Tiada pilihan! Sekiranya si ibu bekerja, sudah pastilah perlu meninggalkan anak-anak kepada orang lain. Jika ada keluarga terdekat, contohnya nenek kepada bayi yang boleh jagakan, itu kira beruntunglah. Kalau tak, terpaksa cari pembantu rumah, pengasuh atau taska. Itulah dilema utama tiap mak-mak yang bekerja.
Ada mak-mak yang lebih ‘percaya’ untuk hantar anak ke rumah pengasuh yang mengasuh di rumah, bukan di taska. Alasan mereka, kanak-kanak yang dijaga lebih sedikit dan anak mereka akan diberikan lebih perhatian. Berbeza jika di taska yang jauh lebih ramai.
Topik Dilema Pilih Pengasuh telah dipilih untuk dibincangkan di Mingguan Wanita Talkshow hari ini dan tetamu istimewa yang diundang ke studio ialah YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Menurut YB Hannah, kanak-kanak yang kurang daripada usia 4 tahun, terletak di bawah kategori taska, iaitu di bawah JKM. Kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun pula di bawah kategori tadika iaitu di bawah Kementerian Pendidikan. Manakala kanak-kanak di tabika KEMAS, di bawah Kementerian Luar Bandar.
Dianggarkan hanya kira-kira 4 ribu taska yang mendaftar dengan JKM iaitu sekitar 11% sahaja. Untuk pengasuh yang menjaga empat orang anak dan ke bawah di rumah, tak perlu daftar kerana setakat ini tidak ada undang-undang yang mewajibkan mereka mendaftar dengan JKM.
Untuk pengasuh yang mengasuh antara 4 hingga 9 orang kanak-kanak di rumah, wajib mendaftar dengan JKM. Manakala yang mengasuh lebih 10 orang kanak-kanak, juga wajib mendaftar dan dianggap taska institusi.
1. Persekitaran pengasuh
– Mak ayah perlu selidik dahulu suasana persekitaran rumah pengasuh sebagai pemantauan untuk keselamatan anak-anak. Misalnya tiada perabot yang membahayakan anak seperti bucu tajam, tiada takungan air (banyak kes bayi meninggal lemas), kebersihan rumah, ada pengadang ke ruang dapur dan tangga.
2. Keperibadian Pngasuh
– Perhatikan keadaan diri pengasuh seperti rambut dan pakaian pengasuh. Kalau dirinya sendiri pun tak mampu dijaga, apatah lagi anak kita?
– Pengasuh juga kena sihat kerana ia boleh memberi kesan pada anak kita.
– Pengasuh mesra memberikan kerjasama dan respons pada mak ayah, menjawab tiap soalan dengan jelas, bukan berselindung dan sebagainya.
3.Kelayakan Pengasuh
– Seeloknya jika pengasuh itu adalah saranan orang terdekat kita termasuk rakan-rakan. JANGAN CARI PENGASUH DI FB ye! Jika dapat pengasuh yang berpengalaman dan ada latihan, lagi bagus.
– Bincangkan juga dengan pengasuh aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak. Jangan hanya diberikan gajet sepanjang masa!
– Semak apakah pengasuh tahu akan talian kecemasan sekiranya berlaku kecemasan?
4. Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
– Semak juga ahli keluarga yang tinggal bersama atau sekitar, tetamu yang sering bertandang. Kena ingat ye, ada kes kanak-kanak didera oleh ahli keluarga pengasuh!
5. Perkhidmatan Pengasuh Sedia Ada
– Kenal pasti berapa kanak-anak yang sedang di bawah asuhannya. Sepatutnya pengasuh itu tidak menjaga melebihi tiga kanak-kanak termasuk anak sendiri.
Hanya layari jkm.com.my, klik pada bahagian perkhidmatan dan anda boleh check senarai taska berdaftar. Selain itu, pergi sendiri ke taska terbabit, dan minta sijil yang JKM keluarkan dan biasanya ia ada dipampangkan di taska.
Untuk aduan Krisis Masyarakat, boleh hubungi Talian Kasih 15999, atau hantar WhatsApp ke 019 2615999.
Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini bersama pengacara, Kak Engku.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121