Mak mentua jangan pandang rendah pada menantu tak kaya, selalunya merekalah yang boleh diharap. Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk menilai seseorang berdasarkan status kewangan mereka. Ini termasuklah menantu yang dinilai oleh mentua mereka.
Mak Mentua Jangan Pandang Rendah Pada Menantu Tak Kaya
Namun, penting untuk diingat bahawa kekayaan material bukanlah satu-satunya ukuran nilai seseorang. Menantu yang mungkin tidak kaya dari segi harta, tetapi kaya dengan nilai kemanusiaan dan kebaikan, boleh jadi lebih berharga dalam kehidupan.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa mertua tidak sepatutnya memandang rendah menantu yang tidak kaya.
Selalunya Merekalah Yang Boleh Diharap
Nilai Pertolongan dan Kesediaan Membantu
Menantu yang mungkin kurang dari segi kewangan, selalunya lebih kaya dari segi kesediaan untuk membantu. Mereka mungkin memahami betapa pentingnya bantuan dan sokongan dalam keluarga kerana pengalaman mereka sendiri.
Beberapa cara bagaimana menantu seperti ini dapat menunjukkan nilai mereka termasuk:
*Sentiasa Ada Untuk Keluarga
Menantu yang susah dari segi harta mungkin lebih bersedia meluangkan masa untuk membantu mertua dan ahli keluarga yang lain.
*Bekerjasama dalam Kerja Rumah
Mereka mungkin lebih rajin dan sedia membantu dalam kerja-kerja rumah, menjadikan beban rumah tangga lebih ringan.
*Memberi Sokongan Emosional
Menantu yang memahami susah payah hidup selalunya lebih empati dan boleh memberi sokongan emosional yang kuat kepada keluarga.
Kekayaan Emosi dan Hubungan
Kekayaan material tidak dapat menggantikan kekayaan emosi dan hubungan. Menantu yang baik, penyayang, dan hormat kepada mertua dan ahli keluarga lain adalah aset yang tidak ternilai.
Ads
Beberapa aspek kekayaan emosi termasuk:
*Kasih Sayang dan Penghargaan
Menantu yang menyayangi dan menghargai mertua mereka akan membawa kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga.
*Kebijaksanaan dalam Mengurus Konflik
Mereka mungkin lebih bijak dan sabar dalam mengurus sebarang konflik atau perselisihan yang timbul dalam keluarga.
*Mengutamakan Keluarga
Menantu yang tidak kaya mungkin lebih cenderung untuk mengutamakan kebajikan keluarga berbanding kepentingan peribadi mereka.
Kesetiaan dan Kepercayaan
Kesetiaan dan kepercayaan adalah dua elemen penting dalam hubungan keluarga. Menantu yang setia dan boleh dipercayai adalah anugerah yang tidak boleh diukur dengan wang.
Mentua perlu menghargai:
*Kesetiaan kepada Pasangan
Ads
Menantu yang setia kepada pasangan mereka menunjukkan komitmen yang kuat terhadap perkahwinan dan keluarga.
*Kepercayaan yang Diberikan
Menantu yang boleh dipercayai akan sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh mentua dan keluarga.
*Ketabahan Menghadapi Cabaran
Menantu yang telah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup mereka biasanya lebih tabah dan mampu mengharungi kesukaran bersama keluarga.
Menghargai Nilai Kemanusiaan
Menghargai nilai kemanusiaan adalah lebih penting daripada mengejar kekayaan material. Mertua perlu melihat menantu mereka sebagai individu yang mempunyai potensi untuk membawa kebaikan dan kebahagiaan dalam keluarga, bukan hanya berdasarkan harta benda.
Ini termasuk:
Kebaikan Hati
Ads
Menantu yang mempunyai hati yang baik dan ikhlas dalam segala perbuatan mereka.
Kejujuran
Kejujuran adalah sifat yang sangat penting dalam mana-mana hubungan, dan menantu yang jujur akan sentiasa dihormati.
Kesederhanaan
Menantu yang sederhana dan tidak materialistik mungkin lebih mudah disesuaikan dalam keluarga, tanpa menimbulkan tekanan kewangan.
Tidak adil untuk memandang rendah menantu yang tidak kaya dari segi harta. Kekayaan material bukanlah penentu kebahagiaan atau keharmonian dalam keluarga. Sebaliknya, nilai-nilai kemanusiaan seperti kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, dan kesediaan untuk membantu adalah lebih berharga.
Mentua perlu membuka hati dan minda mereka untuk melihat potensi menantu mereka dari perspektif yang lebih holistik, dan menghargai sumbangan yang mereka bawa dalam keluarga, tidak kira berapa pun nilai kekayaan material mereka. Dengan demikian, keluarga akan menjadi lebih erat dan bahagia, dipenuhi dengan kasih sayang dan saling menghormati.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, mak ayah terpaksalah kerja berganda. Cari duit lebih. Walau sibuk macam mana pun mak ayah, perlu luangkan masa dengan keluarga.
Inilah pesan pendakwah Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Ab Razak dalam posting instagramnya. Kerana usaha memberi bahagia untuk ahli keluarga inilah asbab untuk Allah bahagiakan hati kita sama, dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
Jadi mak ayah, biar sesibuk mana pun kalian.. carilah satu waktu untuk bersama ahli keluarga, isi masa berkualiti dengan mereka.
Sibuk Macam Mana Perlu Ada Masa Dengan Keluarga
Tulis Da’i Hamidah,
Sibuk macam mana pun perlu ada masa dengan keluarga. Masa kian berjalan dan insan tersayang akan pergi. Ciptakan kenangan mulai sekarang.
Berdoalah diberi kekuatan kesihatan untuk menjadi hamba yang mampu membahagiakan. Semoga usaha ini menjadi asbab Allah Taala membahgiakan kita dalam keadaan yang tidak disangka!
Alhamdulillah lega dapat meraikan kedua-dua belah keluarga. Sekarang dah masuk bulan Muharam. Moga lembaran baru ini membuka sejarah baru untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.
Mohon maaf salah silap dari kami ya Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih membahagiakan terus positif dan sentiasa tersenyum
Biar GAMBAR menjadi KENANGAN Penuh kenangan tetiba ingat Almarhum abah. Kenangan berkumpul ramai-ramai ,seharian bersama.
Lakukanlah Kebaikan Walau Dimana Pun
Teringat satu pesanan : ”Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi“ (Mutiara Indah Kalam Saidina Ali bin Abi Talib)
Pegang erat kata-kata ini moga kita sentiasa bersemangat melakukan kebaikan walau dimana kita berada. Kerana yang pasti kita semua akan pergi meninggalkan dunia ini.
Dalam perkahwinan, lafaz cerai dan lafaz rujuk adalah hak mutlak seorang suami. Tapi, janganlah suami mengambil kesempatan teurtamanya dalam isu rujuk dengan isteri.
Dalam lafaz rujuk seorang suami yang menceraikan isteri, ia masih boleh dirujuk tanpa akad nikah dengan syarat isteri masih berada dalam tempoh iddah.
Malah menjadi isu bila suami lafaz rujuk semasa isteri masih dalam iddah, sedangkan isteri tidak layan dan berkahwin lain. Bagaimana dengan lafaz yang diberikan oleh suami tadi.
Inilah yang diperkatakan oleh Wan Nazirah Wan Bakar, Peguam Sivil dan Syariah di Nazirah Bakar & Co tentnag isu rujuk ini.
Dalam drama yang ditayangkan di sebuah tleevisyen tempatan.
Di hujung 10 minit terakhir drama ni ada babak di mana sang lelaki bertemu dengan bekas isteri nya dan berkata…
“saya nak kita ruju’ semula…” (lebih kurang ayatnya) dan sang wanita menjawab…
“maaf… saya tak boleh terima awak lagi even sebagai kawan…” (lebih kurang ayatnya) isteri berlalu pergi…
suami menangis sendiri…
Tahukah anda sekiranya lafaz oleh suami tersebut dibuat pada talak yang boleh diruju’ dan dalam waktu iddah maka wanita tersebut automatik kembali menjadi isteri lelaki tersebut semula?
Jadi apa hukumnya kalau keduanya kurang ilmu dan meneruskan hidup seolah-olah mereka telah benar-benar putus bercerai dan tiada ruju’?
Bagaimana jika selepas tempoh iddah si wanita berkahwin dengan lelaki lain sedangkan ruju’ antara dia dan suami pertama rupanya sah?
Hak Suami
Ramai menyangka bila suami nak rujuk isterinya dalam waktu iddah maka dia perlu minta izin isteri dan persetujuan isteri adalah penting.
Hakikatnya,
Sebagaimana hak lafaz talak di lidah suami, hak lafaz ruju’ juga merupakan hak suami secara total.
Suami boleh dalam waktu iddah dan pada talak yang boleh diruju’ untuk bila-bila masa merujuk isteri dengan niat dan lafaz yang betul. Bahkan dia tak perlu menyuarakan kehendaknya kepada isterinya pun.
