Mak-mak Petua Letak Kentang Dalam Stoking, Mujarab Redakan Batuk, Selesema Anak

Ibu ini kongsi petua redakan selesema dan batuk anak kecilnya. Lama dah dia cuba petua ini sejak anak kecilnya itu belum masuk 6 bulan lagi. Masa itu, nak beri ubat pada anak pun, anak tak boleh makan ubat.

Lagipun, bukan senang nak sedut hingus budak kecil. Petua letak kentang dalam stoking inilah jadi alternatif ibu ini, Puteri Kasim untuk redakan batuk, selesema si kecilnya.

 

Mak-mak Petua Letak Kentang Dalam Stoking, Mujarab Redakan Batuk, Selesema Anak

Tip Mudah Hilangkan Selesema, Batuk Bayi Yang Ramai Ibu Tak Tahu

Ibu mana yang tak risau bila baby selesema batuk tak henti henti.”

I feel u, sebab Kak Put juga seorang ibu. Risaunya bila dengar Harris punya batuk selesema tak nak sembuh sembuh. Tambahan pula bila badan tak sedap mulalah meragam sokmo.”

Cari punya cari cubalah satu petua yang dibuat oleh ibu dari California masa anak dia selesema batuk.

Saya ikut petua dari sini : http://sepatuputih.com/petua-hilangkan-batuk-dan-selesema-…/

Cara dia mudah je :

Ads

1) Potong sebiji kentang kepada 2 bahagian.
2) Iaitu memasukkan kentang yang dah dibelah dua/dipotong ke dalam stoking anak
3) Biarkan dalam masa satu jam atau lebih.
4) Mak-mak akan nampak kesan lebam pada kentang.
5) Jangan guna balik kentang yang sama.

 

Nak Tahu Kenapa Guna Kentang?

Kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus.

Dan untuk mak-mak semua, cara dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.

So Kak Put pun cuba, tawakal jela.

Ads

Sebab Harris masih baby tak banyak yang boleh kita buat. Lagipun kesian dia, sok sek sok sek je bunyi dia. Sedihnya tengok baby susah nafas.”

Hasil dia memang berbaloi cuba!

Apa yang Kak Put perasan,

Baby Harris kurang terus selsema dan batuk Harris, tidur dia lebih lena sampai ke pagi.

 

Ads

Mak-mak Petua Letak Kentang Dalam Stoking, Mujarab Redakan Batuk, Selesema Anak

Bila Semua Cara Tak Jalan, Petua Inilah Kak Put Gunakan

Tegasnya, dia dan suaminya dah usahakan yang terbaik untuk merawat batuk dan selesema anaknya.

Ni last option for us sebab dah bawa pergi klinik pun still sama. Yang nak hadap anak menangis tu kita. Tak sanggup pula saya tengok my baby tak boleh tidur sebab selesema.”

Sebab itulah, Kak Put cuba sesuatu yang tak merbahaya. “Kentang je pun. Goreng pun sedap kan. Alah macam buh timun kat muka, luka tak?”

Yang saya tahu, selesema anak elok saja tak sok sek.”

Bantu Kak Put share petua ni pada ibu ibu yang ada anak kecik kat luar sana okay?

Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Puteri Kasim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI