Cemburu dengan menantu. Rasanya mana-mana anak yang berkahwin tentulah mak ayah akan sedih. Segala tanggungjawab diserahkan sepenuh jiwa raga pada pasangan anaknya.
Sementelah, kalau anak itu anak kesayangan dan bertanggungjawab pada keluarga, lagilah rasa sedihnya. Dia sudah ada yang punya, ada tanggungjawab baru pada suami atau isteri.
Bagi mak ayah tentulah ada rasa cemburu pada menantu. Seolah-olah, anaknya telah diambil orang lain dan tanggungjawab bertukar tangan. Tapi, tidak bermakna, tangungjawab seorang anak kepada mak ayah disisihkan.
Ada banyak hati dan perasaan yang patut dijaga. Kalau dilebihkan mak ayah, isteri pula terasa dan begitu jugalah sebaliknya. Manakala isteri pula, janganlah rasa terabai dan semua ini adalah ujian. Bersabar dan terima sebaiknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Cantik, Ada Anak Belum Tentu Suami Tidak ‘Berpaling’, Untungnya Bila Mentua Menyokong Menantu
“Sedang Mencari Calon Menantu” Aksi Comel Mak Ayah Semasa Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian
Dalam perkongsian Ustazah Asmak Husin turut memberi pendapat tentnag seorang isteri yang meraakan dirinya terabai kerana suami menangkan maknya saja.
“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia saja dari saya”
Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.
Begini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.
Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri.
Kadang mak mentua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak dia. Padahal si menantu tak punya niat yang macam tu pun.
Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mentua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam tu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.
Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar.
Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.
Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dan lain-lain.
2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki
3) Buat benda yang awak boleh kawal saja, yang dil uar kawalan awak, biarkan saja.
Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mentua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. Insya Allah.
Mingguan Wanita : Suami, jangalah terlalu ikut perasaan. Hati isteri pun kena jaga juga.
Sumber: Ustazah Asmak Husin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita