Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan bermula tidak lama lagi disebabkan sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan kerana kes Covid-19 makin meningkat setiap hari dan situasi ini amat membimbangkan.
Walaupun masing-masing tidak kiralah mak,ayah atau anak-anak amat berharap keadaan pulih dan anak-anak dapat ke sekolah seperti biasa, namun segalanya terpaksa dipendam dahulu.
Terpaksalah apa yang kita lalui tahun lalu, diulang kembali pada tahun ini. Bermulalah mak-mak yang tak well-trained ini mengajar anak-anak di rumah.
Memang tak dinafikan, mak mengajar tak sama dengan cikgu, sekali dua anak tak faham bolehlah terima. Tapi masuk kali ketiga dan seterusnya mahu mak tadi bertukar macam-macam. Maklumlah tak well-trained.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan cuba fahami apa yang terpaksa dilalui isteri apabila perlu menjadi “guru” di rumah:
“Mak ajar tak sama dgn cikgu ajar…”
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah…PdPR…
KPM baru umum, sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19…
Bini sudah tepuk dahi dah…
Saya pun faham…sepanjang tahun lepas, dia salin satu-satu kerja-kerja sekolah yang cikgu bagi… Habis salin, dia panggil anak buat…rujuk buku teks, cari jawapan…
Dia sambung memasak, habis memasak, dia check kerja sekolah anak… Anak buat silap… dia salin sekali lagi kerja sekolah tu, dia tutup api dapur, dia duduk sebelah anak, dia start “MENGAJAR”…
Saya ini work from home (WFH) …
Saya nampak, saya perhati sambil tengah meeting online…
Baca Juga Di sini:
Terkini, KPM Umum (PdPR) Untuk Semua Murid KECUALI Calon Peperiksaan Utama 2020
PKP: Murid Sekolah Rendah, Tingkatan Satu Hingga Empat Belajar Secara (PdPR)
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Sebelum nak ajar anak, dia baca dulu buku teks… Lepas khatam bab atau tajuk yang perlu diajar itu, dia tengok soalan yang cikgu bagi…
Dia cari jawapan dulu, dia ingat dalam otak dia, selepas itu dia ajar…
Tak kata dekat dia lah, silibus budak-budak sekarang bukan sama macam silibus kita dulu-dulu…
Sekarang sudah banyak soalan KBAT… Seawal sekolah rendah pun soalan-soalan sudah tricky… Kita dulu, darjah 1 sampai darjah 3, masih belajar menulis dan mengira lagi…
Yang tak tahu tulis pun ada lagi sampai kena masuk kelas pemulihan… Darjah 3 pun ada yang tak pandai baca… Sungguh, bukan nak buat cerita…
Kadang-kadang kan, anak sendiri ini pun haru-biru juga… Masa mak dia boleh dan bersedia untuk mengajar, mulalah lapar, dia hendak makan…
Habis makan, dia kata sudah set cerita dekat televisyen (TV), dia nak tengok… Mak dia marah, mak dia tutup TV…
Sudahnya, skali dengan kita pula tak boleh tengok TV… Baru belajar 5 minit, dia kata dia mengantuklah, nak berak lah, nak mainlah… Macam-macam…
Perlu diakui yang cara mengajar cikgu-cikgu dan mak-mak ini tak sama…
Cikgu itu memang belajar cara untuk mengajar… Well trained, well educated… Bini kita Ini, walaupun educated, tapi not well trained…
Bila anak tak berapa nak boleh jawab, dia terang lagi… Kali kedua ok, kali ketiga dia sudah angin… Bila berkali-kali, dia sudah bukan macam bini sendiri sudah…
Kita yang tengah meeting ini beralih pandang dia, dia perhatikan saja kita, cepat-cepat kita tengok semula skrin laptop… Tunduk rapat, tak bangun sudah kepala tengok dia…
Boleh tembus dinding cara pandangan dia… Seolah-olah macam kita pula yang buat salah dekat dia…
Fuh seriau (seram)! Takut bila bini jadi seperti itu… Now, this situation will repeat again… Anak-anak kena start sesi persekolahan 2021 dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)…
Dia pasti akan “bertukar” lagi…
MW: Harapnya pengalaman tahun lalu membuatkan mak-mak terus bersabar dengan karenah anak-anak. Memang tak mudah lagi-lagi mak ayah yang mempunyai anak ramai, di campur sekolah kebangsaan dan agama lagi. Aduhai semoga mak-mak di luar sana terus kuat iya!
Sumber: Firdaus Shakirin