Mak Sanggup Buang Anak Perempuan 11 Tahun, Suami Baru Tak Nak ‘Masalah’

Share

Mak Buang Anak Perempuan 11 Tahun, Suami Baru Tak Nak ‘Masalah’. Sampainya hati seorang mak hingga tergamak buang anak kandung sendiri. Semuanya gara-gara suami baru yang dikahwininya menganggap anak ini bawa ‘masalah.

Ini kisah benar meruntun hati yang dikongsikan oleh Tuan Herman Sudil dari Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi sendiri.

Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapak tiri kata anak ini ‘masalah’.

Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.

Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia. Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapak tiri.

Kalau lari rumah tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan.

Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak. Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok aje dia tak buat masalah.

Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi bodoh nak pertahankan anak!

Pengurus wanita kami tengah settlekan kat Balai Polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati sign apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia.

Minta maaf kalau posting ini kali kasar sedikit tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh!

Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insyaAllah tak akan miskin kita bila jaga anak ini.

Mesti Baca:“Saya Sudah Bertaubat, Dia Tetap Tak Maafkan.” Ayah Tergamak Buang Anak Hamil Luar Nikah
Baca Lagi Di Sini:Setiap Hari Hantar Lauk Kegemaran, Anak Buang Ego, Rajuk Ibu Terlerai Selepas 15 Tahun
Artikel Menarik:Kumpul Barang Terbuang, Kanak-Kanak Lima Tahun Terpaksa Bekerja Demi Mencari Rezeki

Mingguan Wanita: Aduhai mak, demi suami baru dikahwini sanggup ‘buang’ anak sendiri sebab dikatakan bawa masalah. Semoga terbuka pintu hati mak ini untuk menjaga anaknya semula. Bagi lelaki yang ingin mengahwini ibu tunggal, seharusnya kena terima anak sekali.

Sumber: Herman Sudil

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab