Mak mentua kuat ‘complain,’ apa peranan sebagai menantu. Hubungan antara menantu dan mentua adalah satu aspek penting dalam kehidupan berkeluarga, terutama di kalangan masyarakat kita yang mementingkan kekeluargaan.
Mak Mentua Kuat ‘Complain’
Tidak dinafikan, ada kalanya hubungan ini boleh menjadi mencabar, terutamanya apabila ibu mentua sering mengadu atau mengkritik. Walau bagaimanapun, sebagai menantu, ada beberapa langkah bijak yang boleh diambil untuk menjaga keharmonian rumah tangga dan hubungan kekeluargaan.
1. Bersabar dan Mengawal Emosi
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bersabar. Memahami bahawa ibu mentua datang daripada latar belakang yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza, dan mungkin juga ada perbezaan generasi yang menyebabkan pandangan berbeza.
Apabila berhadapan dengan kritikan atau aduan, cuba kawal emosi. Jangan mudah tersinggung atau memberi reaksi negatif. Sebaliknya, berikan ruang untuk mendengar dan fahami niat sebenar di sebalik aduan tersebut.
2. Komunikasi yang Berhemah
Sebagai menantu, komunikasi adalah kunci utama untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan ibu mentua. Elakkan daripada bersikap defensif apabila menerima teguran. Sebaliknya, cuba jelaskan situasi dengan lembut dan tenang.
Gunakan pendekatan empati dan pastikan setiap perbualan dilakukan dengan penuh hormat. Tunjukkan bahawa anda terbuka untuk mendengar pendapatnya dan bersedia untuk berbincang dengan matang.
3. Tunjukkan Rasa Hormat dan Kasih Sayang
Ibu mentua adalah sebahagian daripada keluarga yang baru dibina. Justeru, sebagai menantu, adalah penting untuk sentiasa menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang. Lakukan perkara kecil seperti bertanya khabar, membantu dalam kerja-kerja rumah, atau memberi perhatian kepada keperluannya.
Ini mungkin akan membuatkan ibu mentua merasa dihargai dan difahami. Kadang-kadang, aduan atau kritikan datang daripada perasaan tidak dihargai atau kurang perhatian.
Apa Peranan Sebagai Menantu
4. Berbincang dengan Pasangan
Ads
Jika kritikan atau aduan daripada ibu mentua menjadi berlebihan dan menimbulkan ketegangan, adalah penting untuk berbincang dengan pasangan. Jelaskan perasaan anda tanpa meletakkan pasangan di dalam keadaan yang tertekan.
Cuba cari jalan penyelesaian bersama supaya kedua-dua pihak dapat berasa selesa. Namun, elakkan daripada bercakap buruk tentang ibu mentua kerana ini boleh menjejaskan hubungan antara pasangan suami isteri.
5. Cari Jalan Tengah
Dalam mana-mana konflik, jalan tengah atau kompromi adalah cara terbaik untuk mencapai keharmonian. Jika ada perkara yang tidak disenangi oleh ibu mentua, cuba cari solusi yang boleh memuaskan kedua-dua pihak.
Sebagai contoh, jika ibu mentua mengadu tentang cara anda mengurus rumah tangga, cuba terima beberapa cadangannya sambil mengekalkan cara anda sendiri. Ini akan menunjukkan bahawa anda menghormati pandangannya, tetapi pada masa yang sama, anda tetap mempunyai cara sendiri.
6. Bina Hubungan yang Erat
Luangkan masa untuk mengenali ibu mentua dengan lebih baik. Ajak ibu mentua untuk melakukan aktiviti bersama seperti memasak, berjalan-jalan, atau berbincang tentang topik yang diminatinya.
Dengan membina hubungan yang lebih erat, ibu mentua mungkin akan kurang mengadu kerana dia merasakan anda adalah sebahagian daripada keluarganya yang dipercayai dan dihormati.
7. Berdoa dan Bertawakal
Ads
Sebagai seorang Muslim, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT adalah sangat penting. Mintalah petunjuk dan ketenangan hati agar hubungan dengan ibu mentua sentiasa baik. Amalkan kesabaran dan terus berusaha untuk menjadi menantu yang terbaik.
Ingatlah bahawa Allah SWT menguji kita dengan pelbagai cara, dan salah satunya adalah melalui hubungan kekeluargaan.
Kesimpulan
Sebagai menantu, tanggungjawab menjaga hubungan baik dengan ibu mentua adalah sangat penting. Walaupun ada cabaran seperti ibu mentua yang suka mengadu, peranan kita adalah untuk sentiasa bersabar, menjaga adab, dan berusaha memahami perasaannya.
Dengan komunikasi yang baik, sikap terbuka, dan rasa hormat, hubungan yang harmoni boleh terjalin, sekaligus mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cuti sekolah sudah tiba, masa terbaik untuk mencipta kenangan indah dengan meluangkan masa bersama anak-anak di dapur! Resipi Bebola Nasi dengan Ayam Teriyaki ini bukan sahaja menyeronokkan untuk disediakan bersama, tetapi juga memastikan hidangan lebih sihat dan lazat dengan penggunaan bahan berkualiti, sesuai untuk selera dan keperluan anak-anak.
Kombinasi Sempurna Beras wangi Jasmine Sunwhite terkenal dengan tekstur lembut, aroma wangi dan rasa lebih baik yang menjadikannya pilihan terbaik untuk keluarga.
Ia amat sesuai untuk kanak-kanak kerana membantu meningkatkan selera makan, memberikan tenaga yang berpanjangan sekaligus mereka akan kekal aktif sepanjang hari.
Sementara itu, gula perang CSR Better Brown bukan sekadar pemanis biasa. Dengan rasa karamel yang kaya dan kandungan mineral semula jadi, ia adalah pilihan lebih baik untuk mencipta hidangan yang lazat tetapi tetap sihat.
Aktiviti Menyeronokkan untuk Anak-anak Memasak bersama-sama bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga peluang untuk anak-anak belajar tentang penyediaan makanan. Mereka pasti teruja membantu membentuk bebola nasi dan bangga menikmati hidangan hasil usaha sendiri!
Jom cuba resipi ini sebagai aktiviti riadah bersama keluarga!
Resipi Bebola Nasi dengan Ayam Teriyaki
Bahan-Bahan
Bebola Nasi:
· 2 cawan nasi beras wangi Jasmine Sunwhite
· 2 batang sosej | direbus & dicincang halus
· 1 cawan kernel jagung | direbus
· 1/2 batang lobak merah | direbus & dicincang halus
· 1 sudu teh minyak bijan
· Sedikit hirisan rumpai laut
· Sedikit daun ketumbar | dihiris halus
Ayam Teriyaki:
· 4 ketul peha/drumet ayam
· 1 sudu makan kicap cair
· 1 inci halia muda | parut halus
· 2 ulas bawang putih | cincang halus
· 2 ulas bawang merah | cincang halus
· 1 sudu teh minyak bijan
· 1 sudu makan serbuk cili
· 1 sudu makan gula perang CSR Better Brown
· 1 sudu teh cuka
· Garam secukup rasa
· Minyak masak | untuk menggoreng & menumis
Bahan Hiasan:
· Daun salad
Cara Penyediaan
Bebola Nasi:
1. Dalam mangkuk besar, campurkan nasi Jasmine Sunwhite bersama sosej, jagung, lobak merah, rumpai laut dan daun ketumbar.
2. Masukkan minyak bijan dan gaul hingga sebati.
3. Bentukkan campuran menjadi bebola kecil sebesar bola pingpong. Ketepikan.
Ayam Teriyaki:
1. Perap ayam dengan kicap cair dan halia selama 10 minit untuk menyerap rasa.
2. Panaskan minyak di kuali, goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk cili, gula perang CSR Better Brown dan cuka. Kacau hingga sos menjadi pekat. Tambahkan sedikit garam dan minyak bijan untuk rasa sempurna.
5. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga sos menyelaputi ayam.
6. Siap!
Penyediaan:
Hidangkan bebola nasi bersama ayam teriyaki di atas daun salad untuk sentuhan lebih menarik.
