
Mak mentua jangan anggap menantu macam orang luar, layanlah macam anak sendiri. Bila anak sudah mendirikan rumah tangga, secara automatik menantu menjadi sebahagian daripada keluarga. Namun, masih terdapat segelintir ibu bapa mentua yang beranggapan menantu sebagai “orang luar” dan bukan darah daging sendiri.
Mak Mentua Jangan Anggap Menantu Macam Orang Luar, Layanlah Macam Anak Sendiri
Menantu juga ingin merasa kasih sayang dan kehangatan keluarga baharu. Bila disambut dengan baik, mereka akan lebih mudah untuk menyesuaikan diri dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam rumah tangga. Sebaliknya, jika sentiasa dipinggirkan, mereka akan berasa terasing dan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin untuk dijadikan panduan.
Apa hak mentua untuk masuk campur?
Kepada yang bergelar ibu mentua, anda patut tahu batasan anda untuk mencampuri urusan rumah tangga anak anda. Hak untuk masuk campur itu hanya dibolehkan dengan tujuan menasihati anak menantu agar hubungan mereka tak berakhir dengan penceraian, bukan membuatkan mereka bercerai.
Menasihati… mengajar… membimbing… ingat mengingati akan tanggung jawab untuk satu sama lain.
Dan bukannya ingin mengetahui apa yang anak menantu tengah buat, ingin mengetahui ke mana anak menantu ingin pergi, cuba membanding-bandingkan cara menantu dan cara dirinya, cuba mencari salah menantu, sukar untuk menerima seadanya diri menantu itu.
Menantu yang hadir dalam hidup seorang mentua itu adalah orang yang menjadi pilihan anaknya. Bila anaknya mengahwini orang tersebut, dengan izin dan reda dari mentua itu sendiri, maka mentua perlulah berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima kehadiran “orang baru” dalam keluarga kita.
Dia mungkin tak seperti yang kita jangka, tapi dia PILIHAN ANAK KITA. Jangan anggap dia macam ORANG LUAR.
Kena Elak Masuk Campur Tangan
Mentua yang campur tangan dalam rumah tangga anak-anaknya ini bukanlah satu urusan yang mudah untuk ditangani. Mentua yang baik kefahaman agamanya, akan membiarkan anaknya menguruskan dan mengendalikan rumah tangganya sendiri tanpa perlu campur tangan dari dirinya.
Dia hanya akan mengingatkan anaknya supaya menghargai isteri, ingat pengorbanan isteri, jangan sia-siakan isteri kerana dia juga seorang isteri. Dia lebih tahu apa yang seorang isteri mahukan daripada seorang suami.
Biasanya orang berkahwin dengan harapan untuk membentuk keluarganya sendiri dan bukannya mentua yang membentuk keluarganya menjadi seperti yang dikehendaki mentua. Mentua, tolong belajar untuk menerima hakikat ini.
Jangan terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu. Jangan rosakkan rumah tangga anak-anak disebabkan JAHILnya diri kita menjadi seorang mentua.
Kesimpulannya, apabila anak sudah berkahwin, terimalah menantu sebagai ahli keluarga sendiri. Jangan sesekali menganggap mereka sebagai orang luar yang tidak berhak bersuara atau dihargai.
Dengan sikap terbuka dan kasih sayang yang tulus, hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih kukuh dan harmoni. Ingatlah, bila kita memuliakan menantu, secara tidak langsung kita sedang membina keluarga yang bahagia dan penuh keberkatan.

Sumber: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Mak Mentua Dengki Dengan Menantu, Anggap Nak Rampas Anak Lelaki
Menantu Perempuan Tak Nak Balik Rumah Mak Mentua Sebab Tak Selesa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI