Mak-Mak Kena Ambil Serius, Tolonglah Berjimat Cermat! Bekalan Makanan Negara Bakal Terjejas

Share

Mak-mak kena ambil serius, tolonglah berjimat cermat! Bekalan makanan negara bakal terjejas. Sehari dua ni, stok ayam di pasaran sangatlah berkurangan. Bayangkan pergi ke tiga buah pasar raya semua ayam tiada di pasaran. Apatah lagi di kedai runcit memang tak adalah.

Dilema itu membuatkan penulis sebagai mak rasa sangat risau, bayangkan ini baru ayam kurang di pasaran bagaimana pula jika barangan basah dan dapur yang biasa dibeli tidak lagi di jual. Jika ada pun harganya melambung.

Mak-Mak Kena Ambil Serius

Kepada mak-mak belanjalah dengan hemat, jangan bazirkan makanan. Didik diri dan keluarga kita. Ini peranan besar mak-mak perlu mainkan sekarang ini.

Rupanya amaran kekurangan bekalan makanan dunia bukan lagi bualan kosong. Dengan wujudnya krisis peperangan Ukraine-Russia, cuaca panas , inflasi semua ini akan menjejaskan bekalan dan sudah tentu negara pengeluar makanan atau komoditi tertentu akan hentikan eksport untuk pastikan bekalan domestik terjaga.

Mula-mula India diikuti Indonesia dan senarai terus panjang. Sedikit sebanyak akan terkesan juga pada kita di Malaysia. Allahuakbar, semoga Allah pelihara kesejahteraan semua hambaNya di bumi Malaysia.

MIDF – Inflasi Makanan Di Malaysia Dijangka Meningkat

Seperti mana dipetik  menerusi Sinar Harian, Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata, sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

“Inflasi makanan global kekal tinggi terutamanya harga jagung, bijirin dan sayur-sayuran.

“Bagaimanapun, kami berpendapat tekanan inflasi secara keseluruhannya akan kekal stabil berikutan inflasi bahan api yang berada dalam aliran penurunan.

Menurut bank pelaburan itu, penyusutan inflasi bahan api tersebut akan menampung kenaikan inflasi makanan dengan mengandaikan kerajaan mengekalkan had harga semasa minyak RON95 dan diesel.

“Dalam laporan kami ‘Oil Exports Rebound & Inflation Concerns,’ kami telah mengunjurkan bahawa inflasi keseluruhan Malaysia akan kekal di bawah 3.0 peratus biarpun sekiranya purata inflasi makanan pada +5.0 peratus manakala harga bahan api semasa pada paras sedia ada.

“Namun, jika purata inflasi makanan melonjak kepada 10.0 peratus, purata inflasi keseluruhan akan berada pada 4.6 peratus,” katanya.

Menurutnya, dalam senario buruk, purata inflasi keseluruhan diunjurkan pada 8.9 peratus sekiranya kerajaan memilih untuk mengapungkan harga bahan api manakala purata inflasi makanan pada 10.0 peratus.

Baca Sini : ‘Krisis Makanan Bukan Main-Main.’ Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia, Rakyat Malaysia Perlu Bersedia

10 Perkara Mak Ayah WAJIB Beritahu Anak, Nampak Remeh Tapi Inilah ‘Bekalan Hidupnya’

“Kena Berjimat Cermat Bab Makan Dah Lepas Ni” Warganet

Menerusi ruangan komen di Facebook Mingguan Wanita yang membincangkan isu ini, pelbagai pendapat telah diberikan oleh warganet yang turut berasa risau dengan kekurangan bekalan makanan dunia.

Mingguan Wanita: Mak-mak kena bijak ya, tolonglah berjimat cermat.

Sumber Foto : Sinar Harian & Bernama

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Kisah inspirasi ibu tunggal dari Kak Engku

Published by
Norhayati Suboh