Haa.. ada yang bertanya, salah ke jika menantu bangun lewat jam 11 di rumah mentua? Bagi yang bertanya, itu bukan satu kesalahan besar. Lain pula pada mentua yang tidak menyukai tindakan sebegitu.
Bagi menjawab pertanyaan netizen itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan. Sebaiknya, apa yang menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang tidak manis di mata mentua sendiri.
BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?
Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan.
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?
Pernah kan berada dalam situasi perlu mendengar perkara berulang dari orang yang sama. Baik suami, emak ayah, anak-anak mahupun orang lain. Dan kadangkala, ianya jadi sedikit menjengkelkan.
Ada cara macam mana nak jadikannya satu hal yang menarik, walau didengar banyak kali. Intan Dzulkefli berkongsi teknik dan seninya.
Kalau Orang Itu Betul-betul Mendengar, Dia Akan Faham
Saya ingat lagi, dulu waktu menonton drama Jepun tentang kisah benar seorang gadis yang ada penyakit saraf. Perlahan-lahan kebolehannya untuk bertutur, berjalan, menulis menjadi semakin sukar.
Ramai kawan-kawan, insan sekeliling mula menunjukkan reaksi jengkel apabila mendengar dia berkata-kata.
Yelah, sebab susah nak faham apa yang dituturkannya. Lalu, dia meluahkan perasaannya kepada doktor yang merawatnya.
Jawapan doktor tersebut amat lekat di hati ini walau sudah 14 tahun berlalu.
“For those people who are really listening, they will definitely understand.”
Kalau orang tu betul-betul mendengar, insyaAllah dia akan faham.
Ibu Suka Ulang Cerita Lama Berkali-kali
Saya merenung kata-kata ini dalam sudut pandang sebagai isteri, anak dan ibu.
Ada waktunya apabila menelefon ibu di kampung, ibu akan selalu bercerita cerita lama yang mungkin sudah berpuluh kali diulang-ulang sejak saya kecil.
Maka, patutkah saya berkata, “ibu ni asyik cerita ni je,” atau berlapang dada dan meraikan sahaja?
Ada waktunya, anak-anak bersemangat bercerita tentang buku yang mereka baca, atau movie yang mereka tonton, atau cerita tentang guru dan kawan-kawan sekelas. Ceritanya asyik berulang-ulang dan nampak seperti begitu lama untuk habis, ibarat takkan ada perenggan terakhir.
Namun, apabila melihat sinar dalam mata mereka yang ceria untuk berkongsi cerita, patutkah saya berkata, “dahlah kakak, bila nak habis cakap ni…” sambil buat muka bosan, atau kita pun sama-sama ‘on’ suis teruja untuk sama-sama ‘menikmati’ cerita tersebut?
Adakah kita pantas membela diri dan mengungkit salah atau kekurangan pasangan atau kita ambil serius teguran dan luahan tersebut untuk pembaikan diri kita sendiri?
Fahamkan Teknik Dan Seni Mendengar
MasyaAllah, rupanya mendengar pun ada teknik dan seninya. Ada beberapa teknik mendengar yang boleh dipraktikkan bersama.
Beri perhatian sepenuhnya. Kalau boleh tatap mata orang sedang bercakap, bercerita, meluah, memberi teguran tersebut.
Elakkan memotong percakapannya walaupun kita tidak bersetuju.
Lebihkan empati dan tunjukkan minat walaupun sedang sangat-sangat sibuk.
Jot down info penting dengan mengulang semula apa yang dikatakan dan bukannya seperti mencurah air di daun keladi.
Contohnya, “Ummi, tadi kan.. Kawan kakak dia pakai beg Elsa Frozen sama macam kakak, beg yang biru ummi beli haritu. Haa sama je macam tu kawan kakak punya…”
“Beg Elsa yang biru yang cantik tu.. Oh.. Kawan kakak pun ada?”
Ia menunjukkan kita ambil perhatian dan ‘care’ dengan apa yang diperkatakan.
Begitulah.
Sederhana sahaja tips-nya pun.
Kadang, kita merasakan bahawa mendengar itu hanya memerlukan telinga, tetapi kita terlupa, untuk benar-benar ‘mendengar’, kita juga memerlukan hati yang hadir sepenuhnya.