Cukup dia menyebut di hadapan mana-mana orang tentang keinginannya yang mana orang tersebut barangkali akan menjadi saksinya apabila mana-mana pihak sama ada suami atau isteri hendak membuat pengesahan lafaz ruju’ pada masa akan datang…
Terlewat 5 Jam
Saya pernah handle satu kes ruju’ yang agak menarik yang mana suami tersebut telah melafaz ruju’ di hadapan keluarga isterinya tepat pada hari terakhir tempoh iddah,
Dia menyangka waktunya masih sempat…
Alangkah kecewanya dia kerana rupa-rupanya waktu dia melafaz ruju’ tersebut telah terlewat kira-kira 5 jam melebihi tempoh iddah mengikut bulan qomariah….ya… hanya 5 jam…
Hakim cuba memastikan sebelum tempoh iddah berakhir dia ada menyatakan hasratnya untuk ruju’ kepada orang lain selain dari keluarga isterinya…
Ternyata dia ada datang ke kaunter mahkamah kira2 seminggu sebelum lafaz di hadapan keluarga isterinya tersebut dibuat…
Dia ada bercakap dengan staff mahkamah… malangnya dalam keterangan dia memaklumkan dia datang ke kaunter untuk bertanya hukum sekiranya dia berhasrat melafaz rujuk depan keluarga isteri instead of depan isteri terus…
Di situ persoalan tentang ‘pertanyaan’ dan ‘pernyataan’ dibezakan…
Ternyata dia jumpa staff court untuk tanya…bukan untuk nyatakan bahawa dia telah meruju’ isterinya…
Akhirnya Hakim tidak sabitkan ruju’ tersebut… isteri keluar mahkamah dengan gembira sebab dah memang tak sanggup nak kembali jadi isteri kepadanya… dan dia kecewa sendiri…
BAB RUJU’ NAMPAK SIMPLE TAPI KESANNYA AMAT BESAR…
Mingguan Wanita : Bab-bab bercerai dan rujuk, jangan dibuat main-main.
Isteri tunggang langgang uruskan anak-anak, suami rasa terabai, mula cari yang lain. Dalam institusi perkahwinan, peranan suami dan isteri memainkan peranan penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga terjaga.
Isteri Tunggang Langgang Uruskan Anak-anak
Namun, terdapat situasi di mana isteri yang sibuk menguruskan anak-anak, rumah tangga, dan kerjaya sering kali berdepan cabaran apabila perhatian kepada suami menjadi terhad. Ada suami yang mengambil peluang ini sebagai alasan untuk mencari pengganti. Sesuatu yang bukan sahaja tidak adil tetapi juga bertentangan dengan nilai-nilai perkahwinan yang suci.
Suami Rasa Terabai, Mula Cari Yang Lain
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
“Saya ada orang lain sebab awak asyik sibuk dengan anak!”
Sedia atau tidak, bila anda sebagai seorang lelaki berkahwin, anda pasti akan dikurniakan zuriat… Apa yang perlu anda tahu bila sudah dapat zuriat?
Anak yang baru lahir tidak mampu menguruskan dirinya sendiri… Anak yang baru lahir tidak mampu untuk makan dengan sendirinya… Anak yang baru lahir perlukan bantuan orang lain untuk buat sesuatu bagi pihak dirinya…
Dari dia kecil, sehinggalah dia dapat menguruskan diri sendiri dengan sebaiknya… Mungkin ketika 4 tahun, mungkin 5 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, anda perlu menyibukkan diri untuk bersama isteri menguruskan dan membesarkan anak anda…
Anak adalah tanggungjawab bersama…
Jika ketika ini pun anda masih nak disuap makan oleh isteri, jika ketika ini pun anda masih nak tangan anda dibasuh isteri, jika ketika ini pun tuntutan anda sebagai suami masih sama ketika seperti tiada anak, maka anda hanya tahu untuk buat anak…
Alasan isteri sibuk dengan anak sehingga anda ada masa untuk cari lain, ada orang lain dan berlaku curang menunjukkan ANDA TIDAK BERSAMA ISTERI dalam menguruskan dan membesarkan anak anda…
SEKIRANYA ANDA TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PROSES INI, KETAHUILAH YANG SEBENARNYA ANDA TIDAK ADA MASA UNTUK BERKENALAN DENGAN ORANG LAIN ATAU CURANG…
Anda terpaksa bangun pukul 3 pagi untuk bancuh susu, anda terpaksa tukar lampin pada bila-bila masa, anda terpaksa fokus kepada apa yang dibuatnya dan ini akan menjadikan anda letih sehingga tak ada dalam fikiran anda tentang ISTERI SIBUK dengan anak sehingga anda rasa terabai…
Tiada pengabaian jika anda faham yang isteri perlu beri perhatian kepada kehadiran ahli keluarga yang baru… Kegagalan untuk memahami dan meletakkan perkara ini sebagai alasan untuk mempunyai orang lain di belakang isteri menandakan anda bukan seorang yang cerdik…
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...