Mak-mak Yang Ada Anak Lelaki Dah Kena Buat Gini, Barulah Bahagia Bakal Menantu Tu

Share

Anak lelaki ini tanggungjawabnya berat. Tapi akan jadi ringan bila mak dah terang dan didik sejak dari kecil lagi. Mereka bukan saja bakal jadi ketua keluarga, tapi menenang jiwa dan lelah untuk bakal isterinya atau menantu.

Isteri itu bukanlah orang gaji yang boleh suami arah itu dan ini. Dialah peneman hidup yang perlu dijaga dengan baik agar matlamat perkahwinan itu seiring dengan apa yang dituntut oleh agama.

Sebab itulah usaha yang dilakukan ibu ini, Fauzan N Siti bagus untuk dicontohi mak-mak yang lain.

Persiapkan Bakal Suami Untuk Menantu

Misi menghasil kan bakal suami kepada menantu saya. Yang kelak tidak kekok di dapur dan pandai siang ikan.

Nanti dah jadi suami, gunakan kudrat fizikal Allah bagi yang berganda kuat dari wanita untuk bantu isteri.

Cukup-cukuplah isteri dah mengandung, beranak, berjaga malam , didik anak-anak tanpa keluh kesah.

Takkan lah segala benda di rumah semua nak di humban ke isteri.

Buat apa kudrat hebat-hebat Allah bagi pada lelaki kalau tak digunakan.

Ini tidak..

Kudrat hebat..

Tapi guna kekuatan jari je main phone, tekan remote TV dan pad laptop bila di rumah.

Allah…

Lepas tu guna kudrat otot muka complaint bini sememeh dan bau ikan.

Usah Rajakan Anak Lelaki Sebelum Waktu

Tolong…

Ibu-ibu…

Usah “raja” kan anak-anak lelaki sebelum waktu.

Ajar lah anak lelaki semua kualiti yang perlu.

Dari empati, tolak ansur, pandai masak sampai lah sidai baju.

Kelak anak-anak kita memang akan menjadi ‘raja’ kepada menantu.

Kita mahu ‘raja’ yang baik, penyayang, ringan tulang suka membantu.

Bukan ‘raja’ perangai hantu.

Semoga Allah permudahkan urusan ibu-ibu.

Sumber/foto : Fauzan N Siti, Facebook Earlyeduckids

Published by
Netty Ah Hiyer