Mak-mak perasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.Silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak.
Walaupun dekat paket silica gel tu tulis “THROW AWAY” tapi sebenarnya ia masih bermanfaat dan mak-mak ia boleh digunakan lagi untuk tujuan lain.
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan silica gel ini didalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
Bagi mak-mak yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut sukan. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin yang diletak dalam beg tu.
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan silica gel dan handphone kedalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.
Keadaan bilik mandi yang lembab dan basah menyebabkan alat pencukur mudah berkarat jika disimpan disini. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tidak berkarat caranya mudah. Hanya perlu meletakkan alat pencukur ini dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica diantara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, mak-mak boleh cuba silica gel untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada paket kedalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi selepas ini, mak-mak jangalah buang silica gel ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara tersebut.
Sumber: Times of India