HIFU merupakan rawatan ultraphy yang mula diminati ramai sejak tahun 2000. Ini kerana kesan rawatan ini sangat menabjukkan. HIFU cukup terkenal di Korea, China, Indonesia dan kini di Malaysia.

Rawatan HIFU juga mampu membantu merawat garis-garis penuaan dan kehilangan kolagen pada kulit. Ianya juga merangsang pembentukan kolagen semula di dalam kulit melalui tenaga ultrabunyi dan menaikkan kulit yang kendur seperti kawasan dahi, mata, dagu, rahang, pipi dan leher tanpa suntikan dan bahan kimia.

Rawatan ini merupakan juga merupakan satu kaedah yang dapat membantu menghilangkan kedutan, menganjalkan, menegangkan serta memberi keserian pada kulit wajah. Rawatan ini juga membuatkan wajah dan pipi lebar nampak lebih tirus.

IKLAN

Mak-Mak Rajinlah Buat Rawatan Hifu Bantu Kurangkan Dagu Berlapis

Bantu Tampil Lebih Muda

IKLAN

Menurut pemilik Salun dan Spa Beauty Palace yang terletak di USJ Sentral, Subang Jaya, Puan Rozie Ghazali, pusat rawatan kecantikan mereka juga menyediakan rawatan HIFU.

“Rawatan HIFU sememangnya mampu mengurangkan dagu berlipat dan kulit kendur, Kulit kelihatan lebih halus, gebu dan cerah. Rawatan ini selamat, mesra kulit dan keberkesanannya terjamin.

IKLAN

“Menegangkan dan meremajakan kulit wajah untuk penampilan yang lebih muda dan berseri. Menembusi lapisan kulit paling dalam dan merangsang pengeluaran kolagen untuk kulit yang lebih anjal. Rawatan ini, boleh tahan lebih lama berbanding rawatan face lift yang lain. Dengan tiga kali rawatan, hasilnya akan bertahan hingga tiga atau empat bulan. Malah rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas,” ungkap Rozie.

Mak-Mak Rajinlah Buat Rawatan Hifu Bantu Kurangkan Dagu Berlapis
Antara langkah-langkah Rawatan HIFU yang disediakan.
Mak-Mak Rajinlah Buat Rawatan Hifu Bantu Kurangkan Dagu Berlapis
Wajah selepas rawatan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI