
Isi Kandungan
ToggleHebat didikan ibunya. Pesan ibu, “walau hidup tak kaya, tapi jangan sesekali menipu.” Demikian luahan anak yang sudah kematian bapanya dan membantu pula ibunya menjual kacang rebus.
Maka, terjadilah dialog yang membuatkan seorang lelaki bernama Muhammad Yusof hampir terhenti jantungnya. Dek panahan kebenaran kata-kata seorang anak lelaki yang jujur lagi ikhlas dalam mencari rezeki harian.
Di Datangi Seorang Budak Jual Kacang Rebus
Masa saya tengah nak suap makanan. Datang sorang budak. Jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai.
Kalau ikut time sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.
Saya tanya dia ‘baru habis sekolah ke dik?’. Dia jawab, ‘Ya..’.
Saya tanya lagi ‘mak ayah mana dik?’.
Dia jawab ‘ayah dah meninggal. Mak pulak tengah jual kacang jugak..’. Muka dia terus berubah jadi sedih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.
Pesan Mak, Biar Tak Kaya, Tapi Jangan Menipu Bang!
Nak tukar topik, saje saya bagi soalan nak uji budak ni: ‘Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je..’.
Muka dia terus berubah, dia jawab ‘bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pesan biar kita tak kaya, tapi jangan menipu bang..’.
Terus jantung saya macam terberhenti kejap. Rasa bersalah tertanya soalan sensitif macam tu.
Saya mintak maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak hati sangat. Saya ambil kacang dia 2 bungkus, lepas tu saya bayar RM20. Balance tu saya kata buat duit sekolah dia.
Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.

Saya terfikir dari sudut parenting skills, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi ‘someone special’ bila dia besar nanti. Yelah, disaat budak lain leka buat challenge tik tok la, main gamelah, saya kagum dengan kegigihan budak ni jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia.
Moga kepenatan dia dan ibu dia, Tuhan balas dengan kemurahan rezeki buat mereka sentiasa.
MW : Amin… sesungguhnya hidup dalam dunia ini adalah ujian keimanan untuk setiap makhlukNya.
Sumber/Foto : Muhammad Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Kena Ambil Tahu No Pin Kad ATM, Password Handphone Suami & Dokumen Penting Lain

Isi Kandungan
ToggleBila dah menjadi suami isteri adalah penting menyimpan rahsia dan mengambil tahu dokumen penting yang pasangan kita miliki. Lebih-lebih lagi pesanan buat para isteri, kena ambil peduli perkara seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini secara tiba-tiba contohnya suami meninggal dunia akibat kemalangan. Jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan segala urusan nanti. Perlu ingat, kita masih ada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan selepas berlakunya kematian suami.
Jemput baca perkongsian oleh Wan Ammar ini;
Pahit untuk di telan..kisah rumahtangga.
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.Hari ni wife pada ex client saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
Tak Tahu Kod Pin Arwah Suami
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abang arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
Berhenti Bayar Takaful
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
“Kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
7 Pesanan Penting
Saya nak pesan kat korang
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terutamanya buat golongan wanita dan para isteri, bersiap sedialah dengan perkara-perkara sebegini.Ambil tahu dokumen penting suami dan belajarlah berdikari. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak rebah mengharapkan ihsan dan simpati orang lain.
Sumber: Wan Ammar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gambar Ni Adalah Buku Mewarna Milik Anak Saudara Perempuan…” Ibu Terkejut Tengok Lukisan Budak Umur 8 Tahun

Isi Kandungan
ToggleAllahu… sedih bila tengok perangai budak umur 8 tahun berani melukis gambar macam ni di buku sekolah. Ok sekarang apa yang mak ayah di luar sana boleh rasa? Dan salah siapa kalau anak-anak boleh berfikir sejauh ini ya?
Memang tak adil untuk tunding jari pada cikgu-cikgu sekolah sebab kalau ikutkan masa anak-anak sebenarnya banyak habis di rumah dan jika bukan dengan keluarga mungkin anak itu belajar daripada orang sekeliling.
Inilah yang Puan Maryam Aziz cuba sampaikan di laman facebook miliknya, terkilan dan rasa risau dengan anak-anak yang semakin membesar. Buat mak ayah di luar sana, jemput renungkan sekejap…
Lukisan Tak Senonoh Budak Umur 8 Tahun
Maryam rasa tak nak kongsikan cerita ini sebenarnya tapi terasa macam selfishnya Maryam jika simpan sendiri. Setelah berkali kali menimbang tara, Maryam kongsikan juga supaya kita ibu bapa awasi anak kita.
Semalam kami golongan wanita (adik beradik) berbincang hangat dalam group whatsapp. Selalunya kami sembang tentang shopping baju, tudung, masakan, kisah anak anak dsb. Tapi perbincangan semalam buatkan Maryam rasa sakit kepala stress sehingga ke hari ini.
Semuanya gara gara gambar ni. Gambar ini bukan Maryam ambil dari mana mana random posting. Gambar ni adalah colouring book milik anak saudara perempuan Maryam. Katanya kawan sekelasnya (budak lelaki) yang lukis. Lalu bila balik kerumah, ditunjuk kepada mamanya. Sangat disturbing. Umurnya? Mereka baru darjah dua. 8 tahun.
Haritu Maryam saja buat survey di kalangan kawan kawan facebook Maryam. Apa yang kalian buat diumur 7 tahun dulu? Saat itu Maryam rasa terganggu bila tahu ada yang bercinta seawal umur 7 tahun dan berkahwin di umur 11 tahun. Seingat Maryam diumur begitu masih sibuk bermain batu seremban dan getah zero point.
Hari ini Maryam cuba fikir kembali apa agaknya yang Maryam buat dulu diumur 8 tahun. Rasanya masih gigih mengumpul duit raya untuk beli anak patung barbie dan main monopoly. Tapi zaman sudah terlalu banyak berubah. Sampaikan Maryam rasa tak sempat untuk kejar perubahan ini.
Saya selaku ibu kepada 2 anak lelaki, risaunya tidak tertanggung. Tambah lagi dengan Faheem yang sudah bersekolah. Dan pagi tadi Maryam luahkan untuk kesekian kalinya kepada abang (setelah memanjangkan incident ini kepada abang),
“Inilah sebab kenapa ayang taknak bagi Faheem pergi sekolah biasa. Allah bagi rezeki, kita dapat hantar ke sekolah yang lebih kecil bilangan sekelas dan dapat dipantau rapat oleh cikgu”.
Sekarang ni ayang tak tahu apa yang Faheem buat di sekolah, tak tau apa yang disembangkan dengan kawan kawan, tak tahu apa yang ditonton pada skrin handphone kawan.. semua ayang tak tahu” Rasa risau, rasa kecewa. Meskipun dirumah kami memantau apa yang mereka tonton di televisyen, masih rasa seperti ingin buang TV dari rumah supaya tidak ada ruang untuk mereka terdedah dengan bahan lucah.
Itu semua Maryam suarakan kerana kerisauan yang teramat sangat. Tapi Maryam sendiri tahu, pisau ada banyak manfaat. Tapi jika tersalah potong, jari sendiri yang luka. Adakah itu bermaksud kita perlu hidup tanpa pisau? Bukan salah sekolah, bukan salah tv, bukan salah internet.

Apa Yang Mak Ayah Patut Buat?
Berhenti menyalahkan dan ambil langkah penjagaan. Berikan perhatian kepada anak kita. Kepada kecenderungannya. Semak buku sekolah dan buku contengnya. Pantau apa yang mereka lihat di tv dan internet. Lihat bahan bacaan mereka. Kenali dengan siapa mereka berkawan. Selalu berkomunikasi dengan mereka dan korek tentang cerita mereka ketika di luar pengawasan kita. Berikan didikan agama. Wujudkan rasa takut Allah. Berikan didikan hubungan intim yang sesuai dengan umur. Dan sentiasalah berdoa supaya Allah memelihara mereka.
Untuk kes tadi, setahu Maryam ibunya seorang yang berkerjaya elok. Tapi Maryam tak tahu bagaimana background keluarganya. Dan Maryam tak tahu punca dia jadi begitu. Tapi insyAllah situasi ini akan diperpanjangkan kepada ibu bapanya.
Mommy risau sangat rasa macam nak homeschool anak-anak. Agaknya kalau dapat anak perempuan, memang Maryam tak bagi pergi sekolah terus. Nak keluar rumah wajib dengan mommy.
Apa Kata Hakak
Kesimpulannya, mak ayah tolonglah ambil tahu tentang anak-anak. Sesibuk mana pun kita, jangan sampai terlepas pandang untuk jadi ‘cikgu disiplin’, pantau siapa kawan anak dan apa yang anak buat. Lagi bagus sesekali buat sport check dalam bilik anak, dan akhir sekali jangan lupa DOA pada Dia yang Maha Melindungi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Memang Sifatnya Lembut, Jadi Tanggungjawab Ayah Pastikan Anak Hormat Emaknya

Isi Kandungan
ToggleTernyata seorang ibu memang sifathnya lemah lembut, jadi tanggungjawab ayah pastikan anak hormat emaknya.
Kadang-kadang anak beranggapan dengan ibu boleh berlebih kurang kerana ibu jarang marah-marah, walaupun dengan ayah mereka cukup takut.
Sebagai ketua keluarga, ayahlah yang menggalas tanggungjawab agar anaknya menghormati sang emak.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim ini dan hadam baik-baik ya:
Ibu Memang Sifatnya Lembut
Ini kisah masa Rania lima tahun.
Bentak rania bila kena marah sebab tinggi suara dengan ibunya.
Ini tanggungjawab ketua keluarga untuk didik pada anak-anak perihal adab terhadap ibu.
Terkejut juga masa itu bila dengar rania teriak pada ibunya betul depan mata saya.
Padahal suruh mandi saja, boleh dia teriak begini,
“Nak pergi mandilah ni!”
Baca Juga Di Sini:
Mak Ayah Gaduh Depan Anak, Mungkin Dia Tak Faham Tapi Jiwanya Memberontak
7 Pesanan Penting Ini Perlu Mak Ayah Beritahu Anak Sebelum Mereka Dewasa
Nak Anak Taat Dan Dengar Kata, Mak Ayah Jangan Rajakan Mereka Di Rumah
Jadi Tanggungjawab Ayah Pastikan Anak Hormat Emaknya
Berdebar jantung lihat anak sendiri tak hormat pada ibu sendiri.
Geram, marah dan sakit hati!
Terus saya panggil Rania face to face.
“Kenapa Rania jerit macam itu?”
Tahu apa Rania jawab…
“Rania bukan jerit pada papa, Rania jerit dekat mama”
Jangan Biarkan Anak Buat Sesuka Hati
Allah. Berderau jantung. Dalam hati terdetik,
“Rania ingat jerit dekat saya tak boleh, jerit dekat mama dia boleh ke”
Tak boleh jadi ini. Terus saya cakap dalam nada tegas supaya Rania tahu yang saya serius.
“Rania tak boleh jerit pada mama langsung, walau sekali pun tak boleh. Boleh masuk neraka kalau jerit pada mama”
Lepas slowtalk terus saya suruh Rania pergi salam minta maaf dengan ibunya.
Mulalah adegan peluk-memeluk dan air mata meleleh. Isteri pun sama saja. Teresak-esak menangis.
Anak Tak Takut
Begini, kalau kita biar saja anak-anak ni buat sesuka hati mereka memang mustahil mereka boleh hormat pada ibu mereka.
Iyalah, rata-rata ibu ni sifat dia lembut, sensitif dan anak tak takut langsung.
Jadi tanggungjawab kita la sebagai ketua keluarga untuk pastikan anak tahu hormat pada ibu mereka.
Jangan biar je bila ada anak tinggi suara, jerit, atau melawan cakap ibu mereka. Malah berkata “ahh” sekali pun tak boleh.

Kalau kita biar maka buruk la adab anak anak kita nanti.
Anak kena hormat ibu 3 kali lebih tinggi daripada hormat pada ayah. Syurga di bawah kaki ibu dia jugak.
Gagal anak hormat pada ibu sendiri umpama kita gagal jadi ketua keluarga yang layak di hormati.
~ Mohd Fhais Salim ~
Mingguan Wanita : Suami atau ayahnya perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar menghormati ibu yang mengandung serta melahirkan mereka.
Sumber: Mohd Fhais Salim
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI