mana sebab die pick up aku bukan kat hotel. Berkat aku tampal stiker ni la kot. Syukur sangat dapat balik stroller.
Elok Buat Tapi…
Ok, terpulanglah pada anda yang rasa nak guna cara ini atau sebaliknya. Bagi anda yang ada cara lain, boleh kongsi dengan pembaca lain di ruangan komen, siapa tahu tip anda boleh selamatkan seseorang yang dalam kesusahan. Itu pun cara mudah dapat pahala, selamat berkongsi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Jangan ‘Give Up’ Bila Rumahtangga “Berderai”, Allah Tengah Pilih Yang Baik-Baik,” Che Ta. Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina jika tiada kesabaran yang tinggi. Namun demikian, jika perkahwinan ‘berderai’ di tengah jalan jangan sesekali serik untuk mencari jodoh dan membina perkahwinan baru.
Itu antara pesanan berharga pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 51 pada para wanita yang sedang melalui episod kekecewaan akibat kegagalan perkahwinan.Ia dikongsikan sempena meraikan ulangtahun perkahwinan pelakon ini yang ke-9, pada 13 Disember baru-baru ini.
Jangan Pernah Serik Dalam Perkahwinan
Ramai mengetahui pelakon Kiah Pekasam ini pernah melalui episod duka, jodoh tidak berkekalan dalam perkahwinan pertama. Perkahwinan terdahulu Che Ta dikurniakan 2 orang anak Ammar Effendy,26 dan Aniq Ezzra,24.
Tidak pernah serik mahupun menyalahkan takdir dan sering mengharapkan dikurniakan jodoh lebih baik, perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin,38 merupakan perkahwinan kedua Che Ta, setelah 12 tahun menjadi ibu tunggal.
Ujar Che Ta lagi asas utama dalam bahtera perkahwinan adalah kesabaran yang tinggi barulah ia dapat berkekalan.
“9 taun 9 kali dah saqung baju kawen. Alhamdulilah taun ni rezeki dapat saqung baju kawen harga 80 qibu.”
“12 taun jadi ibu tunggal, tak penah give up dengan perkahwinan. kadang Allah hantar “peneman” untuk uji kesabaran kita. Kalau sabaq kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabaq, tu yang porak peranda.
“Alhamdulliah 9 tahun ni Allah hantaq yang baik baik saja. Zain Saidin tak pernah suquh kami kemaih qumah ka, tak pernah paksa masak ka, jauh sekali nak control pergerakan kami”
“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat ? tak sangka mat saleh celup yang kami kawen ni sangat particular tentang agama,”
“Ingat lepaih kawen, nak pakai sekert ataih peha ja. Ye lah kita pulak fefeling macam kawen dengan mat saleh, tapi tequih slowly tutup aurat.. Alhamdulliah! ada sebab Allah hantaq “peneman” hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia.
“Kalau ada wanita diluaq sana yang giveup bila rumahtangga “berderai” jangan uollsss.. mungkin jodoh uols akan munchul, tengah on the way. InsyaAllah Allah tengah pilih yang baik-baik untuk uols. Doa yang baik-baik akan dapat yang baik. InsyaAllah.
Mingguan Wanita: Setuju dengan Che Ta, jangan serik jika perkahwinan berderai di tengah jalan. Doa yang baik-baik dan bersangka baik dengan Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...