Buah Naga atau secara umumnya dikenali sebagai dragon fruit mungkin agak pelik rupanya jika dilihat. Tetapi buah yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah ini mempunyai khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh.
Dikenali juga dengan nama saintifiknya Hylocereus undatus, terdapat tiga varieti buah naga. Varieti pertama adalah buah berkulit merah mempunyai isi berwarna merah. Varieti kedua adalah buah berkulit merah dengan isi berwarna putih. Manakala varieti ketiga adalah buah berkulit kuning dengan isi berwarna putih.
Rasa buah Naga ada yang masam dan ada yang manis. Semuanya bergantung pada spesies, bentuk dan saiz. Isi buah naga dipenuhi dengan biji-biji hitam kecil yang mampu membantu memperbaik pencernaan.
Kebaikan buah naga untuk kesihatan semuanya disumbangkan oleh sifat-sifat antioksidan, antibakteria dan zat pemakanan yang terdapat di dalamnya.
Merangsang keimunan
Salah satu aspek terbaik buah naga adalah kebolehan untuk memberikan perangsang serius pada sistem pertahanan tubuh. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah naga merupakan aset terkuat pada sistem imun tubuh. Ia juga mampu merangsang aktiviti aktiviti antioksidan lain dalam tubuh.
Kaya dengan pelbagai vitamin
Selain vitamin C, buah naga dipenuhi dengan pelbagai vitamin lain. Ini termasuklah kumpulan vitamin B. Vitamin B1, B2 dan B3 yang ada dalam buah naga mampu memperbaik banyak masalah kesihatan seperti tekanan darah, kesihatan kulit, fungsi tiroid, tahap kolesterol dan metabolism karbohidrat.
Membantu dalam pencernaan
Buah Naga mengandungi kandungan serat tinggi. Ini bermakna ia mampu membantu pergerakan usus dengan mudah, memudahkan kelancaran dalam saluran pencernaan, merangsang gerak peristaltik, dan mencetuskan pelepasan cecair pencernaan. Melalui cara mengatur fungsi serat pemakanan, buah naga mampu membantu dalam pencegahan pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, sindrom usus rengsa, dan penyakit serius seperti kanser kolorektal.
Mencegah kanser
Karotena yang ditemui dalam buah naga dikaitkan dengan sejumlah sifat-sifat antikarsinogenik. Ia dikatakan mampu membantu dalam mengurangkan saiz tumor.
Sifat-sifat antibakteria
Sifat-sifat antikulat dan antibakteria dalam buah naga dikatakan mampu meningkatkan kiraan sel darah putih dalam tubuh. Ia juga mampu mempertahankan tubuh terhadap toksin dan kemasukan jangkitan bakteria pada sistem organ. Ia juga mampu merangsang pertumbuhan semula dan mempercepatkan penyembuhan agar luka dan lebam.
Merangsang metabolisme
Pengambilan protein dalam pemakanan adalah perlu untuk fungsi kesihatan tubuh. Buah Naga mengandungi sumber protein tumbuhan yang boleh memetabolisme oleh enzim dalam tubuh dan menukarkannya kepada protein berguna untuk mempercepatkan pembaikian sel, mempertingkatkan kekuatan dan metabolisme serta membantu mengurangkan berat badan meningkatkan jisim otot.
Memperbaik kesihatan kardiovaskular
Buah eksotik ini tidak mempunyai kolesterol jahat dan lemak tepu yang tidak sihat. Melalui cara mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, peluang untuk membentuk plak dalam arteri dan vena adalah kecil. Ini sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk mendapat atherosclerosis, serangan jantung dan stroke.
Biji-biji hitam dalam buah naga tinggi dengan lemak politaktepu ( asid lemak omega 3 dan omega 6) yang mampu mengurangkan trigliserid dan merendahkan risiko masalah kardiovaskular.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI