Kekeluargaan

Mak Mertua Janganlah Suka-suka ‘Memerintah’ Menantu, Mereka Bukan Bibik, Anggap Seperti Anak Kandung

Share

Mak mertua janganlah suka-suka memerintah menantu. Mereka bukan bibik. Sebaiknya layanlah menantu seperti anak kandung sendiri. Masalah mak mertua kerap berlaku dengan menantu perempuan. Sama seperti anak sendiri, menantu juga ada kelemahan.

Mak Mertua Janganlah Suka-suka ‘Memerintah’ Menantu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sarina Kak Tam di TikTok, wanita itu menasihati para ibu mertua untuk tidak melabel menantu sebagai pemalas, jika mereka tidak melakukan kerja rumah.

“Seorang wanita yang berkahwin bukan untuk jadi babu (pembantu rumah) keluarga lelaki.

“Kita sebagai mertua, kita tiada hak untuk bercakap menantu kita malas. Tugas-tugas dalam rumah kalau menantu balik, bukan tugas menantu,” katanya di ruangan kapsyen.

Artikel lain yang berkaitan: Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Menantu & Mak Mentua Kalau Nak Hidup Aman Damai, Kena Saling Beralah, Buang Ego

Mereka Bukan Bibik, Anggap Seperti Anak Kandung

Jelasnya, adalah bonus sekiranya menantu tersebut ingin membantu dalam meringankan beban mak mentua dengan mengemas rumah dan memasak.

“Kalau dia hendak tolong satu bonus. Kita tak boleh paksa dan kita tak boleh marah,” katanya.

Selain itu, mak mertua dan suami perlu mengucapkan terima kasih kepada menantu kerana membantu meringankan beban dalam menyelesaikan kerja rumah.

Kata Sarina Kak Tam lagi, mak mertua juga tidak seharusnya masuk campur urusan rumah tangga anak dan menantu.

“Kita hari ini sebagai mertua, kena memberi kepercayaan. Cara dia jangan kepohchi (masuk campur hal orang lain),” katanya.

TIP MENYEMAI HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA MENANTU DENGAN MAK MERTUA:

Terima seadanya

Sekiranya layanan yang diberikan masih lagi tidak bertentangan dengan akidah Islam, sebagai menantu, kita seharusnya menerima mertua seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini pasti akan beransur baik juga. Tidak hanya menantu, mak mertua juga haruslah menerima menantu dengan hati yang terbuka.

Ringan tulang

Sebagai menantu yang baik, bantulah kerja-kerja mak mertua kita terutama ketika berada di rumah mereka. Ingat, setiap kerja yang dilakukan, jangan hanya kerana ingin mendapatkan pujian mahupun penghargaan. Lakukan dengan hati yang ikhlas.

Kenali minat mak mertua

Cuba pikat hati mak mentua dengan mengenali apa yang mereka minat, apa yang mereka suka, sekiranya mertua kita suka akan aktiviti luar, apa salahnya kita membawanya melakukan aktiviti yang diminati itu? Boleh juga gunakan minat itu sebagai topik perbualan.

Suami sebagai orang tengah

Dalam hal berkaitan mak mertua dan menantu perempuan, suami memainkan peranan yang sangat penting. Kalau suami pun mahu berdiam diri sahaja, nescaya hubungan antara isteri dan ibunya pasti tidak ada penghujungnya. Suami harus tahu apa yang patut dilakukan. Lakukan perkara yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara isteri dan ibunya.

Kredit: Kosmo

Baca lagi: Mak Mentua Pandang Rendah, Hanya Sebab Aku Suri Rumah

Mak Mentua Ada Sikap Cemburu Dengan Menantu, Isteri Janganlah Terasa Hati Suami Lebihkan Maknya!

Menantu Cukup Sekadar Hormat Mentua Kalau Susah Sangat Nak Anggap Macam Mak Ayah Sendiri

 

 

 

 

 

Published by
Has