Hiburan

Mak Pakai Gelang Dia Pun Nak, Siap Request Cincin Besaq – Che Ta

Share

Tu dia.. sesekali bila anak Che Ta, Aaisyah Dhia melaram boleh kalah mak dia. Memang klon Che Ta betul ini. Bak kata Che Ta sendiri, bila nampak Che Ta pakai gelang, Aaisyah pun nak juga pakai gelang sama.

Ha.. mak-mak tentu faham kan apa yang Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan ini lalui. Lagi-lagi mak-mak yang ada anak perempuan. Apa mak buat tentu anak pun nak ikut juga

.

Macam pepatah yang Che Ta tulis ini, lucu bunyinya ’Mak borek anak rintik’.

Katanya, Jenuh la.. mak pakai handbag, dia pun nak handbag @london2kl . Mak pakai gelang, dia pun nak gelang, siap request nak cincin besaq.. mujur ada @habibjewelsofficial.”

Tengoklah sendiri.. memang besar betul gelang tangan Aaisyah ini. Mak-mak pun kalau ada duit lebih, boleh je hadiahkan gelang ke rantai ke dekat anak. Sebab bagusnya emas ini boleh jadi pelaburan kat anak tu.

Cuma kalau kecil sangat anak tu, jangan lah mak gigih pakaikan. Bukan apa, takut termakan dan tertelan. Dah satu hal nak bagi keluar dari perut pulak.

 

Aaisyah Tak Hairan Permainan, Suka Sangat Rantai

Kongsi Che Ta lagi, minat Aaisyah dekat gelang melebihi minatnya dekat permainan. Tak hairan pun.. tapi cuba nampak rantai.

Bawak dia pi toys r us , tak heqan pun nak beli apa.. dia ikut kami pi @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak. Tak boleh keqap-keqap bawak dia pi @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada.”

By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yang dia nampak depan mata .. kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bahu , memang tu yang dia mau

!”

So please tak payah nak dok komen macam-macam. Orang lain cara pun lain.. jangan ingat orang lain pun macam kita.. cara masing-masing berbeza.”

#takdakbendanakkomensimpanjaritu

MW : Dah rezeki Aaisyah Allah bagi lagu tu. Husnuzon je lah kan..

Sumber/Foto : Rozita Che Wan

 

 

Published by
webadmin